Elegant Rose - Working In Background Suka Dan Duka Dikongsi Bersama: Sketsa Pendek 14

Pembaca Setia Blogku

Thursday, January 19, 2012

Sketsa Pendek 14

Surat Untuk MAS Airlines

Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
5 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor
(Rumah pakcik saya)

Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System
21 Sep 2005

Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saya
juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja disini

1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasa nya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak
susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3. Akademik
Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000 Matapelajaran : (gred), Bahasa Malaysia 6D, Bahasa Inggeris 6D, Sains 7E, Matematik 6D, Pendidikan Islam 5C, Sejarah 7E, Lukisan geometri 7E, Teknologi air-condition 6D, Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK), Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut Latihan, Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia ..

4. Pengalaman kerja
¡P Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak
¡P Pembantu mekanik kereta di Dunlo,
p Servitekar di LebohAmpang, Kuala Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu)>
¡P Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka.(pusat serenti)> >

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie.

Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihaktuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja.

Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2. jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik.

Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Dan kunjungan org ramai.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan 3/4>
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor


Shan & Amin

Sebaik sahaja mengambil tempatduduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Amin terpandang Shan sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati

Amin. : Shan Kenapa menangis?

Shan : Saya datang untuk ujian darah.

Amin : Awak takut ke?

Shan : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.

(Mendengarkan penjelasan Shan, Amin menangis.)

Shan : Eh, kenapa pula awak menangis?

Amin : Saya datang untuk ujian air kencing..


Sambungan dari cerita Atok n Cucu..

Atok : "Cepat pergi nyorok.. Cikgu kau datang nak jumpe kau sebab kau tak datang sekolah cu.."

Cucu : "Ape pulak tok.. Atok la yang kene nyorok.."

Atok : "Kenapa pulak.."

Cucu : "Ye la, cu bgtau kat cikgu.. Cu tak datang skolah sbb atok meninggal.."

Atok : "Hampeh punya cucu..


Doktor & Pesakit

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membelibarang dapur di pasar.

Doktor : “Selamat petang…”

Pesakit : “Selamat petang Doktor!”

Doktor : “Ada masaalah apa …?”

Pesakit : “Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor…”

Doktor : “Biar saya periksa telinga anda!”

Doktor pun lalu memeriksa telinganya,dan rupanya biji kacang tersebut cukup susah di ambil malah mungkin perlu pembedahan.

Doktor : “Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut…”

Pesakit : “Apa caranya doktor?”

Doktor : “Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma…”

Pesakit : “Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?”

Doktor : “Yang percuma kena sabar…”

Pesakit : “Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya…?”

Doktor : “Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi ‘tauge’ anda tinggal tarik keluar.”

Pesakit : “???????????”

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment


♥ Tinggalkan Jejak anda disini ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...