Elegant Rose - Working In Background Suka Dan Duka Dikongsi Bersama: Jaket Kulit Bundle Berhantu

Pembaca Setia Blogku

Sunday, November 13, 2011

Jaket Kulit Bundle Berhantu

Mail seorang yang meminati bundle. Bagi dirinya, membeli bundle lebih berbaloi kerana kualitinya sama seperti membeli barangyang bejenama dari shopping complex yang harga nya sudah tentu mahal. Sejak dulu lagi Mail sering mengumpul jaket kulit bundle. Dia meminati jaket kulit kerana jaket tersebut tahan lasak.

Pada hari minggu, Mail meluangkan masanya untuk mencari jaket kulit hitam di semua kedai bundle berhampiran kediamannya. Namun tiada satu pun yang berkenan di hatinya. Tetapi Mail belum berputus asa, dia tetap berusaha untuk mencari jaket kulit berwarna hitam yang selalu menjadi idamannya selama ini.

Jalan punya jalan dia berhenti dihadapan kedai bundle yang terakhir. Dia bermonolog di dalam aty "nie last aku kedai aku singgah kedai bundle,kalau tak jumpa jugak aku balik je lah..tak larat rasa nya badan aku ni". Mail pun memasuki kedai bundle tersebut, tetapi dari jauh dia sudah terlihat satu jaket kulit hitam seperti yang di idam-idamkan selama ini.

Dia pun terus bertanya tentang jaket kulit tersebut kepada tuan kedai tersebut. "Bang jaket nie brape harga?" tanya Mail. "Oh tak mahal dek, RM60 je sbb orang tu bru tolak kat abg tadi, tapi pelik lah dia hantar jaket ni dengan badan banyak darah-darah" ujar tuan kedai tersebut. Mail hanya mengangguk-angguk kepala, dia sudah tidak peduli apa yang diberitahu tuan kedai tersebut. Sekarang jaket tersebut sudah berada di depan mata nya. Hanya satu je yang berada dalam fikiran Mail. "aku nak jaket nih!"

Seusai membeli jaket tersebut, Mail sepantas kilat menghidupkan motor RXZ lalu memecut pulang. Dia tidak sabar untuk mencuba jaket barunya itu. Mail menggantungkan bajunya itu di dalam bilik, sesudah itu Mail segera mandi kerana maghrib hampir tiba.

Sesudah solat, Mail merenung jaket barunya itu tanpa berkerdip. Seronok benar rasanya memiliki jaket kulit yang di idamkan selama ini. "Ish ta saba betol aku nak pakai besok. Boleh poyo sikit dengan si Razak tu" ngomel Mail sendiri.

Sedang Mail tidur nyenyak tiba-tiba dia berasa seperti ada seseorang di telinganya. Nafasnya seperti seseorang yang sedang nazak hendak mati. Tetapi apabila dia terjaga, tiada orang pun berada di sebelahnya. Dia berasa pelik tetapi tidak dipedulikannya kerana terlalu mengantuk dan penat kerana seharian dia berjalan.

Sekali Mail terjaga kerana terdengar suara seorang lelaki meminta tolong. Aneh nya suara itu sekejap kuat sekejap perlahan. Mail tetap tidak mempeduli kan suara itu kerana baginya mungkin hanya khayalannya sahaja.

Tepat pukul 3 pagi sekali lagi tidurnya diganngu dengan ketukkan pintu biliknya. "Ish sape pulak yang ketok-ketok pintu malam-malam buta nih. Mesti si Farish nih" dia menyangka rakan serumahnya. Tetapi sebeliknya bukan Farish teman serumahnya, tetapi sesusuk tubuh seorang lelaki yang badannya dipenuhi darah meminta tolong kepadanya.

Mail terasa kakinya tidak jejak ke tanah kerana terlalu takut. Tiba-tiba dia tidak mengingati apa-apa. Sebelum dia pengsan dia masih mendengar suara lelaki tersebut meminta tolong.

Keesokkan harinya, dia dikejutkan oleh Farish. "Hoi Mail!! kenapa kau tido depan pintu nie?" Sejurus dikejutkan Farish, Mail memerhati sekelilingnya dan terus melihat ke dinding di mana jaket kulitnya digantung. Malangnya jaket kulit yang dibelinya semalam tiada di tempat penggantungannya.

Tiada sesiapa yang mampu merungkai misteri dan persoalan siapakah lelaki yang badannya dipenuhi darah? dimanakah jaket itu menghilang dan apakah kaitan lelaki yang dipenuhi darah itu dengan jaket kulit tersebut......
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment


♥ Tinggalkan Jejak anda disini ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...