Elegant Rose - Working In Background Suka Dan Duka Dikongsi Bersama: March 2012

Pembaca Setia Blogku

Wednesday, March 21, 2012

Pasangan Hidup Pilihan Ibu


Suatu Hari..

Seorang anak gadis bertanya kepada ibunya:
“Ibu, ajarkan anakmu ini untuk memilih pasangan hidup?”

Si ibu tersenyum, dan dengan bijak menjawab, “Anakku , jangan kau menikahi seorang lelaki hanya kerana ketampanannya, kelak akan kecewa, kerana ia pasti akan tua. Nak, jangan pula memilihnya hanya dia dikagumi banyak wanita, kerana kau belum tahu apa kekurangannya. Tidak pula kerana kekayaan atau kerana nasabnya, kerana kekayaan tidak pernah kekal, nasab tidak menjamin kemuliaan dirinya.”

“Nak, pilihlah si dia kerana akhlaknya yang mulia.

Pilihlah dia kerana imannya."

“Bu, bagaimana ingin tahu dirinya akan membuatku bahagia, padahal belum tentu dia kaya, tampan, terkenal?” Tanya sang anak lagi.

“Nak, ketampanan dan kecantikan ada pada hati yang merasa. Kaya ada pada hati yang Qonaah. Terkenal di hadapan manusia belum tentu mulia di hadapan-Nya.”

“Perbaikilah akhlakmu, perbaharuilah niatmu, kuatkan imanmu, perbanyak amalmu…
Lalu jika hari itu tiba…

Terimalah pemuda yang berani melamarmu. Setidak-tidaknya dia berniat baik kepadamu, bukan menggodamu. Namun kerana keinginannya menjaga kesucian cinta. Kau tentu boleh memilih, namun ingatlah, jika kau alihkan cintamu pada harta, ketampanan, juga keturunannya, maka kamu pasti akan kecewa. Kerana boleh jadi itu hanya topeng darinya.”

“Istikharahlah..

Dan.. Jika pilihanmu mantap padanya…

Berkahwinlah nak, kerana itu adalah sebaik-baik penawar fitnah kau akan rasakan kebahagiaan kerana memenangkan Allah dalam pilihanmu.

Rasailah cinta bersamanya…

Kelebihannya membuatmu tersenyum bahagia…

Kekurangannya akan menjadi bibit-bibit cinta di antara kalian..

Kerana kalian tercipta untuk saling mengisi…

Saling memperbaiki akhlak..

Semangati langkahnya, kukuhkan semangat juangnya.

Harungi bahtera rumah tangga dengan senyum ceria.

Kelak didiklah anak-anakmu untuk menjadi pejuang yang setia pada cinta yang Mulia..

Lahirkan keturunan yang kuat tauhidnya, mulia akhlaknya, kukuh azamnya.

Dan…

Kelak, ibumu ini akan bahagia menimang cucu seorang pejuang sejati..”
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

♥ Tinggalkan Jejak anda disini ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...