"Sudahlah Yuyu. Dia bukan untukmu. Sabarlah. Bukankah janji ALLAH itu sememangnya benar. Kita manusia sahaja yang mempersiakannya. Keterlaluan hingga ada pula yang tersasar dari jalan cinta yang sudah tentu bukan untuk kita. "
"Aku tahu Yaya, tapi aku tak sangka dia akan kecewakan aku sampai macam ni. Aku sedih Yaya. Sedih sangat sebab dia sanggup buat macam tu dekat aku. "
"Aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan kau Yuyu, aku sendiri pun tak faham kenapa dia buat macam tu, tapi itulah, macam aku kata, kita hanya berkahwin dengan jodoh, bukan cinta kita. Jodoh itu ketentuan ALLAH, tapi cinta kita itu pilihan kita, sebab tu kita tak dibenarkan bercinta sebelum berkahwin, sebab cinta yang terdorong pada yang bukan sepatutnya bisa merosakkan, tengok diri kau sekarang"
Aku tak tahu Yaya, Aku tak tahu. " Sambil menangis teresak-esak.
Yaya yang dari tadi sibuk menasihatkan juga turut tersebak sekali. Tidak pula dia menyangka yang Hanif akan putuskan hubungannya dengan Yuyu. Padanya keduanya dah macam merpati dua sejoli, kemana sahaja berdua, macam dah kena gam gajah je keduanya tu, berkepit je ke mana pun.Apa pun, ini adalah apa yang telah dimaktubkan di luh mahfuz semasa mula kita diciptakan. Perjalanan hidup yang sudah pasti mengikut susunan ALLAH , malah tiada yang dapat menghentikannya, juga mengubahnya. Membuat diri tersedar betapa kerdilnya diri yang hanyalah merupakan hamba kepada Tuhan yang Esa, yang sememangnya satunya yang tak tidur, tak lalai sebagaimana kita iaitu manusia.

*************
"Eh kenapa semacam berdegup hatiku selepas melihatnya? Adakah dia yang ku tunggu selama ini"
"Dia ke orangnya? macam tak percaya? kencangnya degupan hatiku ini? " Pertanyaan itu bertubi-tubi menyapa hatinya. Memungkinkan dia untuk jatuh cinta buat pertama kalinya dalam hidup. Setelah lama akhirnya diri terdetik untuk mendekati satu perhubungan.
Bertahun berlalu selepas perjumpaan pertama itu yang mengikat hatinya untuk mendekati si dia. Namun, tidak ada kekuatan buatku untuk mendekati si dia, hanya hati yang berdoa agar diri dipertemukan dengannya
Cinta ini terusan di bina dalam diam. Sebagaimana cuba di amati cinta yang bersenikan diam Saidina Ali dan Saidatina Fatimah yang bertaut satu masa dahulu. Bagaimana keduanya menyimpan rasa. Ali dengan rasa rendah dirinya kerana diri yang tidak punya apa-apa juga merasakan dirinya jauh dibandingkan dengan para sahabat lain, dan Fatimah yang mendiamkan rasa. Namun akhirnya bersatu juga. Walau dugaan penuh hebat menimpa cinta itu.
*************
"Ala abang ni.. tipu aaa.. tanak kawan dengan abang."
"Alaa abang memain ja la sayang, nanti abang watkan la. " Hazlan memujuk.
"Tanak. tanak. Abang tipu."
Afzal terkedu. Langsung tak menyangka yang insan yang berada dihadapannya itu adalah gadis idamannya selama ini. Yang didamba selama ini sekarang ini sedang bermesra dengan seorang lelaki. Dihadapannya, dan benar-benar mengejutkannya, dengan panggilan dan lagak ibarat sepasang yang sangat erat hubungannya. Nampak lain benor rupanya kedua mereka, berpegangan tangan, bergelak tawa seperti terlalu rapat. Tiada lain melainkan hati yang punah bila melihat keduanya dihadapan mata. Harapan tinggal harapan. Dalam hati seakan tak percaya, yang dia sebenarnya sudah gagal kerana tidak bertindak.
*************
"Ibu dah beri cukup masa untukmu. Sekarang kamu dah kalah, rasanya dah tiba masa untuk kamu setuju dengan cadangan ibu dan ayah kamu ."
"Saya rasa begitulah ibu, ada seseorang yang ingin sekali saya dekati, tapi tiada keberanian untuk mengaku hati sudah jatuh terpaut kepadanya."
"Ada rupanya, jadi kamu mahu ibu pergi mendapatkannya tak ni?"
"Tak apalah ibu, hari tu saya nampak dia bersama dengan seorang lelaki, rasa nya mungkin itu suaminya, tak mungkin dpat saya bersama dengan orang yang sudah berpunya."
"Kamu pasti kamu takkan menyesal ye? mana la tahu itu abangnya ke?"
"saya pasti ibu, kita proceed je dengan plan ibu ye?"
*************
"Yaya, tak sangka kau akhirnya dah nak bernikah. " Gelak Yuyu.
"Ala, kau ni, macam la aku je. Kau pun minggu depan bukan? "
"Aku tahu, tapi aku tak kenal dia, langsung tak kenal dengan siapa bakal suamiku itu. "
"What? biar betul kau? Habis tu kenapa kau boleh terima dia? "
"Abang Hazlan yang suruh terima, kami sesama buat istikharah, dan sama-sama dipertemukan dengan jawapan yang orang itu selayaknya aku terima sebagai bakal Imam hidupku. "
"Abang Hazlan pun turut beristikharah? "
"Ya benar, kau bukan tak kenal abang aku tu kan? Berani plak dia serahkan adik dia kat orang yang dia tak kenal.? "
"Aku doakan kau dan dia akan berbahagia ye. "
"Aku juga doakan kau akan berbahagia bersama Am tu. Dia orang yang baik, Aku pasti dia akan bahagiakan Yaya aku ni. " Ucap Yuyu sambil tersenyum penuh makna.
*************
"Abangg... cakap nak masak malam ni. Mana dia Nasi Cabonara Cheese Kukus versi Chef TheLight tu? "
"Ehhe, kejap la. abang nak update belogsukasuki ni kejap, ada entry baru nak up ni pasal Blogger Retis vs Blogger Bajet Retiss. Jap ae? Jap ae? "
" Majuk kanngg~~ "
"ye lah, ye lah, ye lah.. " Afzal terus bergegas ke dapur. Dalam hatinya bermonolog. "Tak ikut kang meleleh plak la air liur anak dalam perutnya tu." Sambil tersenyum.
Setahun berlalu. Tiada yang mampu kuucapkan melainkan kata-kata penuh kesyukuran setiap kali melihat perutku yang membulat berisi Baby Daniel yang bakal kulahirkan beberapa bulan lagi sekiranya masanya mengikut schedule doktor. Langsung tak ku duga, ALLAH mengirimkan pesanan bahawa kasih dan sayang itu sepadannya ditautkan melalui perkahwinan, kerana tiada yang terindah dapat di ungkapkan tika itu, bila walau sekecil melihat dirinya sudah cukup memberikan pahala berlipatkali ganda buatku.
Cukup setahun kami bersama. Aku menangis bila tiap kali mengenangkan betapa sayangnya dia kepadaku. Tidak berbelah bahagi kasih yang dititipkan. Aku bersyukur kerana cinta diam nya itu akhirnya berbalas juga dengan penerimaan keluargaku, dan aku akui, cinta selepas itu lebih manis kerana dia begitu menghargai aku. Masa silamku? cukuplah ianya menjadi satu cerita kebodohanku dahulu. Biar kini aku menuai cinta bersama dia suamiku tercinta. Lebiuu lah sayangg~~~

Note : Cinta mereka bertaut selepas kahwin, bukankah itu yang lebih manis buat mereka? Juga buat semua. Cinta itu pasti ada buat kita, tak pernah ALLAH berlaku walau sedikit tidak adil buat kita. "Barangkali kamu membenci membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
No comments:
Post a Comment