Elegant Rose - Working In Background Suka Dan Duka Dikongsi Bersama: aku bukan untukmu

Pembaca Setia Blogku

Wednesday, October 12, 2011

aku bukan untukmu

"takde sikit pun ke rasa suke kat aku? sikit pon tak de?"'' takde. hati aku kat orang lain'', tegas ku. sudah berkali2 aku mengingatkan dia supaya tidak menimbulkan semula isu ini. namun,dia x menghiraukannya.''look, kalau kau rase still nak kawan dengan aku,stop it.okey?kau tak rase ke,ni semua mengarut? kau baru je kenal dengan aku,dan kau dah cakap kau sukakan aku?? nonsense lar".geram sungguh aku. aku tidak mudah mempercayai lelaki, apa tidaknya baru saja kenal,sudah pandai mengucapkan kata-kata cinta. lagipun, untuk situasi aku yang masih menuntut ini, aku tidak mahu terlalu memikirkan tentang cinta."wahai cik Qyra, perasaan ni datang tanpa aku mintak tau. aku tak seperti banyak lelaki kat luar sana.tak mengapa.kau cakaplah ape yang kau nak cakap. sebab aku tau gaya pemikiran kau ni lain sket.sebab tu lar aku suke kat kau", aysraf terus berdebat, mempertahankan bahawa perasaannya, bukan main2.''giler la kau ni. apsal kau bley suke kat minah blur cam aku neh?'''pelik sungguh aku. dulu dia juga yang beria-ia mngutuk aku. dikatanya aku blur, muke cam nak tido time blaja tp result still gempak. huh, dalam2 kutuk ade juga pujiannya.tapi setelah kenal dia, aku senang berkawan dengannya. tapi bukan lah untuk cinta. masih belum terasa hasrat keinginan seperti dia. tiada sebarang cinta.''nak buat macam mana.aku just suke kat kau. that's it. takde sebrg sebab. cinta ini sukar aku larang”. terdengar keluhan kecil di hujung talian.serentak itu juga aku mengeluh. kenapalah dia terlampau awal mengucapkan perasaannya, di saat hati aku berada di persimpangan. hatiku pada orang lain, namun aku juga seperti dirinya, cintaku jua tidak berbalas,apa tidaknya aku belum menyatakan perasaanku kpd seseorang yang aku suka. entah sampai bila aku harus begini. seperti main tarik tali pula lagaknya. alangkah manisnya kalau dia berkawan dengan ku.lama.kenal hati budi aku, n then baru declare. saat itu aku pasti dapat menerimanya.semua ini terlalu awal.''hmm,ape kata kau pegi tido sekarang.,n then biler kau bangun nanti mesti kau da lupa apa yang kau cakap kat aku. dan aku pun akan buat2 lupa.pastu kita senyap jek.,xyah cakap pape.gerenti punye akan ilang lar perasaan2 yang mengarut tuh. kau bleylar cakap macam ni skrg, tapi nanti ble kau da keje atau kau pegi lar mane2,keluar dari lingkungan ni,kau akan jumpe org lain punye gerenti.''' itu,amat aku pasti.sekarang bolehlah tapi bila da jumpe ramai perempuan kat luar sane,pasti sedikit sebanyak perasaan itu akan hilang. ini lah pendapatku.namun aku lupa, jodoh itu bukan di tangan aku.'' okey takpe,aku bley terima,kita still kawan. tapi aku tetap dengan pendirian aku. pendirian aku takkan tergugat.aku akan still tunggu kau.kau pegang janji aku'' **dan bermula hari itu, kami berkawan seperti biasa. seperti tiada apa-apa pun yang berlaku. mesej,telefon, keluar makan, discussion..semuanya kami lakukan bersama. malah teman2 sering mengusik kami.tapi aku tepis dengan istilah kami hanya ''teman tapi mesra''. namun, aku amat menghormati istilah itu, semenjak aku berkawan dengannya, aku tidak pernah keluar dengan sesiapa. seolah-olah, dia merupakan kekasih aku, dan aku wajar setia dengannya. entah mengapa aku melakukan itu semua. cintaku yang tidak kesampaian sedikit semi sedikit aku lupakan. namun, setiap kali dia bertanya apa perkembangan antara aku dengan cinta hatiku itu, aku memberitahunya bahawa aku bahagia. sedangkan semua itu tidak pernah wujud sama sekali.aku tidak mahu menjilat ludah ku kembali. aku khuatir jika aku menceritakan bahwa, cinta hatiku tidak pernah sama sekali kesampaian, dia akan mentertawakanku.tapi dia masih denganku.semalam..hari ini dan seterusnya..tetapi aku masih lagi terkapai2 berada di persimpangan antara cinta hatiku yang tidak pernah perasan kehadiranku dan dia yang sering berada di sisiku.antara nyata dan tidak nyata. aku sendiri tidak mengerti apa lagi yang aku nantikan?alangkah indahnya apabila kita mengetahui ada seseorang yang mengambil berat pasal kita. sering berada di belakang kita saat kita memerlukan sokongan. sering ada di sisi bagi meminjamkan bahu saat kita menangis.dan kita tahu dia tidak pernah mengharapkan balasan.namun, itu bukan alasan untuk aku mengambil kesempatan di atas keiklhasannya itu.**mustahil aku tidak terkesan dengan keikhlasannya. lama kelamaan, luluh jua hatiku terhadap sikapnya. baru kini aku perasan, betapa dia juga mempunyai paras yang menarik.senyumannya, matanya. sesuai dengan hatinya yang bersih yang tidak menyimpan dendam, kerna selama ini aku sering tidak peduli dia yang berada didepanku. malah, bersusah payah pula aku mencipta khayalan ingin bersama sesuatu yang tidak nyata.namun, ku kira, itu semua sudah terlambat. belakangan ini, aku sering melihatnya bersama seorang gadis, ayu orangnya, bertudung, sangat santun budinya. ku sembunyikan rasa hati yang sudah mula menumbuhkan rasa cemburu. aku menipu hatiku sendiri. tetapi, gusarku sedikit hilang, apabila sikap asyraf terhadapku tidak berubah.masih bersama denganku.mungkin..satu hari, buat kali terakhirnya asyraf bertanya kepada ku tentang aku dan cinta hatiku. kali ini, aku mengaku dengan sejujur-jujurnya apa yang sebenarnya terjadi, bahwa cinta itu tidak pernah wujud.tentang aku yang tidak pernah keluar dengan siapa pun selain dia.aku malah mengakui perasaan ku kepadanya sudah mula berputik.aku melihat riak wajahnya sedikit berubah.terkejut. aku tidak pasti apa perasaanya kala itu."kalau macam tu.kita kahwin?kita tunang dulu pastu kita nikah."ucapnya. aku hanya mengangguk kegembiraan.lega rasa hatiku mendengar kata2 nya. khuatir juga aku jika dia sudah punya orang lain. aku sungguh yakin dia masih mencintaiku.**satu hari, di saat kami merancang untuk keluar makan bersama,kali ini bagiku sungguh istimewa.aku sudah secara rasminya menjadi kekasihnya.kami terserempak dengan seorang gadis yang aku rasakan pernah aku lihat.mereka berkata sesuatu. sesuatu yang serius sehingga aku lihat mata gadis itu berkaca-kaca. cukup terang aku kira untuk melihat semua itu di bawah cahaya lampu yang terang benderang.baru kini otakku mengembalikan memori. gadis itu adalah sama seperti aku lihat bersama dengan asyraf dahulu. entah mengapa aku tidak pernah bertanyakan hal itu kepadanya. setelah habis berbual dengan gadis itu, dia kembali duduk di hadapanku.tidak mengangkat wajahnya untuk bertentangan mata seperti yang selalu dilakukan. aku menghidu sesuatu yang tidak kena'' siapa dia?'' tanyaku.'' Aisha." pendek dan ringkas. namun dapat ku dengar getaran suaranya.''ada apa2 yang saya tak tau?'' panggilan aku dengannya kini bertukar daripada 'aku kau' kepada 'saya awak' pula setelah aku menjadi kekasihnya.senyap.tiada jawapan.tahulah aku kini bahawa aku sememangnya sudah terlambat.terlampau lambat. aku terlalu yakin yang dia masih mencintaiku, tapi aku lupa, hatinya yang terluka tidak pernah aku jaga, tidak pernah aku rawat, tidak pernah aku bela. di saat hatinya kesakitan, aku tahu pasti ada yang menawarkan diri untuk menjaga,merawat dan membelanya.'' dah berapa lama awak kenal dia?" getus ku.'' hampir setahun"jawabnya.masih tidak memandang wajahku."cukup lama saya kira untuk membuahkan cinta" aku cuba berlagak tenang.walhal hatiku sudah merintih kesedihan.hal yang ditakutkan sudah berlaku." tapi Qyra, saya dengan dia sekadar kawan saja.kami tak pernah declare apa2.'' asyraf cuba menjelaskan perkara yang aku kira sangat palsu,untuk orang yang tidak pandai menipu seperti dia." yes.memang tak pernah declare. tapi kamu saling mencintai.saya boleh lihat dari mata awak.cara awak pandang dia".ya, cara dia memandang gadis itu, penuh rasa cinta. sama seperti dia memandang aku dahulu.tapi,kini tidak lagi.aku cuba menahan airmata." saya tau, awak terikat dengan janji awak,kan? awak berjanji awak akan tetap sayang kat saya,dan akan teguh dengan pendirian itu. tapi awak tak sedar. lumrah hidup. pendirian itu umpama lalang yang jika ditiup angin,akan goyahlah ia. Pergilah kepada dia. I don't mind. awak tetap kawan saya" serentak itu air mataku mengalir. asyraf kaget melihat aku dan berusaha menenangkan aku."saya bodoh kan.boleh jatuh cinta dengan orang lain walaupun saya dah janji dengan awak", keluhnya. "tak,awak tak bodoh. malah saya kagum kerana awak cuba tepati janji sedang awak terseksa.tapi awak bodoh bila awak tinggalkan perempuan sebaik itu". air mata ku mengalir lagi." pergilah asyraf.pergi.cari dia.dialah jodoh awak"sememangnya, aku sudah bersedia menghadapi situasi ini. cuma aku tidak menyangka aku akan mengharunginya di saat hati aku tidak pernah berasa terlalu bahagia. "pergilah,kalau awak anggap saya kawan baik awak,pergi kejar dia, pergi.kalau tak awak akan menyesal!". serentak itu aku bangun meninggalkan restoran yang menyaksikan pelbagai kisah suka duka antara aku dan dia.memang inilah nasibku. yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.aku sama sekali tidak menyalahkan asyraf. dia berhak mendapat yang lebih baik. **sejak itu aku tidak mendengar lagi berita tentangnya, sehinggalah kad ini ada dalam peti surat.aku mengeluh. siapalah lagi yang rela mendengar keluh kesah ku?'Buat sementara ini, biarlah aku begini. bergantung pada redhaNya. aku serahkan jodoh ketentuan ku kepadaNya. Masih adakah lagi jodoh yang lain setelah aku menolak pemberianNya selama ini? kali ini aku merasakannya, asyraf.. Cinta ini sukar kularang'
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

  1. biarkan org bkata2 ttg dirimu..
    biarkn mereka bersuara..
    biar pedih ibarat tertusuk sembilu..
    biar mereka puas bergelak ketawa dgn ceritera yg mereka reka..
    biarkan semua itu berlalu..
    biarkn ia TERPADAM SENDIRI..
    biarkn walau kamu sprti memrhati lakon lyar sndiri..
    biarkn jgn sesekali kamu BERTINDAK..
    biarkan kelak hnya YG MAHA ESA membetulknnya..
    biarkan bukn berdiam bererti kamu kalah
    biarkan krn diam jln terbaik dr kmu mgata2..
    biarkan dan MAAF KN SAHAJA..
    biarkn wlau dlu dia shabat terbaik mu
    biarkn ia bergitu wlau tidak sbaik dulu
    biarkn dn terus berdoa utk semua..
    biarkn kerana KAMU INGIN MJD TERBAIK TNPA DENDAM DAN AMARAH..

    (NUKILAN: @itiey 18/10/11
    p/s: sje try2 lau2 leh berkarja jugk
    hehee...amacm ok x nurkilan ak ni, idea
    spontan je....

    ReplyDelete
  2. like2.... terbaik der... ;)
    suka kata2 ko...

    ReplyDelete


♥ Tinggalkan Jejak anda disini ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...