Elegant Rose - Working In Background Suka Dan Duka Dikongsi Bersama: Cinta dipinggir hati ( part 1 )

Pembaca Setia Blogku

Wednesday, October 12, 2011

Cinta dipinggir hati ( part 1 )

"Maafkan Rizal ye Siti, Rizal tak bermaksud untuk melukakan hati Siti. Rizal tersepit diantara 2 jiwa. Bagi Rizal masa untuk berfikir.. kalau Rizal dah bersedia nanti Rizal akan bagi jawapan yang Siti minta". Masih segar dalam ingatan Siti ungkapan bersahaja lahir dari bibir orang yang dia amat cintai. Setelah hampir 3 tahun hubungan cinta dibina pudar sinarnya hanya dengan seungkap kata-kata. Air mata yang sekian lama menyembunyi akhirnya muncul mengalir lembut di pipi Siti. Siti segera menyeka air matanya dengan hujung lengan baju kurung yang dihadiahkan Rizal sewaktu hari jadinya yang lepas. Ungkapan yang lahir daripada mulut Rizal amat memilukan menusuk ke dalam hati Siti.

*****************

~Kehadiranmu menyinari hidupku, kehangatan cintamu mengubati sepiku, kelembutanmu mengubati lukaku, kemanjaanmu adalah penawar resahku.. Tapi kenapa Rizal cepat berubah hanya kerana seorang gadis yang baru 3 bulan Rizal kenali. Sedangkan kita sudah hampir 3 tahun bercinta~ Mesej yang dihantar Siti di laman facebook tidak dijawab Rizal..

Sejak kehadiran Qislaila, gadis kecil molek berlesung pipit, perhubungan yang terjalin antara Rizal dan Siti kian musnah. Rizal mengenali Qislaila di laman facebook 3 bulan yang lepas dan hubungan mereka semakin intim dari hari ke hari.. Rizal, berbadan segak berkulit sawa matang terpikat dengan Qislaila yang cukup manja, penyanyang dan peramah..

'Aku ni tak lawa macam dia, tak manja macam dia.. tapi aku yakin Rizal mesti pilih aku. dah 3 tahun "couple" tak kan dia pilih budak yang baru dia kenal tu' Siti monolog sendirian.. Jam ditangan siti menunjukkan tepat pukul 3.00 petang. 'uish, dah lambat ni, baik aku siap-siap dulu'.. Bisik hati siti. Hampir 2 minggu Siti tidak bertemu dengan permata hatinya Rizal. Rizal mengajak Siti keluar menonton wayang dan sekaligus ingin menjawab segala pertanyaan daripada Siti sewaktu kali terakhir mereka berjumpa 2 minggu yang lepas.

******************

Jam menunjukkan pukul 5 petang. Siti sudah setengah jam sampai di Sunway Piramid. kelibat Rizal masih tidak muncul-muncul.. Yang ada hanya orang ramai yang berkerumun membeli tiket wayang. Siti menelefon berkali-kali tapi masih tak dijawab.. Mesej pun tidak berbalas. 'Ada apa-apa jadi kat dia ke ni.. kenapa tak jawab panggilan ni.. jawablah Rizal'. siti monolog sendirian.

Tidak sedar masa berjalan, jam telah menunjukkan pukul 6.30 petang. Siti bangkit dari tempat duduknya dan terus beredar dengan perasaan kecewa. Jauh di sudut hatinya timbul titik-titik kerisauan akan ketidakhadiran kekasih hatinya itu. Siti diusik perasaan binggung.. Timbul seribu satu persoalan dalam kepala. Langkahannya dipercepatkan dan terus menuju ke tempat letak kereta. Pintu kereta dibuka dan Siti terus melabuhkan punggung ke kerusi sport jenama "RECARO" yang dibelinya bersama-sama Rizal 2 bulan yang lepas.

Siti menghidupkan enjin dan terus mengundurkan kereta kebelakang dengan laju tanpa memandang cermin sisi dan hanya berpandukan cermin belakang. "danggg" Kedengaran kuat bunyi hentaman dari belakang. Keadaan hening di lot tempat letak kereta berubah sepantas kilat. Bagaikan berdas-das tembakan dilepaskan kedengaran memecah keadaan sekeliling. Bergema kawasan tempat letak kereta. Disertai pancaragam alunan "alarm" beberapa kereta mewah. Tersentak dengan itu, Siti menekan Brek kereta dengan segera. Dengan segera Siti menoleh kebelakang dan terlihat olehnya sebuah kenderaan BMW 3 siries selari dengan kereta Honda EK yang dipandunya. 'lepas satu, satu masalah lain pulak yang datang.. aduhhh' monolog Siti sendirian.

Diselak pintu kereta kesayangannya itu lalu Siti beransur keluar dari kereta. Dalam keadaan serba-salah, berjuta-juta jawapan muncul dalam kepala apa yang akan diperkatakan oleh pemandu yang dilanggar itu. Kelihatan turun seorang pemuda berbadan tegap, tinggi lampai dan berkulit cerah. Pucat muka seperti terserempak hantu di riak wajah Siti. Bagai dikejutkan dengan kuasa beribu-ribu voltan, dengan segera Siti menuju ke arah pemuda itu. Dilihat olehnya seorang jejaka tampan memakai cermin mata "REY BAND".

*****************

"Maafkan saya encik.. saya tak sengaja tadi. saya tak perasan kereta encik ada kat belakang kereta saya tadi. saya janji saya akan bayar ganti rugi semua kos kerosakan kereta encik" Kata Siti pada Pemuda itu. Pertanyaan yang diajukan tidak terus dijawab oleh pemuda itu. Pemuda itu terus menuju ke pintu belakang sebelah kiri keretanya. Pemuda itu melihat keadaan pintu keretanya yang remuk, calar dan keretakan mula timbul di permukaan cermin pintu belakang seperti sarang labah2 yang besar hanya menunggu masa untuk pecah.

"It's okay, mungkin awak tak perasan saya lalu tadi. pasal ganti rugi yang awak cakap tadi, lupakan saja. Kena sikit saja. Awak pakai duit awak untuk betulkan kereta awak sahaja. Mengenai kereta saya awak tak perlu risau. Tak ada lah teruk sangat" Kata pemuda itu kepada Siti yang daripada tadi menunggu jawapan daripada dia. "Tak boleh macam tu encik.. saya dah langgar encik, jadi saya kena bertanggungjawab." Siti tetap dengan pendiriannya untuk membayar ganti rugi atas pelanggaran yang berlaku antara dia dan pemuda itu."Ermmm.. saya tak ada masa ni, saya ada hal penting sekarang, risau saya lambat sampai. Ini kad saya, kalau awak rasa nak bayar awak contact saya. Tapi kalau tak nak bayar pun saya tak kisah sebab calar sikit je." Pemuda itu mengeluarkan kad dari dompetnya lalu memberi pada Siti."Dan lagi satu saya nak cakap, tak payah ber'encik-encik' dengan saya, panggil saya Azlan je. Saya kena pergi sekarang, assalamualaikum and wish had a nice day for you. Hati-hati bawa kereta" Sambung pemuda itu lantas diselak pintu keretanya dan terus melabuhkan punggungnya.

"Waalaikummussalam.." Siti membalas dengan senyuman manis. Lalu Azlan terus beredar dengan segera. Kereta BMW yang dipandu Azlan dilihat Siti semakin hilang dari pandangan. Siti tertanya-tanya, siapa gerangan pemuda yang baik hati itu. Kemudian dilihatnya bisnes kad yang berada di tangannya, AZLAN BIN KAMARULZAMAN, PEGAWAI PERUNDANGAN, PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR. 'eh, muda-muda lagi dah jadi pegawai. Dah la segak, hensem, bergaya pulak tu..' Siti bermonolog. Siti melihat keadaan bumper belakang keretanya. Terdapat kesan kemek dan calar. Mujur Siti sempat menekan brek. jika tidak, pasti lagi teruk keaadaan bumper keretanya. Teringat kembali buah hati kesayangannya, Rizal. Segera Siti menghidupkan enjin kereta lalu beredar dari Sunway Piramid.

******************

Jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Siti tiba dihadapan rumah Rizal. Keadaan rumah Rizal gelap dan sunyi sahaja. Keretanya juga tiada di lot parking rumah. Siti cuba menghubunginya sekali lagi. Usahanya sia-sia. Hanya kedengaran suara manis di talian "nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila cuba sekali lagi." "ahh.. bukan cuba sekali je, dah berkali-kali aku cuba call! " monolog Siti sendirian dengan perasaan marah dan kecewa. Terdetik hatinya untuk pergi ketempat kerja Rizal. "Mungkin dia ada kerja mustahak nak disiapkan. Sebab tu dia lupa janji nak jumpa aku" pujuk hati Siti. Siti terus ketempat kerja Rizal. Rizal bekerja di syarikat pakciknya, sebagai pegawai pemasaran. Rizal yang berumur 24 tahun, 3 tahun lebih tua dari Siti, mengenali Siti 3 tahun lepas di sebuah pusat beli belah di Shah Alam. Semasa itu Siti bekerja sambilan di butik. Disitulah perhubungan mereka bermula. Siti yang memiliki rupa paras yang cantik dan peramah berjaya menambat hati Rizal.

Siti sampai ditempat kerja Rizal tepat jam 9 malam. Kereta Rizal tiada disitu. Hanya kelihatan pengawal keselamatan. Siti turun dari kereta dan terus berjumpa dengan pengawal keselamatan yang bertugas malam itu. "assalamualaikum Pak Abu" Siti memberi salam kepada pengawal keselamatan itu yang amat dia kenali. Rizal kerap membawa Siti ketempat kerjanya sehingga ramai yang sudah mengenalinya disitu. "waalaikummussalam cik Siti, malam-malam datang ni ada apa ye. cari En.Rizal ke?" Sahut Pak Abu. "A'ah Pak Abu, Siti cari Rizal. Dia dah balik ke Pak Abu." Jawab Siti dengan sopan. "En.Rizal cuti hari ni cik Siti.. Cik Siti tak tau ke." Sambung Pak Abu. "Oh yeke, lupa pula saya. tak apa lah Pak Abu, Siti balik dulu ya. Dah malam ni. Assalamualaikum dan selamat malam Pak Abu." Siti menjawab seperti biasa. Dia tidak mahu menampakkan keretakan perhubungannya dihadapan semua orang. Biarlah dia dan Rizal yang mengetahui. "waalaikummussalam" Pak Abu membalas salam dengan senyuman yang manis.

Sejurus itu, Siti pasrah dan terus pulang kerumah. Sampai sahaja dirumah Siti terus menuju kebiliknya. Tidak seperti sedia kala, selalunya Siti pulang pasti akan berborak kosong dengan keluarga sebagai rutin hariannya. Siti anak bongsu dalam keluarga amat manja dengan ayah dan ibunya. Pintu bilik diselak dan Siti terus merebahkan badan diatas katil yang empuk. Tidak sedar air mata Siti mengalir lagi. Siti tidak dapat menerima hakikat yang Rizal sudah ada kekasih hati yang lain. Dalam hatinya kuat mengatakan yang ketidakhadiran Rizal pada hari ini bukan disengajakan. Pasti Rizal lupa atau Ada hal yang lebih penting. Siti bangkit dari katil dan mengesat air matanya dengan bantal tidurnya. Melihat jam didinding telah menunjukkan pukul 11 malam. Siti terus ke meja disudut biliknya. Dicari buku Diari hidupnya. Ditulis peristiwa yang terjadi hari ni satu persatu. 3 muka surat penuh Siti tulis. Semua perasaan hari ni dan kejadiaan hari ni dicatat tanpa satu pun tertinggal. jam di dinding menunjukkan pukul 12.13 tengah malam. Siti menutup Diarinya dan terus tidur.

********************

"kringggggggggggg" jam loceng kedengaran memecah suasana di hening pagi. Siti bangkit dari tidur. Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Dicari telefon bimbitnya diatas meja solek. "you have 3 miscall" terpapar di lcd telefon Siti.. panggilan tidak dijawab itu ternyata dari Rizal. Dengan pantas Siti menghubunginya. kedengaran bunyi caller ringtone lagu 'fovourite' Rizal, 'lagu untuk adinda nyanyian 'khalifah'. selepas beberapa ketika, telefon dijawab Rizal. "hello, assalamualaikum.." Siti membuka bicara. "waalaikummussalam.. haa Siti, ada apa hal Siti telefon Rizal semalam. Maaflah, Rizal ada kerja la semalam.. telefon, Rizal 'silent'kan semalam. Tak perasan Siti ada call. Batery handset pun Rizal lupa nak cas sampai habis batery" Rizal menjawab dengan nada suara orang baru bangun dari tidur. "Rizal ada kerja apa semalam.. Siti pergi tempat kerja Rizal Pak Abu kata Rizal cuti. Rizal lupa ke janji nak jumpa Siti kat Sunway Piramid semalam" Jawab Siti dengan sedikit rasa hampa. "Maafkan Rizal ye Siti.. Rizal betul-betul tak ingat kita ada date semalam. Rizal pergi jumpa 'client'. Maaf ye Siti. Nanti ada masa kita jumpa. Buat masa ni Rizal busy sangat. Banyak benda nak kena buat." Pujuk Rizal. "Dah 2 minggu Siti tak jumpa Rizal, Siti rindu sangat kat Rizal. Siti sayang Rizal.. Siti nak sangat jumpa Rizal. Malam nanti kita jumpa boleh?" Tanya Siti yang mengharapkan dia akan dapat ketemu buah hati-nya malam ini."Malam ni tak bolehlah Siti, Rizal ada jumpa 'client' lagi. Nanti Rizal dah ada masa terluang kita keluar ye" jawab Rizal bersahaja. Luluh hati Siti mendengar jawapan daripada kekasih hatinya.. "Rizal.. Siti nak tanya sikit boleh?"Pantas Siti mengaju soalan.. "Nak tanya apa Siti" Jawab Rizal..

"Rizal masih sayang dan cintakan Siti kan.." Luahan dari hati Siti yang ingin mendapatkan jawapan dari Rizal."Erm... nanti Rizal bagitahu ye... sekarang Rizal ada kerja lain nak buat. Nanti kita jumpa Rizal bagitahu ye.." tuttt tuttttt tuttt.. talian terus terputus. Hampa hati Siti mendengar jawapan yang muncul dari mulut Rizal. Termenung seketika Siti memikirkan masa depannya bersama Rizal berkemungkinan berakhir dengan perpisahan. Andai kata takdir menentukan mereka berpisah, pasti Siti salah seorang yang merasa derita di kala bahagia mekar menjelma.

"Sitiiiiii..." Kedengaran suara dari tingkat bawah. Suara yang tidak asing lagi dan selalu diperdengar olehnya setiap hari. "ya ayah.. Siti kat atas ni."Jawab siti segera. "turun jap Siti, ayah nak tanya ni." Marzuki, ayah kepada Siti memanggil anak kesayangannya itu. Pantas Siti turun dari tingkat atas. dilihat ayahnya telah berada di luar rumah. "Ada apa ayah" tanya Siti dengan sopan. "Ni ayah nak tanya Siti, Kenapa 'bumper belakang kereta ni kemik?" Pertanyaan ayah Siti mengingatkan kembali peristiwa semalam. Siti terlampau memikirkan tentang buah hati kesayangannya sehingga dia lupa akan peristiwa semalam. " Semalam Siti terlanggar kereta orang. Lupa Siti nak ceritakan pada ayah" Jawab Siti."astafirullah.. macam mana leh langgar kereta orang ni. Bukan ayah dah hantar Siti pergi belajar memandu ker. Lagipun Siti dah ada lesen kan. Macam mana leh berlanggar. cuba Siti cerita pada ayah" Ayah Siti sedikit kesal dengan anak perempuan kesayangannya itu.

"Nanti Siti ceritakan ye ayah.. sekarang ni Siti lapar la ayah. Jom kita masuk makan dulu." manja Siti dengan ayahnya. Siti memang sangat manja dengan ayahnya. Kadang-kadang, masa shopping pun Siti mengajak ayahnya. Ayah Siti merupakan Pengurus di sebuah Syarikat swasta mempunyai sifat penyayang, sabar dan bertanggungjawab. Dialah tempat Siti bermanja selain Rizal dan ibunya. Sepanjang sarapan, Siti asyik bercerita tentang kejadian semalam. Dia bersarapan bersama ayah dan ibunya. Kakak dan abang-abangnya semua sudah pergi kerja."Nasib baik keaadaan Siti baik-baik saja.. lepas ni berhati-hati sikit bawak kereta tu, jangan sampai berulang lagi kejadian semalam" pesan Ayah pada anak kesayangannya itu. "okey ayah.. no problem, lepas ni Siti akan lebih berhati-hati bawa kereta" Jawab siti dengan suara manjanya. "Ayah.. Siti nak minta duit sikit leh tak.. Siti nak bayar ganti rugi pada pemuda yang Siti langgar tu la.. hehe" sambung Siti meminta sedikit wang untuk menampung kos ganti rugi kereta pemuda semalam."Erm, ye la.. anak ayah sorang ni kalau tak mintak duit memang tak sah la. Ambil ni seribu ringgit, pergi bayar ganti rugi pemuda tu. Kalau ada lebih buat duit belanja." Ayah Siti mengeluarkan duit dari dompetnya dan menghulurkan pada Siti. "Terima kasih ayah... Sayang ayah" Siti mengambil duit dari ayahnya dan mencium pipi ayah kesayangannya itu. "Abang ni sampai seribu bagi kat dia.. banyak sangat tu. Karang macam-macam yang dia beli"Sampuk ibu Siti yang baru selesai makan. "Hehe, ibu macam tau-tau je.." Siti membalas sambil ketawa manja. "Ala, biarla dia.. bukan selalu pun abang bagi duit kat dia. Lagipun dia nak bayar ganti rugi. Siti manalah ada duit nak bayar. Abang pun nak ke Office ni. Kang lambat sampai pulak" Ayah Siti mengukir kata sebelum bertolak ke tempat kerja.

***************

bersambung di part 2.... hehe... slow2 der baca.... x nak post yang kedua agy...

Create by Rafi izaki tiger stripe

*hak cipta terpelihara

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment


♥ Tinggalkan Jejak anda disini ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...