Aku anak tunggal. Lelaki dan anak yatim piatu.Kedua orang tua aku meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya semasa aku berumur dua tahun.Aku tinggal bersama nenek selepas kematian ayah dan ibu.Nenek saorang pesara guru.Aku dididik dan diasuh dengan penuh kasih sayang olehnya.Bagi aku, dia lah segala galanya dalam hidup aku.Kami berdua hidup dalam keadaan serba serdahana disebuah rumah pangsa diLembah Kelang.
Dididikan nenek yang menyeluruh membuatkan aku berjaya dalam pelajaran.Nenek selalu berkata, dia berharap agar aku menjadi saorang guru.Impian nenek tercapai juga.Aku sambung belajar disebuah makatb perguruan diPulau Pinang.Masih aku ingat tangisan nenek semasa ingin pulang selepas menhantar aku kesana.Saat itu aku tak terpikir apa apa, aku rasa mungkin nenek amat sedih untuk meninggalkan aku.Kali pertama kami berjauhan.Rupanya itu adalah tangisan terakhir darinya.Dua bulan selepas itu, aku dapat satu berita sedih.Nenek meninggal dunia.Aku pulang keKuala Lumpur untuk melihat dia untuk kali terakhir.Aku ketinggalan.Tak sempat untuk melihat dan mencium jenazahnya buat kali terakhir.Hanya raungan dan kata kata sayang dan rindu yang dapat aku ucapkan dipusaranya.
Kehidupan aku berubah sejak kematian nenek.Hidup aku terasa amat kosong.Terasa hidup didunia ini tiada serinya lagi.Bagaimana pun aku terus belajar untuk mencapai impian nenek.Menjadikan aku saorang pendidik.Untuk mengisi kekosongan dihati aku.Aku libatkan diri dengan kumpulan tabligh.Hidup aku agak tenteram selepas itu.
Tamat belajar aku dihantar bertugas kesebuah desa diperdalaman Pahang.Tinggal dikuarter guru yang telah disediakan.Aku terus mendekati diri dengan tuhan.Setiap malam aku solat berjemaah dimasjid.Dua bulan aku bertugas disana, pada suatu malam ketika ramadhan, aku terdengar suara perempuan membaca ayat Quran dari rumah yang berhampiran.Rumah Pak Iman merangkap Ketua Kampong.Hampir setiap malam aku mendengar suara itu.Suaranya amat merdu dan buat aku jatuh cinta dengan suara itu.Dari siasatan yang aku buat, perempuan itu bernama Ain.Anak bongsu Pak Imam.Guru tadika dikampong tersebut.Entah kenapa, ingin sekali aku melihat rupa parasnya.Tapi aku tak ada peluang dan kesempatan.
Satu hari Ain datang kesekolah aku.Untuk meminjam beberapa peralatan sukan.Kami diperkenalkan oleh saorang guru lain.Aku kaku saat memandangnya buat pertama kali.Terlalu cantik dan ayu.Aku amat tetarik dengannya.Jatuh cinta pandang pertama.Juga cinta pertama aku.Dari pengerakannya, aku tahu dia pun begitu.Selepas itu kami menjadi kawan baik Selalu bertanya khabar melalui talipon.Enam bulan kami berkawan, aku terus meluahkan isi hati aku.Ingin mengambilnya sebagai saorang isteri.Aku tak bertepuk sebelah tangan.Enam bulan selepas itu kami berkahwin.Setahun selepas kahwin, kami mendapat saorang cahayamata perempuan.Isteri dan anak adalah penyeri hidup aku.Aku hidup dalam kebahagiaan.
Waktu anak aku berumur enam tahun, kami merancang untuk bercuti ke Bukit Fraser.Kami kesana semasa aku cuti penggal sekolah.Masih aku ingat, hujan lebat turun waktu dalam perjalanan.Tanpa dijangka, kami terlibat dengan satu kemalangan.Kereta aku terbabas masuk kedalam gaung.Aku cedera parah dan koma selama sebulan.Apabila aku sedar, aku diberitahu yang isteri dan anak aku telah meninggal dunia.Meninggal ditempat kemalangan.Aku menangis dan terus menangis apabila mendengarkan berita itu.Dunia aku terasa gelap.Aku redha atas segalanya.Hanya aku agak terkilan kerana tak dapat melihat isteri dan anak aku buat kali terakhir.Sebagaimana dengan kematian nenek aku dulu.Aku kehilangan orang tersayang lagi.Tanpa dapat bertemu untuk kali terakhir.Dugaan luar biasa yang aku perolehi.
Selepas kematian isteri dan anak, fikirian dan ingatan aku sering terganggu.Aku sentiasa berkeadaan sedih.Agak susah untuk melihat senyuman dibibir aku.Aku banyak luangkan waktu untuk mendekati tuhan.Setiap minggu aku sentiasa pergi kepusara isteri dan anak .Sedekah Al Fatihah dan bacaan yasin untuk mereka.Setiap malam aku mengikuti hobi isteri aku.Membaca Al Quran.Setiap hari aku berdoa supaya aku dapat berjumpa dengan isteri dan anak aku walaupun aku tahu itu adalah mustahil.Aku terlalu rindu dengan mereka.Rindu dengan senyuman dan ciuman kedua duanya.
Enam bulan selepas pemergian anak dan isteri, aku minta ditukarkan kekawasan Lembah Kelang.Aku ditukarkan ke sebuah sekolah diGombak.Waktu cuti sekolah aku tak lupa melawat bekas ayah dan ibu mertua diPahang.Sambil menziarahi pusara anak dan isteri aku.Tiga tahun selepas kematian isteri dan anak, satu hari aku dapat panggilan dari bekas ayah mertua.Satu berita yang agak luar biasa.Kubur isteri dan anak aku yang satu liang akan dipindahkan ketempat baru.Terbabit dengan projek lebuhraya.Bekas ayah mertua aku berharap sangat agar aku ada disaat perpindahan tersebut.Akan dilakukan diminggu depan.Aku berjanji, akan tetap pergi dalam apa keadaan pun.
Pada hari kubur isteri aku ingin dipindahkan, aku terasa amat cemas dan gelisah.Tertanya tanya bagaimanakah rupa isteri dan anak aku nanti.Masa ditunggu telah tiba.Kuburnya digali semula.Waktu papan liang lahat dibuka dan jenazah dibawa keluar.Terpaku dan terkejut aku memandangnya.Begitu juga dengan orang lain.Jenazah keduanya masih utuh dengan bau wangian yang semerbak.Kelihatan bagaikan jenazah baru seminggu dikebumikan.Jenazah dalam berkeadaan tersenyum.Aku memeluk kedua duanya.Aku menangis dan meraung sekuat hati.Aku berikan ciuman berkali kali dipipi kedua dua jenazah.Sambil melihat senyuman mereka yang terakhir dalam pelukan aku.
No comments:
Post a Comment