MUTIARA KATA -MALAY
Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya,
dan bukti ilmunya ialah ucapannya.
Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk
membentuk perkara-perkara besar.
Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai
berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus
meskipun dalam keadaan putus asa.Dunia ini umpama
lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan
telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan
kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita
akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.Dalam
masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam
masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang -Aristotle
Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada
disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun
saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang
lebih menyeronokkan.
Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk
sukar kembali kepada bentuk asalnya.
Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang
di sekelilingmu tersenyum.Jalanilah hidupmu sehingga
pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan
orang-orang di sekelilingmu menangis.
Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa
gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain,
dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan
daripada orang lain.
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai
adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi,
memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil
ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan
Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri
engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi
sahabat orang -Hamka
Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana
kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah
semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.Kita
dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya
kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi.
Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan
memilih mana yang benar dan mana yang salah.
Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita.
Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya.
Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri
otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan
dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.
Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1
buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam,
mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan
banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga
ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah
sebanyak-banyaknya.Kamu dapat mengenal lebih banyak
tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya,
bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire
Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja,
asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi.
Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan
datang kembali
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur
dengan banyak hutang -Anonim
Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh
yang berbaju kawan.
Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang
memanfaatkan harta belum tentu yang mengumpulkannya.
Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar,
belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.
Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.Jangan
abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu
diabaikan orang.
Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya.
Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga,
binasalah hayat.
Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya
berbuat jahat. -Pepatah Arab
No comments:
Post a Comment