Elegant Rose - Working In Background Suka Dan Duka Dikongsi Bersama: Islam itu Indah & Mudah (2)

Pembaca Setia Blogku

Sunday, October 16, 2011

Islam itu Indah & Mudah (2)

Allah s.w.t mengingatkan dalam firman Nya : “ Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak berfaedah, mereka berpaling daripadanya dan berkata, “ Bagi kami amal – amal kami dan bagimu amal – amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang – orang yang jahil.
( Al – Qassas : 55 ) mari kita beramal dgn firman ini ingsyaAllah...

‎~NIKMATNYA HIDUP INI BILA HATI D SAKITI NAMUM DIRI SEMAKIN TABAH MENEMPUHI KEHIDUPAN MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH S.W.T...

HATI bila disakiti, kita TAMPAL dengan rasa KESABARAN dalam DIRI,
HATI bila dikhianati, kita TAMPAL dengan rasa KEPASRAHAN pada ILAHI,
HATI bila ditakuti, kita TAMPAL dengan rasa KETAKWAAN penebal DIRI,
HATI bila dijahili, kita TAMPAL dengan rasa KEILMUAN anugerah ILAHI. ^_^

Allah begitu teliti dalam penyusunan ayat supaya manusia dapat
perkhabaran- Nya dan keadilan ditegakkan. Firman Allah, Sesungguhnya
Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah. (Al-Nisa':
40)

Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa yang berdoa kepada Allah dengan benar untuk mendapatkan mati syahid, maka Allah akan menyampaikannya kedudukan para syuhada walau pun dia mati di atas tempat tidur”. (H.R. Muslim)

kasihanilah musuhmu, berbuat baiklah pada orang yang membenci kamu, mintaklah berkat bagi orang yang mengutuk kamu. Berdoalah untuk orang yang mencaci kamu ....

perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan~

‎"Nabi saw bersabda, "Perbanyakkanlah selawat padaku pada hari Jumaat, sesiapa berselawat kepadaku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali."
(HR Baihaqi)"

‎"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" (Surah Al-Nahl Ayat 125)

‎~MARILAH MENUJU KEJAYAAN~
~SEMBAHYANG ITU LEBIH BAIK DARI TIDUR~
~SEMBAHYANGLAH ANDA SEBELUM ANDA DISEMBAHYANGI~
~TIADA SERUAN YANG PALING PENTING SELAIN SERUAN ILAHI~

******************************

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

'Apabila salah seorang dari kalian makan,maka hendaklah makan dengan tangan kanan dan apabila dia minum,minumlah dengan tangan kanan.Kerana syaitan apabila makan ,makan dengan tangan kiri dan apabila minum ,minum dengan tangan kiri."(HR Muslim)

Bagaimanakah kalau ia seorang yang KIDAL?

Dari Abdullah bin Muhammad dari seorang wanita di antara mereka berkata; Rasulullah SAW masuk menemuiku ketika aku sedang makan dengan tangan kiriku kerana aku seorang wanita KIDAL. Maka Baginda memukul tangan ku sehingga sesupa makanan jatuh.Lalu Baginda bersabda : "Janganlah engkau makan dengan tangan kirimu,sedangkan Allah telah menjadikan tangan kanan untukmu."(HR Ahmad dan Thabarani)

**************************

Jangan mengeluh dengan dugaan yang kita tempuhi,maka bersyukurlah kerana Allah masih sudi "menyapa" kita dengan dugaannya. :)

‎"Dan Allah tuhan Kami, Rasul ikutan kami, Al-Quran Panduan kami, Jihad jalan Kami, Mati Syahid cita-cita tertinggi kami"


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment


♥ Tinggalkan Jejak anda disini ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...