Elegant Rose - Working In Background Suka Dan Duka Dikongsi Bersama: January 2012

Pembaca Setia Blogku

Rafiera Network Supply - RNS

Rafiera Network Supply - RNS
Pembekal Barangan Usahawan - Click Picture To Go Website

Thursday, January 19, 2012

Sketsa Pendek 14

Surat Untuk MAS Airlines

Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
5 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor
(Rumah pakcik saya)

Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System
21 Sep 2005

Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saya
juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja disini

1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasa nya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak
susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3. Akademik
Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000 Matapelajaran : (gred), Bahasa Malaysia 6D, Bahasa Inggeris 6D, Sains 7E, Matematik 6D, Pendidikan Islam 5C, Sejarah 7E, Lukisan geometri 7E, Teknologi air-condition 6D, Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK), Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut Latihan, Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia ..

4. Pengalaman kerja
¡P Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak
¡P Pembantu mekanik kereta di Dunlo,
p Servitekar di LebohAmpang, Kuala Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu)>
¡P Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka.(pusat serenti)> >

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie.

Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihaktuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja.

Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2. jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik.

Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Dan kunjungan org ramai.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan 3/4>
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor


Shan & Amin

Sebaik sahaja mengambil tempatduduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Amin terpandang Shan sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati

Amin. : Shan Kenapa menangis?

Shan : Saya datang untuk ujian darah.

Amin : Awak takut ke?

Shan : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.

(Mendengarkan penjelasan Shan, Amin menangis.)

Shan : Eh, kenapa pula awak menangis?

Amin : Saya datang untuk ujian air kencing..


Sambungan dari cerita Atok n Cucu..

Atok : "Cepat pergi nyorok.. Cikgu kau datang nak jumpe kau sebab kau tak datang sekolah cu.."

Cucu : "Ape pulak tok.. Atok la yang kene nyorok.."

Atok : "Kenapa pulak.."

Cucu : "Ye la, cu bgtau kat cikgu.. Cu tak datang skolah sbb atok meninggal.."

Atok : "Hampeh punya cucu..


Doktor & Pesakit

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membelibarang dapur di pasar.

Doktor : “Selamat petang…”

Pesakit : “Selamat petang Doktor!”

Doktor : “Ada masaalah apa …?”

Pesakit : “Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor…”

Doktor : “Biar saya periksa telinga anda!”

Doktor pun lalu memeriksa telinganya,dan rupanya biji kacang tersebut cukup susah di ambil malah mungkin perlu pembedahan.

Doktor : “Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut…”

Pesakit : “Apa caranya doktor?”

Doktor : “Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma…”

Pesakit : “Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?”

Doktor : “Yang percuma kena sabar…”

Pesakit : “Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya…?”

Doktor : “Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi ‘tauge’ anda tinggal tarik keluar.”

Pesakit : “???????????”

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

~Mak, Saya Sayang Mak~

Isk.. isk.. isk.. Aku menangis, aku terkedu. Ya Allah, Kau ampunkanlah aku dan cucurilah roh ibuku di kalangan orang yang beriman.

Hamba-Mu ni anak yang derhaka, anak yang tidak mengenang jasa.

Hamba-Mu ini tak tahu menilai intan dan kaca.

Hamba-Mu ni alpa dan asyik dengan keseronokan dunia, bangga dengan diri sendiri, ego...

Kini semuanya tidak berguna lagi, ibuku telah tiada.

Dan aku anak tunggalnya yang diharap-harapkannya gagal memberi kasih sayang dan menjaganya di usia tua..
Oh! Kejamnya hamba-Mu ini...

Aku mengimbau....

"Man, malu mak! Semua kawan-kawan Man mengejek Man. Mereka kata mak Man raksasa, hodoh. Ada satu mata aja."

"Biarlah Man, lama-lama mereka akan penat bercakap. Mereka akan berhenti mengata Man lagi."

"Arghhh... Man tak peduli mak. Mereka sentiasa mengejek Man.

Mak janganlah datang ke sekolah Man lagi. Man malu mak.. Man ada mak yang hodoh, mata satu. Man malu mak!"

Rizman bangun lalu pergi ke biliknya. Dia berazam nak belajar sebaik mungkin dan keluar belajar jauh dari kampungnya.

Ibunya sayu melihat anak tunggal kesayangannya itu.

Tapi dia tetap bersabar dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anaknya itu.

Akhirnya Rizman berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara dalam bidang perubatan.

Dia berjaya menjadi seorang pakar bedah yang berjaya.

Sepanjang tempoh tersebut, dia tak pernah mengirim berita atau melawat ibunya di kampung.

Namun ibunya tetap gembira apabila mengetahui kejayaan anaknya dan sentiasa mendoakan kejayaan untuk anak kesayangannya itu.

Rizman seolah-olah telah melupai ibunya, dia malu kerana maknya bermata satu, hodoh ibarat raksasa.

Ibunya mendapat tahu yang Rizman kini telah bertugas ibu kota.

Anaknya itu kini menjadi doktor pakar di sebuah hospital swasta tersohor di Malaysia.

Anaknya juga telah berkahwin dengan seorang anak Dato' dan mempunyai dua orang cahaya mata - seorang putera dan seorang puteri.

Hati ibunya melonjak-lonjak ingin bertemu dengan anak kesayangannya itu.

Dia bertekad yang dia mesti berjumpa dengan anaknya di ibu kota!

Suatu hari, ibunya menaiki teksi ke ibu kota.

Dia menuju ke rumah anaknya di kawasan elit, kawasan orang-orang berada dan berjaya.

Siapa yang tak kenal anaknya – doktor pakar bedah yang berjaya dan tersohor di Malaysia!

Setiba di banglo anaknya itu, ibunya itu menekan suis loceng rumah di pagar rumah tersebut.

"Keretanya ada, lagipun hari ni hari minggu, pasti anakku ada di rumah," getus ibunya.

Seorang pembantu rumah separuh umur datang dan menanya,

"Mahu apa makcik? Nak jumpa siapa?"

"Makcik nak jumpa dengan anak makcik."

"Anak makcik? Siapa?"

"Dr. Rizman tu anak makcik, anak tunggal makcik."

"Ooo... sekejap makcik ya, nanti saya panggil tuan."

Pembantu rumah tersebut bergegas masuk ke dalam rumah untuk memaklumkan kepada Dr. Rizman.

Sebentar kemudian, Rizman keluar dengan anak sulungnya, Aiman.

"Siapa kau wahai orang tua?"

"Man.. anak mak, intan payung mak, ni mak ni. Mak baru jer sampai dari kampung."

"Mak? Mak aku dah lama tiada. Aku tiada mak yang bermata satu dan hodoh macam kamu ni. Aku orang yang berjaya, takkan mak aku rupa macam ni?"

"Ayah.. Aiman takut ayah. Nenek ni mata satu, macam hantu!"

"Kau dengar tu orang tua, berambus kau dari sini. Jangan kau cuba nak menakutkan anakku ini pula! Berambus! Kau bukan mak aku!"

"Sampai hati kau Man, ni mak ni. Mak yang membesarkan kau dari kecil hingga kau dewasa"

"Arghh.. mak aku dah tiada. Pergi kau dari sini! Jangan ganggu keluarga aku ni wahai orang tua!"

Maknya menangis dan dengan penuh hiba, maknya beredar kerana dia tidak mahu menakutkan cucunya dan menjatuhkan maruah anaknya. Dia melangkah longlai dan hilang di puput bayu...

Malam-malam yang mendatang, Rizman sering bermimpi yang dia dibakar oleh api yang marak menyala.

Api itu seolah-olah takkan padam malah semakin marak menjulang tinggi. Bisa menelan apa saja yang dibakarnya.

Rizman rasa panas yang amat membara dan dia meminta tolong untuk di keluarkan daripada panas api tersebut.

Tiba-tiba dia terdengar satu suara,

"Kau akan kekal dalam api ini selama-lamanya kerana kau telah derhaka kepada ibumu yang melahirkan dan membesarkan kamu. Maka sinilah tempat mu yang paling sesuai sehingga ke akhir masa mu!"

Rizman terkejut dan bingkas bangun dari tidurnya. Dia beristighfar.

Memikirkan mimpinya itu yang masuk kali ini dah hamper tujuh hari berturut-turut dengan mimpi yang sama.

Perasaan sebak tiba-tiba datang melanda dirinya. Dia berasa amat berdosa dengan ibunya.

Rizman bertekad. Dia mesti pergi berjumpa ibunya esok. Mesti!

Setibanya di kampung, rumah ibunya bertutup rapat dan begitu sunyi.

Rizman memberi salam namun tiada siapa yang menjawab.

Tiba-tiba, Fuad; kawan Rizman sewaktu kecil menegur Rizman.

"Hoi anak derhaka! Baru sekarang kau nak balik? Buat apa kau balik, pergilah duduk di bandar sana. Sini kampung, tempat orang susah dan tak bersekolah! Buat apa kau nak balik sini?"

"Aku nak jumpa mak aku. Aku banyak dosa dengan dia. Aku nak memohon maaf dengan dia. Kau nampak mak aku Fuad?"

"Hoh.. dah buat salah senang-senang kau nak minta maaf ya. Kau tahu tak betapa besarnya dosa kita jika kita menderhakai kedua ibu bapa kita? Kau tahu tak?" herdik Fuad.

"Aku dah sedar, aku insaf, aku nak jumpa mak aku. Mana dia Fuad?"

"Kau terlambat Man, dia dah tiada. Baru dua hari lepas dia dah kembali ke rahmatullah"

"Apa?"

Man terjelepuk ke tanah menangisi kematian ibunya. Dia sedar yang dosanya tidak akan dapat diampunkan kerana kesalahannya dengan ibunya itu!

"Sebelum mak kau meninggal, dia ada tinggalkan satu surat kat kau. Nah! Kau pikirlah sendiri."

Man mengambil surat tu dan membaca...

Ke hadapan anak mak yang mak sayangi,

Mak berbangga kerana mak ada anak yang cerdik, pandai dan berjaya. Mak tumpang gembira.
Mak gembira kerana dapat juga melihat cucu mak yang dah besar tu. Mak tahu yang Man juga sangat sayang anak Man tu sama seperti mak menyayangi anak mak.

Mak dulu ada seorang anak. Pada waktu dia kecil-kecil dahulu, anak mak ni kemalangan. Matanya tertusuk dengan ranting kayu. Matanya buta. Mak rasa sangat sedih dan susah hati. Mak rasa seperti hidup mak dah berakhir.

Mak tak sanggup melihat anak mak itu dalam keadaan buta sebelah mata. Nanti kawan-kawannya ejek dia nanti macam mana? Mak tekad. Mak akan menghadiahkan sebelah mata mak kepada anak mak ini supaya dia boleh melihat dunia yang indah ini dan berjaya di masa hadapan.

Mak tak apa. Jika anak mak berjaya maka mak amat gembira kerana anak mak berjaya kerana dia dapat melihat melalui mata mak itu. Biarlah dia melihat dunia. Mak tak kisah tentang pengorbanan mak ini.

Kini segala impian dan harapan mak dah dipenuhi. Mak tetap sayangkan anak mak. Mak ampunkan segala dosa anak mak ini. Mak doakan moga anak mak ini berjaya dunia dan akhirat.

Rizman terkedu. Air matanya pantas mengalir keluar.

Barulah dia sedar, mak yang dia selama ni dia cemuh telah memberikan matanya untuk dia supaya dia boleh berjaya dan melihat dunia.

Sesal yang tiada penghujungnya menyusup masuk ke sanubari Rizman.

"Mak! Ampunkan Rizman mak! Rizman banyak dosa dengan mak! Rizman sayang mak!"jerit Rizman.

*****

Dari Abu Hurairah R.A:

Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W dia bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk bergaul dengan paling baiknya?" "Ibumu." Baginda S.A.W menjawab. "Kemudian siapa?", "Ibumu", "Kemudian setelahnya siapa?","Ibumu." Untuk kali berikutnya orang itu bertanya lagi, "Kemudian siapa?" "Ayahmu"jawab Baginda Rasulullah S.A.W.

Berbuat baiklah dengan kedua ibu bapa kita sewaktu hayat mereka kerana keredhaan Allah datang selepas kerdhaan kedua ibubapanya!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selamat Tinggal Sayang

Bacaan Yasin berkumandang di telinganya, tangisan keluarga mertuanya jelas kedengaran. Air matanya mengalir mencurah-curah.

'Maafkan abang, sayang. Selamat tinggal.' Ujar dirinya. Jelas terasa kekesalan di dalam jiwa.

'Bodohnya aku!' bisik hati lelakinya tetapi malang nasi sudah menjadi bubur. Hanya tinggal kekesalan selama-lamanya.

'Kalaulah abang boleh ulang, kalaulah...'

====================================================
Faris menghisap rokok lalu menghembuskan asapnya keudara. Segar. Best. Lega. Macam-macam rasa yang ada.

'Abang? Abang buat apa tu?' tanya isterinya Raihan yang sedang sarat mengandungkan anak pertama mereka.

'Ha? Abang hisap rokok.' Jawabnya bersahaja.

'Abang, tadikan kat sekolah ayang ada datang pihak dari hospital. Mereka ada buat ceramah tentang bahayanya rokok. Abang nak tahu? dalam rokok ada..'

Belum sempat Raihan menghabiskan ayatnya suaminya sudah pun memulakan ayatnya.

'Abang tahu, dalam rokok ada tar dan nikotin yang boleh merosakkan pelbagai benda alah dalam badan abang ni. Biarlah abang nak hisap rokok ke apa, bukan ayang mati pun nanti.' Ujar Faris, walaupun lembut tetapi apa yang diujarnya betul-betul menyakitkan hati Raihan

'Abang kata ayang tak mati? kalau ayang tak mati pun bahaya untuk anak kita tau!' Raihan berkata sambil melelehkan air matanya.

'Aish.. abang sendiri boleh jamin yang ayang dan anak kita takkan apa-apa. Percayalah.' Bilang Faris sambil mengusap perut isterinya itu kemudian menghapuskan air mata yang berada dimata isterinya.

====================================
2 bulan kemudian..

'Minta maaf tapi isteri encik keguguran. Dan kemungkinan besar isteri encik dah tak boleh mengandung.' Kata doktor selepas isterinya menerima rawatan.

Faris membawa isterinya kehospital setelah isterinya mengadu sakit perut. Baru tujuh bulan isterinya mengandung.

'Ha? Tapi kenapa doktor?' tanya Faris yang dalam keadaan terkejut.

'Hmm, kami sedang periksa apa yang menjadi masalahnya, jadi ia mungkin mengambil masa untuk dapat result. Saya harap encik dapat sabar. Terima kasih.' Kata doktor tersebut lalu meninggalkan Faris.

Faris masuk ke dalam bilik isterinya. Dia melihat isterinya itu sedang berbaring dan menangis. Mungkin sedih kerana mendengar berita yang
disampaikan sebentar tadi.

'Ayang..' Faris memanggil isterinya.

'Ayang janganlah nangis, tak ada anak pun tak mengapa, asalkan ayang selamat.' Faris memujuk isterinya.

'Uuhhuuuk.. uuhhhukk..' isterinya batuk dengan teruk, terdapat juga darah keluar dari mulut isterinya.
==================================

'Kami dapati isteri encik ada kanser dibahagian paru-parunya dan kanser itu telah menjejaskan kandungan isteri encik, itu yang membuatkan isteri encik keguguran.' Jelas doktor kepadanya.

'Jadi doktor, isteri saya boleh selamat tak doktor?'

'Minta maaf ya, tapi tahap kanser isteri encik sudah sampai ke final stage. Dah tak ada apa yang kami boleh lakukan. Minta maaf.'
Faris masuk kedalam bilik isterinya semula. Kesal terpancar dijiwanya lelakinya.

'Kanser? Sebab rokok ke?' tanya dirinya.
===================================

Jenazah isterinya ditatap, sekarang dia tidak punya apa. Tidak punya anak, tidak punya isteri, hanya ada rokok. Kau ambillah rokok itu teman hidup kau!

Kau biar rokok itu masak untuk kau! Kau suruh rokok itu cuci baju kau, belai kau dan bagai-bagai lagi. Sayang sangat kau pada rokok itu sampai isteri kau mati! Faris memarahi dirinya sendiri atas kesalahan dirinya selama ini.

Faris berjalan meninggalkan tanah perkuburan.

'Selamat tinggal sayang.' Bisik hatinya sambil menoleh kebelakang, 'dan selamat tinggal rokok!'

Katanya sambil membuang kotak rokok yang berada di poketnya ke dalam tong sampah berdekatan.

Cegah sebelum terlambat, anda mampu mengubahnya!

Hindari bahaya rokok dan ingatlah nyawa insan-insan sekeliling kita.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

‎~Lagenda bukit putus~

selain dari highway karak yg famous dengan cerite angker....aku jamin korang pun mesti pnh dengar cerite2 misteri kat area bukit putus? jalan bukit putus ni menghubungkan seremban-kuala pilah. mase adik aku belajar kat UiTM kuala pilah, selalu gak la aku ikut jalan ni klu nak bershopping ke seremban.

Aku mmg banyak dengar cerite pasal misteri jalan bukit putus ni. Disebabk
an jalannye yg banyak corner maut, maka banyak jugalah maut disitu. dahlah selekoh tajam, jalannye pulak kecik je. kalau bertembung dengan trailer sure makan jalan. disebabkan rupa bentuk jalannye yg maut...maka banyak jugalah maut di situ. Kebetulan, ex supervisor aku orang rumahnya dari kuala pilah. so die selalu la ikut jalan tu. die pernah cerite, mase tu die baru kawen. hari minggu dieorang pun weekend la balik kuala pilah. lalu kat jalan bukit putus tu dalam pukul 4 pagi. tah macamana masa kat corner yg first tu, dieorang boleh tersampang dengan pakcik naik basikal..masing2 diam buat tak nampak. masuk corner kedua..eh jumpe lagi. Supervisor aku ni dah tak sedap hati dah. masuk corner ke tige...dieorang nampak lagi pakcik tu kayuh basikal..rilek je..tibe2, wife supervisor aku cakap..."pelik la, pakcik ni dah 3 kali kite jumpe" terus supervisor aku marah wife die sebab mulut cabul. barulah orang rumah die paham, yg dieorang nampak tu bukan manusia. tibe rumah mertua, wife die terus demam.
15 hours ago · Like · 1

Kisah-Kisah Seram by Egai tu tak dahsyat lagi. die cerite lagi kat aku, member baik die kene sakat lagi kaw. (untuk menyenangkan cerite kita bagi watak ye...hehehe) mase lalu kat bukit putus, wife si abu ni tak tahan nak terkucil sangat. so dia pun suruh la abu berhenti je kat tepi jalan. 5 minit kemudian, pintu belakang di buka dan ditutup semula..abu ingat wife die dah selesai buang hajat. maka abu pun tekanlah pedal minyak blah dari situ. ygg peliknya, kenape wife die tibe2 dok belakang n senyap je. tak lame kemudian, ade sebiji kereta main2 lampu high low dari belakang. makin lame kerete tu makin cucuk belakang kereta abu. mulanya abu takut gak..die pecut kereta sampai kat tempat kawasan rehat tepi jalan. area situ ramai driver lori yg take rest. tibe je kat situ... entah macamana, wife si abu ni muncul dari dalam kereta yg dok follow die dari belakang tadi. menggigil abu...sebab die baru teringat..kalau bukan wife die yg naik kerete lepas buang hajat tu...sape pula yg nak?

cerite yg aku dengar lagi....area bukit putus tu memang banyak makan nyawa. lagi satu jalan ni betul2 tepi gaung. so dengar ceritenye, ramai mangsa kemalangan yg jatuh terus kedalam gaung tu. ade yg jumpe dah mati...nasib tak baik langsung tak jumpe terus. wallahuaklam...cerite paling sadis, satu van pekerje kilang mati kat situ..tah berape hari baru orang jumpe. tah betul ke tak tak taulah aku.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

~Hanya Seorang Ayah~

"Ayah! Cepatlah! Thariq dah lambat nak pergi sekolah ni!" Masam mencuka wajah Thariq di depan pintu menunggu ayahnya yang sedang menyiapkan bekalan sekolah untuknya.

"Kejaplah. Ayah tengah nak letak nasi goreng dalam bekas ni." Ayahnya cepat-cepat mencapai penutup bekas makanan. Sedikit keluhan dilepaskan.

"Dah. Jom. Nanti lambat pulak nak ke sekolah." Ujar Arman kepada anaknya yang menunggu di depan pintu sambil menghulurkan beg sekolah anaknya. Sedikit senyuman dihadiahkan buat Thariq dengan harapan mampu menyejukkan kemarahan hati si kecil itu.

"Alah, kalau lambat pun sebab ayahlah. Tak payah nak tapau makanan pun. Thariq boleh beli kat kantin la ayah. Nanti lambat, Thariq yang kena marah dengan cikgu, bukannya ayah!" Terkedu wajah Arman di muka pintu mendengar kata-kata anaknya.

Segera dia beristighfar. Bimbang hati lelakinya akan dicucuk-cucuk syaitan yang mungkin mengundang kemarahannya buat si anak.

Bagi Thariq, dia sengaja berkata begitu kepada ayahnya untuk melepaskan kemarahan kerana semalam adalah hari jadinya. Namun, tiada hadiah yang diberikan ayah kepadanya. Bahkan ucapan selamat hari lahirpun tiada. Terkadang terasa bahawa ayahnya tidak langsung menyayanginya.

Setelah sampai di hadapan sekolah, segera Thariq keluar dari pintu kereta tanpa menyalami tangan Arman seperti biasa. Merajuk barangkali. Sekadar menggelengkan kepala, Arman ingin segera beredar.

"Thariq!" Satu suara yang dikenalinya sayup-sayup kedengaran. Faruqi melambai-lambai dari jauh. Tersengih-sengih Faruqi menunjukkan giginya yang sedikit jarang.

"Eh Thariq. Jap lagi aku nak tengok kau punya praktikal Sains minggu lepas. Hehe.. Nak check betul atau tak aku punya ni."

"Sains? Eh, hari ni mana ada subjek Sains." Berkerut-kerut dahi Thariq dengan pertanyaan Faruqi. Hatinya mula berdebar kerana dia amat yakin yang buku itu ditinggalkan di rumah.

"Memanglah Sains takde. Tapi Cikgu Latifah kan suruh hantar buku tu hari ni. Jangan pulak kau kata tak bawak. Habislah kau." Kata Faruqi sekadar mengusik.

"Hah? Serius ke? Alamak! Aku memang tak bawak la. Macam mana ni? Aduh, mesti kena marah lagi." Thariq sudah menarik-narik tali lehernya. Terasa seakan tersesak nafasnya dek terlalu risau.

"Kau pergilah telefon ayah kau suruh pergi ambik jap. Bukannya jauh pun office ayah kau dengan rumah."

"Aku baru je lepas marah ayah. Nak ke ayah pergi ambik buku aku? Takpe lah. Cuba je dulu." Thariq berkira-kira dalam hati.

Terus dia menuju ke telefon awam yang berada di tepi pondok pengawal.

.....

Arman sudah sampai di parking lot pejabatnya. Dilihat jam di tangan sudah 7.50 pagi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.

"Ayah! Thariq ni." Kedengaran suara anak kecilnya di talian. "Oh, Thariq. Kenapa nak?"

"Em.." Thariq sedikit teragak-agak.

"Ayah, Thariq tertinggal buku praktikal kat rumah. Kena hantar hari ni. Kalau tak cikgu marah. Ayah tolong hantarkan, boleh tak? Buku tu ada kat atas meja dalam bilik."

"Oh." Arman kembali melihat jam di tangan.

"Ok, jap lagi ayah hantarkan." Arman sudah serba salah.

Pagi ini dia perlu menemani ketuanya untuk bermesyuarat dengan syarikat penaja pengiklanan untuk produk terbaru keluaran syarikatnya yang bermula pukul 8.15 pagi. Tetapi yang pastinya dia tidak mahu anak kesayangannya itu dimarahi guru. Biarlah dia yang berkorban sedikit buat anak tunggalnya itu.

Seperti yang dijangka, Arman dimarahi ketuanya kerana terlambat ke pejabat semula setelah menghantar buku Thariq. Dia tidak menceritakan apa sebenarnya yang terjadi kerana sudah seringkali anaknya menjadi sebab atas kelewatannya ke tempat kerja. Bagi Arman, kesalahan itu memang terletak di atas bahunya sendiri kerana tidak pandai dalam mengurus masa dan kehidupannya dengan baik.

"Siti, kalaulah awak masih di sisi abang." Tiba-tiba hatinya terasa sayu mengenangkan arwah isterinya.

Isterinya yang meninggal dunia kerana lemas ketika menyelamatkan Thariq yang mandi di laut lima tahun yang lalu. Kejadian yang benar-benar memberikan tamparan hebat buat dirinya.

Arman masih teringat bila mana dia yang ketika itu sedang berada di Indonesia atas urusan kerja tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada mertuanya. Satu panggilan yang benar-benar meluruhkan jantungnya. Kehilangan seorang isteri tersayang.

"Sebab kaulah isteri aku mati!" terbayang di ingatannya saat dia memarahi Thariq kerana tidak dapat menerima hakikat kematian isterinya. Anak kecil yang baru berusia lima tahun yang masih tidak dapat memahami apa sebenarnya yang berlaku hanya meraung-raung di sisi neneknya kerana dimarahi ayah.

Setelah peristiwa itu, setahun Thariq ditinggalkan di bawah penjagaan mertuanya. Arman yang pergi membawa diri. Sehinggalah pada suatu hari dia menerima berita bahawa anaknya demam panas.

Walaupun hatinya masih sakit, namun naluri kebapaannya masih kuat. Di saat dia menatap wajah sugul anaknya yang mirip dengan arwah isterinya, ego lelakinya runtuh. Dipeluknya Thariq sekuat hati.

"Maafkan ayah, nak. Ayah tak patut salahkan Thariq. Bukan salah Thariq." Teresak-esak Arman melutut di sisi anaknya. Menyesali akan perbuatannya, Arman sudah berjanji untuk menjaga Thariq sebaik mungkin dan melunaskan janjinya buat arwah isterinya.

Janji yang dibuat saat Thariq dilahirkan ke dunia. Janji untuk mendidik anak itu sebaik mungkin supaya menjadi buah amal di Akhirat kelak.

Alhamdulillah, Allah S.W.T masih memberikan peluang kepadanya untuk berusaha menjadi seorang ayah kepada Thariq. Walaupun terkadang kerenah anaknya itu benar-benar mencabar kesabarannya, namun Arman seringkali terkenangkan perbuatannya yang meninggalkan Thariq selama setahun dan hanya menjenguknya beberapa kali.

"Mungkin ini adalah ujian yang Allah S.W.T berikan kepada aku atas sebab perbuatan aku dulu. Dan semuanya sebab Allah S.W.T sayang aku. Allah S.W.T nak peringatkan tentang kesilapan aku," kata-kata yang seringkali ditekankan Arman sebagai sebuah peringatan buat dirinya sendiri.

.....

Selesai Pendidikan Jasmani pada waktu pagi, Thariq masuk ke kelas untuk menukar baju. Hanya beberapa orang rakannya berada dalam kelas sedangkan yang lain masih berlegar-legar di kantin untuk mengisi tekak yang kehausan. Apabila dibuka beg sekolahnya, matanya terpandang sebuah bungkusan kecil yang dibalut kemas berada di dalam beg.

Dalam kehairanan, dia membuka bungkusan tersebut. Dia tersenyum riang melihat seutas jam tangan yang diidam-idamnya selama ini berada di dalam kotak itu dan sekeping kad terselit di dalamnya. Thariq membuka kad tersebut.

Buat buah hati ayah yang tersayang,

Selamat hari lahir yang ke-10. Ayah minta maaf sebab terlambat bagi hadiah ni pada Thariq. Ayah memang teringin untuk sambut birthday Thariq semalam tapi ayah dah tertidur.

Thariq,

Ayah betul-betul nak minta maaf sebab tak mampu menjadi ayah yang terbaik buat Thariq. Ayah tak mampu nak masak makanan kegemaran Thariq sedap-sedap, ayah tak mampu nak siapkan baju sekolah untuk Thariq pagi-pagi, ayah tak mampu nak luangkan masa untuk bermain dengan Thariq setiap hari, ayah tak mampu nak tolong Thariq siapkan kerja rumah, ayah tak mampu nak belikan semua barang mainan yang Thariq minta. Banyak perkara yang tak mampu ayah buatkan untuk Thariq.

Mungkin sebab ayah hanyalah seorang ayah. Ayah tak mampu menjadi sesempurna seorang ibu yang mampu memberikan kelembutan kasih sayang yang lebih baik buat Thariq. Tapi ayah harapkan dalam kekurangan ini, ayah mampu membuatkan Thariq bahagia seadanya. Dan ayah nak Thariq tahu yang ayah benar-benar sayangkan Thariq. Setiap masa.

Ikhlas,

Ayah.

Basah pipi si anak kecil. "Ayah, maafkan Thariq." Ada sedikit kekesalan di hati Thariq atas sikapnya pagi tadi. Jauh di sudut hati, dia tidak sabar untuk pulang ke rumah hari ini. Ingin menemui ayah yang tersayang.

.....

Kring!!! Loceng sekolah berbunyi.Tidak seperti biasa, Thariqlah orang pertama yang keluar dari kelasnya menuju ke pintu pagar.

Di bibirnya tersenyum riang apabila terbayang ayahnya menunggu di dalam kereta dan sebuah pelukan erat ingin diberikan buat ayahnya. Bukan atas penghargaan hadiah yang diberikan ayahnya semata-mata, tetapi kerana pada saat ini, Thariq benar-benar ingin ucapkan sebuah kata-kata yang tidak pernah diucapkannya buat ayah selama ini.

Kata-kata yang disimpan dek kerana hatinya yang dipenuhi pelbagai prasangka buruk terhadap kasih sayang ayah kepadanya. Mungkin kerana tamparan kisah silam yang masih tersimpan kemas dalam ingatannya.

Sampai di depan pintu pagar, masih belum nampak kelibat ayahnya. Hatinya tiba-tiba terasa kurang enak. Ditepisnya pelbagai perasaan yang bercampur baur dalam diri.

Ayah Faruqi sudah sampai dengan wajah yang agak cemas. Dia kelihatan sedang menjelaskan sesuatu kepada Faruqi, perasaan ingin tahu Thariq membuak-buak dalam hati.

"Thariq, kereta ayah kau Myvi hitam, kan?" tanya Faruqi.

Muka Thariq berubah.

"A'ah. Kenapa?" Thariq bertanya dengan perasaan berdebar-debar.

"Em.. ada kereta Myvi hitam accident kat depan simpang sana. Ayah aku nak patah balik pergi tengok. Kau nak ikut?"

Thariq seperti kehilangan nafas seketika. Jantungnya berdegup kencang. Tidak mampu bersuara, dia sekadar mengangguk.

Di simpang tiga itu kelihatan orang ramai sudah berkerumun. Sebuah ambulan sudah berada di tempat kejadian dan kelihatan polis trafik sedang mengawal lalu lintas yang mulai sesak.

Air mata Thariq kelihatan sudah mula menitik. Langkahnya kaku melihat kereta Myvi yang remuk itu.

"Ayah... Ayah!!" Thariq berlari menuju ke arah sebujur tubuh yang sudah ditutupi kain putih.

"Ayah! Ayah jangan tinggalkan Thariq ayah. Ayah! Jangan tinggalkan Thariq sorang diri. Mak dah takde. Takkan ayah pun nak tinggalkan Thariq jugak. Ayah!" Thariq meraung sambil tangannya memeluk erat tubuh yang sudah tidak bernyawa itu. Terasa gelap seketika dunianya.

"Thariq?" terasa bahunya disentuh lembut. Dengan pandangan mata yang kabur disebabkan air mata yang berlinangan, Thariq memandang ke belakang. Yang kelihatan satu susuk tubuh yang amat dikenalinya memandangnya dengan pandangan kehairanan.

"Ayah!" dipeluk erat tubuh ayahnya. Arman hanya tercengang kurang mengerti. Melihat sekeliling dan matanya terpandang sebuah Myvi hitam yang remuk teruk tersadai di tepi jalan. Barulah dia mengerti apa yang sebenarnya terjadi.

"Ayah! Ayah jangan tinggalkan Thariq ayah. Thariq mintak maaf sebab kasar dengan ayah pagi tadi. Jangan tinggalkan Thariq lagi, ayah," Teresak-esak Thariq memeluk ayahnya. Dalam hati, sejuta kesyukuran bertandang apabila menyedari ayahnya masih di sisi. Arman tersenyum memandang anaknya.

Perasaan gelisah bila melihat anaknya tiada di depan pintu pagar sekolah benar-benar terubat kini. Jika tidak kerana pengawal sekolah yang memberitahunya bahawa Thariq telah pulang bersama Faruqi, mungkin dia telah hilang arah untuk mencari anaknya yang tiada di sekolah.

.....

Jam sudah menunjukkan angka sebelas malam. Arman bersiap-siap untuk tidur. Pakaiannya dan Thariq sudah siap digosok. Bimbang jika esok terlewat bangun lagi. Di fikirannya sedang berkira-kira sarapan apa yang ingin disiapkan buat anaknya.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk perlahan.

"Ayah, boleh Thariq tidur dengan ayah?" Ujar Thariq teragak-agak sambil tangannya memegang bantal busuk Doraemonnya.

Arman tersenyum. Hatinya terasa bersyukur dengan perubahan sikap Thariq yang tiba-tiba.

Adakah kejadian hari ini benar-benar terkesan di hati anaknya?

Thariq naik ke katil lantas meletakkan kepalanya di bantal sebelah ayahnya.

"Selamat malam Thariq. Jangan lupa baca doa tidur," Arman tersenyum sambil menutup lampu.

"Selamat malam ayah. Thariq sayang ayah." Arman terkedu dalam kegelapan. Kata-kata yang dinanti-nantikan selama ini. Kata-kata yang benar-benar dirindui untuk didengari oleh Arman.

Setitis air mata mengalir ke pipinya.

"InsyaAllah, esok Tuhan pasti menjanjikan hari yang lebih baik buat kita berdua." Bisik Arman dalam hatinya.

Nota: Hargailah kedua ibubapa yang masih berada di sisi. Kerana kita tidak akan pernah tahu apa yang bakal menanti pada esok hari.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

~Mohon Pada Dia~

Dikeheningan malam itu, hatiku tidak berhenti memohon, "Ya Allah, Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang terjadi. Engkau jualah yang memberi sinar hidayah kepada hamba-hamba yang Engkau kehendaki. Aku mohon ya Allah, pancarkanlah sinar itu kepada diriku. Agar aku terus istiqamah dalam agama-Mu."

Hatiku terus merintih.

Allah, Allah, Allah. Ampuni dosaku yang menggunung tinggi. Hapuskanlah ia seperti debu yang berterbangan. Aku tenang bersama-Mu selalu, ya Allah. Air mata mula berlinangan.

Ya Allah ya Rahman, ya Allah ya Rahim...
Lagu Allah ya Nur nyanyian Opick diputarkan.

"Diaaammmmm... diaaammmm... diaaammmm!!!! Berhentiiiii..." Satu suara lantang mengejutkan para peserta.

"Kamu semua berpura-pura. Kamu berdoa main-main. Tidak bersungguh-sungguh. Walhal Allah itu bersama kita. Berada dekat dengan kita."

"Kamu sombong! Kamu penipu! Kamu ego! Kamu pengecut!"

"Ikhlaskan hati kita, dik. Mohon doa pada Allah dengan hati. Jangan lontarkan kata-kata, tetapi hati masih buta. Mohon keampunan dengan hati. Banyak dosa kita pada Dia, dik." Bisikku pada peserta perempuan di sebelahku.

Lelaki itu bersuara lagi. Kali ini suaranya kedengaran sedih dan sayu.
"Ya Allah, kami tidak layak untuk syurga-Mu. Namun kami juga tidak sanggup menghadapi azab siksa neraka-Mu. Ya Allah, ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami, dosa sahabat-sahabat kami, dosa keluaga kami dan dosa seluruh umat Islam."

"Adik-adik, mohon ampun pada Allah dengan hati kita. Dia Maha Melihat, Maha Mendengar setiap rintihan hambanya. Mohon taubat dik!!!" Lelaki itu bersuara lantang semula.

"Dosa kita mendedahkan aurat. Dosa kita meninggalkan solat. Kita tinggalkan segala suruhan-Nya. Sedangkan dia telah memperingatkan kita tentang azab yang menanti mereka yang melanggar arahan-Nya."

Jauh di sudut hatiku turut memohon pada Allah agar hati adik-adik ini diberikan sinar, diberi hidayah dan petunjuk.

"Akui diri kita ini dik, kita sombong, kita ego, kita penipu, kita pengecut. Janji pada diri, buang sikap-sikap ini."

"Diri kita ini milik Allah, bila-bila masa dia boleh ambil kembali. Jika tidak hari ini, mungkin esok hari. Adakah kita bersedia?" Lelaki itu terus merintih.

"Ya Allah sakitnya azabmu!!! Sakitttt!!! Ampunkan aku ya Allah!!! Hidupkan aku semula ya Allah, aku janji akan lakukan segala yang Engkau suruh! Aku akan tutup auratku, aku akan jaga maruahku. Aku akan mencintai-Mu dan pesuruh-Mu lebih daripada cinta manusia."

"Allah, Allah, Allah... Adik-adik, jangan sampai diri kita dipanggil oleh-Nya, baru kita mahu bertaubat. Apabila kita dipakaikan kain putih dan disolatkan, baru kita mohon untuk dihidupkan semula. Dan tika tercium bau tanah dan dibacakan talqin, kita melambai pada keluarga agar mengeluarkan kita dari liang lahad. Dan di saat malaikat Allah menjalankan tugas, kita mohon pada Allah agar diberi peluang kedua."

"Semuanya sudah terlambat, dik..."

"Buka mata kamu perlahan-lahan, tarik nafas dan hembus." Lampu dinyalakan. Mata-mataku melilau melihat adik-adik disekelilingku.

"Adik-adik, kami sayangkan anda. Kami tidak mahu melihat anak bangsa dan seagama kami hilang arah tujuan. Kami tidak ingin apabila pihak polis menangkap penagih dadah, anda adalah salah seorang daripadanya. Kami tidak mahu anda kaum hawa, tergolong daripada mereka yang melahirkan anak luar nikah."

"Kami bukan sengaja ingin melihat air mata kamu berguguran jatuh. Biarlah air mata yang mengalir itu menjadi titik perubahan, saksi keinsafan dan taubat kamu terhadap Allah. Bukan untuk kami, tapi untuk Allah. Dialah yang menciptakan kita semua."

Suara esakan para peserta Kem Pemantapan Sahsiah Pelajar masih kedengaran. Hatiku berbisik,
"Ya Allah, aku mohon agar mereka berubah menjadi hamba-Mu yang lebih baik selepas ini. Terimalah permohonan taubat kami ini. Terangilah hati kami, ikhlaskan setiap pekerjaan yang kami lakukan. Bimbinglah kami dan adik-adik kami ini agar sentiasa berada di landasan yang lurus. Bimbinglah hati kami."

Kami sebagai fasilitor hanya ingin membantu, kami tidak minta untuk disanjung. Kami ingin bantu saudara kami agar lebih dekat dengan Pencipta. Didiklah hati agar takut pada Allah. Perubahan mustahil berlaku secara mendadak, bergantung pada diri sendiri. Kami bukan ahli silap mata yang boleh merubah adik-adik serta merta. Mohonlah pada Allah agar dipermudah segalanya. Kuatkan hati. Insya-Allah.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Perjalanan Ke Kampung

lagi 1 cerita aku nk kongsi....kisah ni berlaku beberapa tahun yg lalu, ade la laki bini ni nk balik kampung n diorang gerak mlm..(aku kasi nama siti n ali, senang skit nk cite)..then bile sampai kat satu jalan yg agak scary sbb byak pokok2 getah n semak samun, siti dh ase len mcam.. die pon ckap la " seram gak area sini kan bile mlm" tp ali x jwap lgsung, senyap je..siti pon wat derk la..tetiba ade something melintas dpan kete diorang..cam pompuan kai baju putih dan die melayang!!!diorang menjerit n hampir2 terbabas..siti dh mula nangis n suh laki die cepat2 blah dr situ..ali konon nk tenangkn ati siti cakap la " xde ape2 tu. kawan abg melintas jeeeee"..then diorang teruskn perjalanan..tetiba ade 1 kete follow dr belakang..diorang x takut sgt sbb ade geng.,tp kete tu cucuk rapat kete ali tu smpai die ase x selesa..die pon slow la nk bg can kete tu potong die tp kete tu x potong gak..bile ali laju, kete tu pon laju siap main2 lampu..sampai la kat satu hentian rehat tu, ali berenti n kete tu pon berenti siap park sebelah..keluar la sepasang laki bini yg agak berumur sambil tanya kalo2 ali n siti x apa2..diorang pelik knapa laki tu tanya camtu...rupa-rupanya.....

'pompuan' yg melintas depan kete ali tu tumpang kete ali n die duduk atas bumbung kete..laki bini tu follow dr blakang sbb takut ape2 yg terjadi kat ali n siti..dgr je cite tu, siti trus kenekan laki die smula "hmmm xpe la, kawan abg nk tumpang je tuuuuuuuu"....pas dgr cite ni, aku xtau nk gelak or ase takut..=.="
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sketsa Pendek 13

Pilot & Karnibal

Kisah 3 Pilot yang ditangkap oleh suku kaum Kanibal, ketiga-3 pilot yg takut trsebut mmohon agar x dibunuh. Maka ketua suku kaum itu pn brkata, ‘Klau kowg sume nk hidup, kowg kena msuk hutan & bawa 10 buah yg sama jenisnya. Tapi kowg hanya ada masa 3 jam saja!’

Sblm 3 jam, pilot yg 1 pun akhirnya dtg bawa 10 epal.
Ketua Suku : "Ok, kamu dh bawa 10 bj epal. Skrg msukkan semua epal tu ke dlm luban
g dubur kamu satu persatu. Klau kamu mrintih atau brsuara, kamu akan saya potong2!"

Dgn penuh prjuangan & ketahanan akhirnya epal prtama dpt di msukkan. Tp utk epal yg ke 2 dia xdpt mnahan sakit & terus mnjerit. Dgn kejam ketua suku td terus memenggal kepala si pilot. Maka naiklah pilot td ke syurga.

Pilot ke-2 plak dtg bawa 10 bj anggur. Dan ketua suku td terus bg arahan yg sama. 1 anggur msuk, 2 anggur, 3 anggur, tp pada saat dia nk masukkan anggur yg ke 10, ketua suku td tiba2 memotong kepala pilot ke-2.

Naik la pilot ke-2 td ke syurga & brjmpa dgn pilot-1 td.
Pilot2 : Wah, kau pn mati jgk?
Pilot1 : Ye la, aku bwk epal. Xtahan sakit! Sial tul ketua suku tu, syaratnya susah sgt! Hbs kau bwk buah apa?
Pilot2 : Anggur
Pilot1 : Anggur?? Tu kan senang! Kck je, xsakit pon!
Pilot2 : Mmg betul. Sume anggur aku hmpir masuk ke dlm lubang dh..Tapi tiba2 aku ketawa & hbs sume anggur yg aku msuk td keluar blik…..
Pilot1 : Bodoh kau! Knpe ketawa?
Pilot2 : Habis, ms aku nk msukkan anggur yg ke 10, aku nmpk pilot ke-3 bawa durian...giler ko..durian!!!


Ali & Dj

DJ:ye sape di sane???

ali:saye ali dari ijok..

DJ:oh ali dari ijok ape khabar ali??ali nk buat ucapan pada sape ni..

ali:Baik je bang DJ..saye nk buat ucapan pada isteri saya yang sedang memasak
kat dapur tu..

DJ:bertuah kamu ali punye isteri pandai masak..ucapan ape yg kmu nk bagi pada
isteri kamu yg tgh memasak tu ali???

ali:saye nk buat ucapan pada isteri saya dengan ucapan tngah buat ape tu
sayang??abg sayang sngat kat sayang..

DJ:sungguh romantik skali terima kasih ali dengan ucapan itu...


Fakta

FAKTA !
Kenapa pelajar² di Malaysia ni suka meniru time exam??

Sebab,
Di bawah setiap halaman kertas soalan,

... ada ditulis...

"SILA LIHAT SEBELAH"

P/S - Siapa yang Salah Sekarang ni ?


Pak Pandir & Pari-Pari

Suatu hari pak pandir menemani isteri beliau kesungai untuk mbasuh kain,tiba-tiba isteri beliau terjatuh kedlm sungai,lalu berdukalah pak pandir,muncul pula sorang pari-pari.
"kenapakah kamu berduka wahai pak pandir"
"isteriku tlh jatuh kdlm sungai.aku tdk tahu berenang"kata pandir lg.
lalu pari-pari pun masuk kedalam sngai itu dan mcr isteri pak pandir.tdk brapa lama kmudian,pari-pari muncul dr p
ermukaan sungai dgn mbawa Britney Spears.
"inikah isteri mu pak pandir?"
"bukan!"kata pak pandir.
lalu pari-pari masuk kesungai semula dan kali ini muncul membawa Angelina Jolie.
Maka jwpn yg sm pak pandir berikan.
Pari-pari masuk semula kdlm sungai dan kali ini mbawa bsama isteri pak pandir.Lalu dgn ati yg girang pak pandir bterima kasih kpd pari-pari.
"Oleh kerana sikap kamu yg jujur wahai pak pandir,aku menghadiahkan kamu Britney spears dan Angelina Jolie sbgai isteri kamu.
Pak Pandir......"#$%^7*?"


Pak Pandir & Si Luncai

Pak Pandir adalah seorang anak yang baru saja mendapatkan harta warisan setelah ayahnya meninggal. Tetapi ia bingung di manakah ia perlu simpan wang tersebut. Hendak simpan di bank takut kalau-kalau banknya bangkrup. Diletak dibawah bantal, nanti diambil pencuri.

Setelah berfikir cukup lama, akhirnya ia mendapat ide, ia menanam wang itu dibelakang rumahnya, lalu memasang papan peringatan dengan t
ulisan yang sangat besar “TIDAK ADA WANG DISINI!”. Ternyata temannya Pak Pandir yang bernama Si Luncai melihat apa yang dilakukan Pandir.

Setelah lewat tengah malam, Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tesebut. Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Luncai mengganti tulisan yang ditulis Pandir dengan ayat “BUKAN LUNCAI YANG AMBIL!”.


Daddy & Doughter

daughter: "Daddy tell me a bedtime story!"

dad: "Sure honey. Once upon a time, a little girl wouldn't go to bed. Then she died."

daughter: #$%^&*... nyte dad..>.<


Mat & Mud

Mat : aku bengang la ngan Amid ko taw x..?

Mud: Nape??

Mat: asal aku mx duit at die je..mesti die kate xde..

Mud: apsal??die pinjam duit ko ek??

Mat: xla..ak yg nk pinjam duit at die..

Mud: $@#$@$@$%#%!!!!


Majlis

Saya selalu merasa tidak selesa apabila datang ke majlis perkahwinan ahli keluarga. Nak tahu sebabnya?Biasanya, makcik-makcik saya dan para kerabat lainnya akan datang menghampiri saya sambil menepuk-nepuk bahu saya, “Kamu yang berikutnyakan?” kata mereka.Menyampah betul, tidak berperikemanusiaan sama sekali!Tapi kebiasaan mereka ini terhenti setelah saya melakukan hal yang sama pada mereka setiap kali acara pengkebumian keluarga berlangsung..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, January 12, 2012

Duka with alysha


assalamualaikum n salam sejahtera semua...

tajuk entry kali nie macam gempak jer kan.... Alisha... saper 2... mayang sari duka ker... wakakaka... x der la... mayang sari duka laen la... :P

Alisha nie sebenarnyer my niece la... ( cewahhh... anak buah la sgt kan) padahal kawan nyer anak...
ekekke... chomel sgt alisha... macam duka kecik2 dulu... ekekeke... :P

nak tengok gambar????
mana leh... duka sorokkan gambar... haha... x der gurau jer... nie gambar alisha :




betul x... chomel macam duka kan... (perghhhh, perasan chomel ak nie... ekekeke)
haha.... time nie wak2 duka vacation 2 lost world, tambun.... gambar bulan 12... selekeh skit... ekekeke... rambut x potong agy.... ( x der dwet nak potong rambut la der ) - korang blanja duka dwet gunting rambut leh x... haha

macam x der idea jer nak menaip lagi... malz pun ader... huhu... k la... 2 jer yang duka nak kongsikan... jumper kat entry laen la... (ceittttt... ingat ader la ayat2 laen, rupanyer x der la) wakakaka... dah2... duka nak away lu k... please tinggalkan your komen - wajib (haha)

P/S : jumper di next entry k
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Duka busy semenjak dua menjak nie.. ƗƗɑƗƗɑƗƗɑНāĦǟ

assalamualaikum n salam sejahtera semua...

kat entri kali nie duka nak kongsikan aper yek.... ƗƗɑƗƗɑƗƗɑНāĦǟ

Dah lama x update blog jadi blurrrr sekejap.... ekekeke...

ok la... duka semenjak 2 menjak nie busy memanjang jer sampai nak update pun x sempat... haippp bukan pasal bercinta ker or tunang tau... duka still single lagi... ekeke.. cuma busy siang malam kejer.... ye r... malam dah bukak burger sampai kul 1 or 2 pagi...
masa yang ader semua kat luar jer...

balik dari opis terus bukak burger....
(perghhhh, betul2 nak caarik duit lebih nie- "nak kawen dah ker")

haha... lum masa berkahwin lagi... muda agy der.... n 2 bulan nie banyak vacation la... 2 yang x sempat 2... (padahal mood nak wat cerpen x der nie - alasan jer lebih) wakakaka.... n copy paste pun malas... copy ais boleh la.... huhu

ok la... mybe lam bulan 2 duka update k... insyaallah...
banyak yang duka nak kongsikan agy.... pasal kejer bawu n vacation2 semua... x lupa gak cerpen2 nanty duka masukkan agy

k geng... duka nak titow dah nie... esok kat opis kang mata kuyu jer... haha... wish had a nice life all... keep in touch yarghhh n assalammualaikum.....

P/S : jumpa di entry yang akan datang
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

♥ Tinggalkan Jejak anda disini ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...