Elegant Rose - Working In Background Suka Dan Duka Dikongsi Bersama

Pembaca Setia Blogku

Tuesday, October 16, 2012

Info Kelakar


Info Kelakar

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter.
Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi.
Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960.
Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan
nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.
Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya.
Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu.
Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas.
Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya.
Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup.
Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan.
Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sketsa Pendek 21



KULIAH

Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah
universiti.

Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan,
anda boleh keluar pada bila-bila masa".

Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di
kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.

Setelah professor menghabiskan kuliahnya professor berkata, "Terima kasih
kerana sudi mendengar kuliah saya."

"Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.



ANAK YANG BAIK

Dua orang wanita yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah
pasar.. Mereka masing-masing bercerita tentang keluarganya....

Wanita 1: "Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna"

Wanita 2: "Apakah dia merokok?"

Wanita 1: "Oh, tidak!...tidak sama sekali!"

Wanita 2: "Dia kekadang minum bir?"

Wanita 1: "Oh, tidak! Dia anak yang baik-baik"

Wanita 2: "Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam ke rumah?"

Wanita 1: "Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga"

Wanita 2: "Wah, nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, berapa usianya?"

Wanita 1: "Minggu depan akan genap usianya enam bulan!"

Wanita 2: @!#$%^&*



PANCING

"Suatu petang.. ketika hari selepas hujan.. seorang atok duduk ditepi paya
dengan memegang pancing sambil merokok..
Orang-orang yang melihatnya kehairanan.. ada yang kasihan dan ada juga yang
ketawa.. Tiba-tiba badul menghampirinya dan bertanya...

Badul : "Pakcik ni memancing untuk apa?"

Atok : "Untuk makan"

Badul : "Oh.. kalau macam tu.. ayuh ikut saya makan.. saya belanja.."

Mulanya atok itu malu2 kemudian setelah di paksa akhirnya dia ikut aje...

Sambil makan si Badul bertanya..

Badul : "Pakcik mancing di paya tu ada ikan ke?"

Atok : "Oh ada"

Badul : "Biar betul pakcik nie.. dah berapa ekor dapat?"

Atok : "Kamu yang kelima"




PERTANDINGAN SENJATA TAJAM PERINGKAT DUNIA.

Dalam satu pertandingan senjata tajam dunia, tiga orang peserta berjaya ke
peringkat akhir. Jaguh pedang dari Sepanyol, samurai Jepun dan pendekar
silat dari Malaysia. Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki
menunjukkan kemampuan membunuh seekor lalat dengan menggunakan sebilah
pedang.

Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya, sang jaguh pedang
dari Sepanyol menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas. Tubuh
lalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya. Giliran samurai
Jepun menghunuskan senjatanya. Kepantasan samurai Jepun memang tiada
tandingan, dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi tiga. Penonton
berdiri bertepuk tangan memuji sang samurai.

Kini giliran pendekar silat dari Malaysia. Segera ia menghunus pedangnya,
mengibas ke kiri dan kekanan. Lalat ketiga masih terbang di udara, tetapi
'penerbangan'nya agak berbeza. Juri dan penonton yang semenjak tadi menahan
nafas terpaku dan kehairannan melihatkan lalat tersebut masih utuh dan
terbang.
Melihat reaksi demikian, sang pendekar segera berkata, "Tuan-tuan jangan
salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan".


LAWAK PENDEK


Seorang ahli politik ditanya oleh seorang wartawan adakah negaranya bercadang menghantar ke angkawan ke bulan seperti yang dilakukan pihak amerika dan russia.

Ahli politik: Bulan dah ditawan, tak guna ke sana! kita akan hantar angkasawan mendarat di
matahari pula.

Wartawan: Tapi tuan...suhu di matahari terlalu tinggi

Ahli politik: Benar..tapi kapal angkasa kami akan membuat pendaratan pada waktu malam
____________________________________________

Wadar: Apa yang menyebabkan awak dimasukan ke penjara?

Penjenayah: Selesema, encik!

Wadar: Aiikk..Selesema patut masuk hospital, takkan masuk penjara pulak?

Penjenayah: Yelaa..fasal saya bersin ketika menggeledah gudang membuatkan pengawal
terkejut dari tidur lalu menangkap saya!
____________________________________________


Pada suatu hari, seorang Nyonya bernama Nyonye Mei Lee datang ke KL untuk kali pertama selepas menang loteri. Beliau check-in disebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Nyonya Mei Lee. Nyonya Mei Lee dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Nyonya Mei Lee melihat ke sekeliling. Beliau tetiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut. "Eksekius mi, lu jangan ingat wa tua, mali dari kampung, tatak tau duduk hotel.. sudah baya latut latut, lu kasi ini bilik ka??! kicik!! tatak tibi, tatak lemari tatak apa pun??? katil mau titun pun tatak????, haiyyaaa.. mau tipu olang ka??!!" Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar Nyonya, ini baru lift, maaa...."







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sms Kelakar & Jiwang


Apa perasaan u pada I?
BENCI? – Abaikan saja sms ni.
KAWAN? – Balas balik sms ni.
RINDU? – Sekali missed call.
SAYANG? – 3 X missed call.
CINTA? – Terus call I la…..

———————–

Sy blh terima
kopi
takde
susu…

Malam
tanpa
lampu..

Roti
tanpa
madu..

Burger
takde
keju..

Tapi..sy tak leh
terima kalau..

SUNYI
takde SMS dr
U..

————————–

Klu sy jD
AiRmAtA.sY iNgiN
LaHiR dr mAtA
AwkHiduP d PiPi

Awk & mAti d
BiBiR Awk.tApi
Klu Awk jD
AirmAtA sY. sY X

Kan mEnAnGiS
sBb sY X nK
keHiLaNgAn
awk.!

————————

KaLau BaCa Awk
SuKa SaYa
KaLau PaDam Awk
RINDU SaYA

KaLau balas AwK
CINTA SaYa
KLau X BuAt ApE2
AwK mILiK SaYa

So aPe aWk Nak
BuaT SkraNG??…

—————————-

bila jauh,
saya rindu sangat2

bila awak tak sms,
saya setia menunggu

bila awak diam,
saya mulai bimbang

kerana saya takut…

takut…

awak lupakan saya… .

—————————

Ingatkan sy
supaya ingatkn
awk supaya x
lupakan sy

klu awk lupa,
sy ingatkn awk
supaya ingatkan
sy utk ingatkan

awk supaya awk
x lupakan sy

—————————-

Sahabat umpama
KOMPUTER.
awk ENTER dlm
hidup saya, saya

SAVE awk dihati,
awk FORMAT
segala masalah
saya & krn itulah

tak mungkin
saya DELETE
awk dr MEMORY
saya….

——————–

sebanyak mana awak
‘RINDU’ saya

lebih banyak saya
‘MERINDUI’ awak

tapi sebanyak mana awak
‘MELUPAKAN’ saya

tak sedikit pun saya
MELUPAKAN’ awak..

————————————-

Inginku kirim
BUNGA, takut ia kn
LAYU, ingin ku kirim
SENYUM, takut x

DIBALAS, ingin ku
kirim RINDU, takut
HAJAT x ksmpaian.
jadi, ku kurim DOA

agr dirimu sht sllu..

———————————–

Kukirim 1,000,000 senyuman,
1 untuk hari ini &
kamu simpanlah 999,999
didalam hatimu.

keluarkanlah 1 per 1
bila kamu mengingatiku,
pasti kamu akan
turut tersenyum…=)

—————————-

Hiasi tidurmu dgn
titisan air SEMBAHYANG
Lelapkan matamu dgn
kalimah SYAHADAH

alaskan tidurmu dgn
DOA
moga.. dirimu mendpt
rahmat dari NYA

SELAMAT MALAM…

———————

“TeMaN IsTiMeWaMu
BuKaN Yg SeLaLu
Di DePaN MaTa,
Yg SeNtIaSa Di SiSi

TeTaPi… DiA Yg
SetIa DiHaTi DaN… .
DiIgAtI DlM SeTiAp
Bisikan DoA… “

———————

hari
terlalu
sibuk
jam
terlalu
singkat
tapi
saya
masih
ada
mase
untuk
berkata
()””’()    “sy sentiasa
( ‘o’, )      rindu
(“)*(“)     awak”

—————————–
Kadang2 org sibuk….
Kadang2 org penat…
Tapi org tetap ingat kat awak…
Take care….

—————————-

kadAng2
mAta sAye
jeLeS sGt
ngAn Hati sAye..

nApe ek..?

nAk tAu
nApe..?

seBaB..

awAk sLalu dEkat
d Hati sAye, tP jAuh
dr mAta sAye

——————

Benarkah merdu buluh perindu
maniskah gula didalam dulang
adakah miss call tandanya rindu
benarkah sms maknanya sayang?

—————–

Andainya sang
bayu menyentuhi
paras
wajahmu, itulah

hembusan
rinduku, yang
menyebut
namamu, setelah

kian lama tak
jumpa..

—————–

Aku
mungkin
bukan
teman

“sempurna”

yg
kau
cari

bukan
juga
yg

“TERBAIK”

di antara
semua
nya..

tapi yg pasti
aku
teman

yg akan selalu
kau rindui..

———————————

Tekan bwh jika RINDU:

so RINDU la ni?
Oh, terharunya!
Stop!–>
Masih tekan lagi?Wah
betul RINDULAH ni!

Eh tekan lagi?

Oklah, I miss u..

——————————–

.-”"”-. .-l><l-.
( ‘o’ )  ( ‘o’ )
¿_*_)§¿_¤_)*

rasa suka jika
ada yg merindui,
lebih suka jika
ada yg menyayangi &
teramat suka
jika ada yg tak
lupakan kita!

——————————–

Kdg2 I sms U..
Kdg2 tidak..
Kdg2 I reply..
Kdg2 I xde kdt..

Tapi jgn risau, brpe
byk kdg2 tue..
U tetap “TEMAN
ISTIMEWA” i

Bkn utk kdg2..
tapi utk
SELAMANYA(“,)

——————————–
APé káTÉ
,,.   KäLaU
(,’ ‘)   SàYÉ
(‘)=(‘)   TIBa2..
HILãNG????

saYaNg JugaK
aWaK Kat saYa,
iNgatKaN taK
caRi!!

————————

mgenalimu 1
keindahan..bergurau
dgnmu,1 kbahgiaan..
menyakiti hatimu,

ku cuba elakkan..
dan 1 pmintaanku,
biar phubungan kita
kekal berpanjangan…

——————————-

Biar rindu asal
x jemu,
biar kasih asal
x sedih,

biar cinta asal
x terseksa,
biar sayang asal
x hilang, &

biar berpisah asal
hati x berubah..

——————-

Saya rindu dia..
(   ‘o   (>*<)
(,,)  )’  ( ö  )
,,l,,L,) (“)(“),,)

o,,,o sape?
( ‘o’)   (>*<)
(,,)  )  ( ö  )
,,l,,L,) (“)(“),,)

tu…tu yg baca
sms tu!

——————
Jika semlm ada ksalahnku, maafkanlah. Jka hari ini aku

brtyakan khabarmu, ini yg trakhir. Jika esok tiada berita

dariku, anggaplah aku telah tiada…

KREDIT

———————————

JAUH iTu Ada jArAk
yG tpIsaH, JAUH iTu
ada RuaNg yG
memIsaH..JAUH iTu

Dua iNsaN yG
tpIsaH, JAUH iTu
Dua hAti yG
dpiSaH..nAmuN

JAuH iTu Ada riNdu
yG tAk sUdaH..
———————-

Saat malaikat
menghampiriku
dia bertanya
padaku “apa yg kau

inginkn hari ini?
Aku menjwp
“tolong jage org yg
membaca mesej ini.

“kerna aku
SAYANG DIA”

———————————–

Teringat dirimu!
c=.      ,,,,,
//,._ _#   ‘?
_(,..,,!_ _,Vj_,,,_,,

Tiap detik &
waktu!

Moga Allah
memberkatimu

Kerna

Kau

Teman
kesayanganku..

——————————

Kdg2 hdup ni
bz sgt..

Nk ckp hai kdg2 x
smpat

Even nk sms slalu
pun x smpt

Tapi xb’erti
kite kt sini
lupa org kat sana

(“,) tAkE CaRe..

———————

@>-/-
@>–
Ukhwahfillah..
Bukan yG SelalU

dekAT Dimata..
bUkan yg kerAP
BicaraNYa TetApi
yg Setia Dihati daN

DiingatI..dlm
SetiAp BiSiKan dOa..

—————————

1st skali sy nk mtk maaf
atas sgla kesalahan sy,
halalkan mkn minum sy,
sy rase kt xkan jmp lg,
mgkin ni msg yg terakhir dr sy,
smpanlah utk m`ingati dri sy,
stiap yg b`temu pasti akn b`pisah….

sy tpaksa prgi…..
ke jepun bgi m`bantu
Ultraman mgalahkan
raksasa belalang

—————————-

S-Seandainya
E-Engkau
L-Lebih kenal
A-Akan diriku
M-Maka aku
A-Akan
T-Tersenyum
M-Manis utkmu
A-Agar engkau
L-Lebih tahu
A-Aku sentiasa
M-Merinduimu

———————-

mak kata ‘awak
mcm CHIPMORE,kejap
ada,kejap takde’
atok kata ‘awak

mcm ASTRO,mcm-mcm
ada’ TAPI saya
kata ‘awak mcm
LOREAL,kerana dirimu

begitu berharga’

—————————

()”‘¤()
( -o- )
(ö)(ö) BöSÄNnYa
TäPi..BiLa Sy
T’iNgÄt KÄt Awäk..

()”‘¤() TETiBE JE
( ‘o,’ ) SäYE
(ö)(ö) T’sEnYuM
HäRaP Äwak JüGÄ
BEGiTu!

——————–

Org Dulu2 pRnH
KAte, bULu mata
akAn jatUh Bile
aDe soMe1 inGat kiTe..

staRt dgR ciTeR tu,
sy TruS sTop inGat
Kat aWk.. sBB sy
takUt aWk xDe

buLu matA…
hehehehe

—————————–

LoLiPop bErKatA kpd
CoKLaT “kIta Ni
sunGGuh MaNis kan?”
CoKLaT menJAwAb “aWak

INgaT kItA nie
DaH cukuP mAnIs
Ke?” “AwaK TengOk
OrG yang BacA

SMS nie, lg
MaNis..” “TeNGok tu
DiE senYUm, MaNis
nyErrrr… .”

———————

AnDAi
HaRi
EsOk
SaYa TiaDa,

DaN
GaGaL M’uCaPkn
SLMT TINGGAL,
InGaT

BhW SaYa
X pRnH LuPa
Utk UcPkN
TERIMA KASIH!

KrN SaYa B’pluAnG
M’geNaLi S’sEoRh..

SPRTI Awak..

———————————

1001 GURAUAN
belum tntu dpt
m’gukir 1
SENYUMAN. ttpi

hny 1 SINDIRAN
sdh cukup
MELUKAKAN hati
seseorang &

hnya dgn 1 SMS
sdah cukup
mbuatkan seorg
m’ingatimu!

—————————

Basket is raga,
wood is kayu,
bila i trjaga trus ingat u!
This is kulit kerang,
wood is kayu,
i cakap trus trang,
i miss giler kat u!!!

—————–

Ikatan hati antara
insan adalah
ANUGERAH

membuat mereka
TERTAWA…
MENANGIS…
MENERIMA…
MEMBERI…

& yg paling
PENTING ia
membuatkan seseorang
menghargai hidup…

—————–

Salam MANIS
beserta MADU,
salam SAYANG
beserta I LOVE U,

salam RINDU
beserta I MISS U,
salam ROCK, wa
CAYA sama lu,

salam INGATAN
saje nak tahu..
HOW ARE U?
———————–

Ku petik bintang
,,,,, + * + * .
(c ‘? (“) + * .
?”"%//

utk kau simpan

cahyanya
terang

brikan kau
perlindungan

juga sbg
pengingat org
yg TERSAYANG
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ayat Ayat Nak Minta Putus



Ayat Ayat Nak Minta Putus aka Break Up Yang Tersirat Perlu Korang Tau :

Awak berhak dapat yang lebih baik dari saya...maksudnye (aku boleh dapat orang lebih baik dari kau ! berambussss !)

Kita ni banyak perbezaannya...maksudnye (ko ni membosankan aku laa, berambusss la aku buat lawak pun kau tak pernah gelak kan !! bodoh)

Awak memang tak pernah faham saya...maksudnye (aku benci kauuuuu, menyampah betul !)

Saya tak bersedia lagi la untuk semua ni...maksudnye (aku bersedia nak lari dari kauuu,jahanam !)

Saya sayang awak,tapi macam kawan je...maksudnye (aku tak berminat la dengan kau, cermin diri kau dulu okay !)

Saya perlukan ruang untuk diri sendiri...maksudnye (aku nak blah jauh jauh dari kau, paham tak !)

Saya nak tumpukan pada kerja saya dulu...maksudnye (aku sebenarnye ade hati kat sorang mamat ni kat tempat kerja aku...hik hik hik)

Saya harap hubungan kita ni menjadi,tapi...maksudnye (kenapa la aku kena cakap benda ni lagi dengan kau, bahalol !)

Saya tak mampu bersama awak lagi...maksudnye (kau ni memang teruk lah, aku da tak sanggup daaa)

Antara kita, kita punya matlamat hidup ni berbeza...maksudnye (kau boleh jalan lah dengan falsafah hidup kau tu ok,aku dah letih !)

Saya terlampau menyanyangi awak, sehingga saya takut kehilangan awak...maksudnye (aku memang tak sayang kau langsung, dah lama mati dah rasa sayang tu, ngokk !)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pantun Lawak


Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut kenala cari ubat.

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Api terang banyak kelkatu
Masuk ke kamar bersesak-sesak
Alangkah geli rasa hatiku
Melihat nenek bergincu berbedak

Singapura dilanggar todak
Kapal karam di Tanjung Peringin
Orang tua beristerikan budak
Macam beruk mendapat cermin

Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, October 4, 2012

Kata aluan tuk bulan nie

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua pembaca...

Tuk bulan october nie Rafi pening skit r, x tau nak update aper... erm... ramai suh masukkan lagu2 baru... nanty Rafi masukkan k.... tuk sketsa baru pun ader yang suh update... erk??? macam susah je nak cari agy... tapi x per.. korang nyer pasal Rafi akan cuba carikan....

Bagi bulan october nie, Rafi akan cuba masukkan seberapa banyak koleksi cerpen2 terbaik lau ada masa k... coz kebelakangan nie asyik busy jer ngan keje n vacation... vacation??? haha... tu salah satu activities Rafi seriap bulan... Ader je member2 plan nak g sana la sini la...

Raya haji nak dekat dah nie.. korang beraya kat ner... KG ke or kena keje... raya haji x semeriah raya aidilfitri, tapi kitew tetap kena sambut walau sesibuk mana sekalipun lau boleh amik cuty yer geng.... bagi yang bekerja 2 Rafi ucapkan selamat menjalankan tugas...

dah la tu tuk kata aluan bulan 10 nie... skunk masa mengupdate lak... jemput2 la tengok lau ada masa k.. lau ada cadangan tinggalkan pesanan kat kotak jejak je k... nanty Rafi usahakan...

assalamualaikum...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, September 9, 2012

Cerpen Sedih Tanpa Tajuk



Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang sedang menonton televisyen – ceramah bersama Dato' Masyitah. Siaran OASIS Astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu... solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandangnya yang sedang khusyuk membelek laptop di hadapannya. 


“Abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.”


 Dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Huh, lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahulah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okey, salah aku juga sebab pergi teguk air kencing syaitan tu siapa suruh. Okey, salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okey, salah lagi sebab selalu saja aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.

Okey, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku jolikan. Banyaknya salah aku. Jadinya, abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu saja, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okey lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.

“Abang dengar tak?” 


Macam cakap dengan laptop tu saja. 


“Hm,saya sembahyang dekat surau.” 


Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh, surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. 


“Saya ikut. Jap saya siap.” 


Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh, dia nak ikut pulak. Laptop dimatikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau? 


“Abang, dah siap.” 


Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! 


“Abang...?” Aiman tersedar. 


“Jom.” Kunci kereta di atas meja dicapai. 


“Saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. 


Syahirah senyum. “Harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. 


Dalam kereta – hanya dengar radio – HOT FM Refleksi.

Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa. Rasanya asyik ulang-ulang saja jalan ni.


“Abang, surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. 


Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau as-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh, mana bawak kopiah ke? Songkok ke? 


“Err, Ira...” Syahirah menoleh. 


Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. 


“Ya?” 


“Okey ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” 


Syahirah senyum. 


“Jangan risau yang menilai itu Allah, bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA, insya-Allah. Pakaian abang ni dah okey dah ni.” 


Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. 


“Jom," ajak Syahirah. 


“Hmm.” Enjin kereta dimatikan.

Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. 


“Solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” 


Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. TER-baca. 


“Saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” 


Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! Aku dah jauh terpesong! 


Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya, ‘Tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun!’.


Televisyen di hadapannya itu dipandang kosong.

Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya, “Aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku lagi, jangan pernah kau buat dia menangis...” 


Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. 


“...ingat! Aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu. Aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. 


Huh, garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. 


“Cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. 


Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. 


“Hmm, Tom Cruise...” main-main Aiman. 


“Salah! Tom Cruise tak reti cakap Melayu!”


 Aiman ketawa. 


“Hm, Hj. Amran.”


 Syahirah pula ketawa. 


“Salah! Hj.Amran dekat Johor.” 


“Ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. 


“Syah mana?” 


“Syahirah.” 


Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.

Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. 


“Abang buat apa?” 


“Tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah...” 


“Tanya apa?” 


"Err..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” 


“Sebab Allah.” 


Aiman diam sebentar. 


“Tak faham.” 


“Saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” 


Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak dikatakan lagi. Sebak tiba-tiba.

Seminggu berlalu…


“Abang, saya tak reti masak,” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. 


Terkejut juga Aiman. Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah-lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya.


“Lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” 


Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. 


“Macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. 


Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. 


“Tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”

“Maaf ya abang...” 


Aiman senyum. 


“Tak apa.” 


Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. 


“Abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” 


“Belajar masak guna internet.” 


Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. 


“Huish masin," komen Syahirah. 


Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya.


“Abangkan yang masak ni,” kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. 


“Okeylah ni. Ha, awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa...” komen Aiman pula. 


“Okey apa...” 


Is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” 


“Boleh ke macam itu?” 


“Boleh je.” 


“Okey...” 


“Dah, makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” 


Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.

Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh, sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah! 


“Ustaz,” panggil Aiman kepada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. 


“Ya?” 


“Saya nak…” 


“Nak apa?” 


Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. 


“Anak nak apa?” 


“Saya nak belajar agama.” Terluah juga. 


Ustaz itu senyum. 


“Mari.” 


Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta. Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. 


“Ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. 


Syahirah hanya senyum dan mengangguk.


“Baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman tersentak. 


Walau apapun senyum paksa diberi. 


“Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni,” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. 


“Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” 


“Terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. 


Ustaz itu menepuk bahu Aiman. 


“Baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” 


“Waalaikumsalam," jawab Syahirah dan Aiman serentak. 


Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang sedang mengemas bajunya ke dalam bagasi. 


“Lamanya abang pergi...” 


Aiman tersedar. 


“Hmm, seminggu je.” 


Ya, dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.

Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipokrit mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah! 


“Seminggu tu lama tau...” lirih Syahirah. 


“Pejam celik- pejam celik sekejap je tu...” 


“Kalau pejam tak celik-celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. 


Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. 


“Apa awak cakap ni...” Lembut dan ada nada risau di situ. 


Syahirah ketawa halus. “Gurau je-lah. Abang ni cepat betul tersentap.” 


Aiman diam. “Tak payahlah kemas beria-ia. Nanti yang lain saya kemas.” 


Isterinya tarik muncung. “Tak mau lah, nanti kurang pahala.”

Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. 


Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. 


“Awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. 


Syahirah bersuara riang, “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau?...” 


Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. 


“...ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?...” 


Tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. 


“...saya tahu, saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” 


Air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakan. 


“Awak nangis ke?” 


Diam lagi. 


“Awak, saya…” 


Syahirah memintas, “Tak apa. Saya faham.” 


Air matanya diseka. 


“Abang sihat tak?” 


“Alhamdulillah sihat.” 


Diam. 


“Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk,” pesan Syahirah. 


“Baik sayang.” 


Terdiam Syahirah.

Aiman senyum je. 


“Lagi?” 


“Err...abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur...” 


Aiman ketawa. 


Next?” 


“...kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajud...” 


Aiman hanya mengangguk. 


“Lagi?” 


“...selalu beristigfar” 


“Okey. Lagi?” 


“..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” 


Alrightnext?” 


“Sentiasa berselawat.” 


“Okey.” 


“Abang ni last.” 


“Apa dia tu?” soal Aiman lembut. 


“Doakan rumah tangga kita sampai syurga.” 


Aiman senyap sekejap. 


"Sure.” 


Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. 


“Assalammualaikum, awak,” sapa Aiman. 


“Waalaikumsalam, abang.” Nada ceria. 


Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya ber-t-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).

Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. 


“Err, awak pandang apa?” 


Syahirah tersentak. 


“Eh, tak..abang nampak lain.” 


“Apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. 


“Oh...” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. 


“Jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.

Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. 


“Abang nah...” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. 


Aiman menyambut. “Thanks.” 


“Abang, nak tahu tak?”


Dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. 


“Hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. 


“Ada sinetron baru tau.” 


Berkerut dahi Aiman. 


“Oh, apa benda tu?” 


“Apalah abang ni. Itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya Cinta Fitri.” 


“Oh..” 


Gelas diletak di atas meja. 


“Kenapa dengan cerita tu?” 


Best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. 


“Apa yang best?” 


“Lagu.” Ek.. 


“Oh.. jalan cerita tak best?” 


Sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. 


Best jugak tapi sedih.” 


“Kenapa?” 


“Entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu?” 


“Lagu apa?” 


“Tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar...” 


Syahirah mengambil mp3-nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.

Aiman hanya memerhati. 


“...haa, nah...” 


Dia menghulurkan earphone kepada Aiman. 


“Hm, awak ambil satu...” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. 


“..err..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. 


“Okey.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. 


Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. 


Inilah aku apa adanya 
Yang ingin membuatmu bahagia 
Maafkan bila ku tak sempurna 
Sesempurna cintaku padamu 


“Saya baru download tadi...” 


Syahirah senyum. Aiman turut senyum.

Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. 


Ini cintaku apa adanya 
Yang ingin selalu di sampingmu 
Ku tahu semua tiada yg sempurna 
Di bawah kolong langit ini 


“Abang kita jadikan lagu kita nak?”


Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. 


“Hmm.” 


Jalan kita masih panjang 
Ku ingin kau selalu disini 
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi 
Dan dunia menjadi saksinya 
Untuk apa kita membuang-buang waktu 
Dengan kata kata perpisahan 


Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa disedari Aiman telah melEtakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.

Demi cinta kita aku akan menjaga 
Cinta kita yg telah kita bina 
Walau hari terus berganti hari lagi 
Cinta kita abadi selamanya… 


Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. 


“Err...awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. 


“Awak…bangun. Dah azan Asar ni...” 


Syahirah bangun sambil mengosok matanya. 


“Abang saya ABC-lah. Abang solatlah...” 


Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. 


“Awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC kejap lagi kita keluar.” 


Syahirah memandang Aiman.

“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” 


Aiman teragak-agak. “Oh...haa. Okey. Saya solat dulu.” 


Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. 


“Abang.” Langkah Aiman mati. 


Dia menoleh. 


“Doakan rumah tangga kita sampai syurga.” 


Syahirah senyum dengan gaya menadah tangan. 


Sure.” 




“Abang, saya nak cari buku masak...” 


Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. 


“...nanti jumpa abang dekat kaunterlah.” kata Syahirah lagi dan terus berlalu. 


Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.

“Ada boleh saya bantu encik?” 


“Hmm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir al-Quran?” 


“Maaf encik tiada stok.” 


Aiman senyum paksa.


“Okey. Thanks.” 


Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. 


“Abang tak beli apa-apa?” 


“Tak. Awak dah jumpa buku?” 


Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. 


“Tadaa…nanti kita try dekat rumah okey?” 


“Okey.” 


Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. 


“Wah, romantiknya mereka!” 


“Tahu tak apa. Untungkan wanita itu dapat suami yang punyalah handsome dan baik!” 


“Mana kau tahu baik?” 


“Tadi dia nak beli tafsir al-Quran.” 


“Oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” 


Sweetkan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju diorang warna match. Jalan pegang tangan.” 


SuperbRomantic!” 


“Kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)"


“Betul-betul.”

Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu dilakukan. 


“Abang...” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. 


“Kenapa?” 


“Nah...” 


Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. 


Birthday saya rasanya belum lagi...” 


“Abang bukalah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-condNight abang. Assalammualaikum.” 


Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. 


“SubhanaALLAH, tafsir al-Quran...” 


Terasa macam nak mengalir air mata Aiman. 


‘al-Quran, the love letter from Allah’ 
– isterimu


Aiman turn off  laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.

Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar dilipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beria-ia hendakkan tafsir al-Quran itu. Sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. 




“Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato' Rahimi merangkap abahnya. 


Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.

Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. 


“Kamu dengar tak ni? Hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? Ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato' Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. 


“Abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil...” 


Dato' Rahimi memandang sinis anaknya. 


“Bukan kamu joli kan semua duit tu?” 


“Abah...” 


“Dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settlekan semua bil ni!“ 


Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. 


“Abah, saya tak da duit banyak tu.” 


“Abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” 


Dato' Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. 


“Assalammualaikum.” 


Lemah Aiman menjawab. “Waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” 


“Err, kenapa along?” 


"Kau balik je!” 


Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?

Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. 


“Along...tolonglah jangan buat kecoh dekat sini...” rayu Syahirah. 


“Eh, kau diamlah dik...” 


Aiman melangkah masuk ke rumah. 


“Assalammualaikum.” 


“Hah, sampai pun kau...” 


Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. 


“Kenapa along?” 


“Aku nak bawak Syahirah balik...” 


Tersentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. 


“...ta...tapi kenapa?” 


“Kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?” herdik Syahir. 


Sebak Aiman dengar. 


“Along tak boleh buat macam ni...” 


“Apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” 


“Along, kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. 


“Kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” 


Syahir menarik tangan Syahirah.

Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. 


“Saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” 


“Hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur!” Marah Syahir lagi. 


Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! 


“Abang...tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. 


“Saya izin...” 


Sebak. 


“...saya izinkan awak balik.” 


Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata dipejam. 


“Abang…” teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…



Aiman baru selesai solat maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau ditekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu.


“Awak...” 


Esakan itu masih lagi berbunyi. 


“Ira...awak...” 


“Sampai...sampai hati abang...” 


Aiman senyap. 


“Saya buat macam ni agar awak senang…” 


“Tak ada istilah senang kalau saya kena tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” 


“Awak tak faham...” sayu Aiman jawab. 


Suara serak Syahirah berbicara lagi, “Abang… biarlah susah senang kita bersama.” 


Aiman senyap. 


“Abang, tolonglah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” 


Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. 


“Abang…tolong jangan senyap macam ni...saya bersalah sangat ni...” 


“Sayang tak perlu rasa bersalah.” 


Terdiam Syahirah. Ya Allah… 


“Abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu...” 


Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. 


“Cuba abang baca...” 


Rasulullah saw. bersabda: 
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) 


Aiman beristighfar. Mata di pejamkan seketika. 


“Sayang...abang betul-betul tak kuat...” 


Buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. 


“Abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.” 


“Tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” 


“Abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali…” 


Aiman hanya diam. 


“Istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…Assalammualaikum.” 


Syahirah sudah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. 


YA ALLAH…

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a 
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 
1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri


Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 
1) Merahsiakan ibadahnya 
2) Merahsiakan sedekahnya 
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya


Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 
1) Takut berlaku dusta dan keji 
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. 


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 
1) Mengawasi dirinya 
2) Menghisab dirinya 
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.



“Assalammualaikum...” 


Aiman menoleh. 
“Waalaikumsalam, eh ustaz.” 


Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. 


“Baca artikel apa itu?” 


“Nasihat Rasulullah kepada Ali.” 


“Oh, alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” 


Aiman senyum. 


“Tenang duduk dekat masjid ni.” 


“Dari Subuh tadi. Dah nak masuk maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” 


Aiman tersentap. 


“Hmm, dia balik kampung.” 


“Oh...eh, ustaz nak pergi toilet  sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” 


Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. 


Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, 
Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, 
Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, 
Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, 
Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, 
Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya… 


Terkedu Aiman. 


Ya Allah… 
Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. 


Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yalah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu…sekarang lain…

Assalammualaikum, abang dah makan? 
– Syahirah.

Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voicedengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (SMS). Comel je isterinya itu merajuk.

Waalaikumussalam, alhamdulillah sudah. 
– Aiman

Lepas beberapa minit.

Syarikat abang dah okey? 
– Syahirah.

Doakanlah ada projek yang masuk. 
– Aiman

Solat Dhuhalah abang. Solat itu membuka rezeki. insya-ALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. 
– Syahirah.

Aiman senyum membaca message itu. 


Insya-ALLAH. 
– Aiman.

“Assalammualaikum, abi.” 


Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. 


“Waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. 


“Abi, saya…saya...” 


Tak terluah oleh kata-kata. 


“Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka e-mail  kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” 


“Terima kasih abi.” 


Selepas salam berbalas. Talian dimatikan. Syukur, abinya seorang yang memahami. Aiman membukae-mailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada e-mail versi video itu. 


"Kamu hayati dan kamu renung-renungkanlah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu." 


Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astaghfirullahalazim. 




Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. 


“Abang please...jangan tinggalkan saya lagi...” esak Syahirah. 


Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. 


“Shh, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” 


Mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan umminya. 


“Jaga dia baik-baik Aiman,” pesan Hj. Amran. 


“Terima kasih abi, ummi...” Sayu sahaja Aiman bercakap. 


Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul, Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. 


“Kami balik dulu abi, ummi.” 


Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu dituruti Syahirah. 


“Assalammualaikum.” 


“Waalaikumsalam.” 




“Saya sayang abang.” 


Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang sedang memandu itu senyum. 


“Saya pun sayang awak juga.” 


Syahirah senyum senang. 


“Ira…” panggil Aiman. 


“Ya?” 


Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. 


Thanks.” 


Thanks untuk apa?” 


“Sebab awak saya dah banyak berubah.” 


Syahirah ketawa kecil. 


“Bukan sayalah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” 


“Tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah...” kata Aiman. 


Syahirah senyum. 


“Saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” 


Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi fokus memandu. 


Thanks lagi sekali.” 


Dahi Syahirah berkerut. 


“Untuk apa pula?” 


Settlekan bil-bil syarikat tu...” 


“Kita suami isteri kena saling membantu.” 


“Mana Ira dapat wang banyak macam itu?” 


Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi, ummi dan along. Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah, hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.

“Sayang...mana awak dapat wang banyak macam itu?” 


Syahirah terkelu. 


“Hmm, rezeki Allah.” 


“Dari mana? Takkan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. 


“Abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. 


Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta dibelokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba, Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. 


“Awak.” 


Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. 


“Biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” 


“Kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. 


“Tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” 


No… nampak serious ni,” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang dibuat-buat. 


“Abang ni, panas je lah ni. Saya nak pergi toilet jap.” 


Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. 




“Abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. 


“...Encik Aiman, bangun...” kejut Syahirah lagi. 


Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. 


“Abang…abang...bangun…” 


Aiman membuka matanya perlahan-lahan. 


“Hmm, kenapa sayang?” 


“Abang, jom buat qiamullail berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” 


Aiman duduk menghadap Syahirah. 


“Dah pukul berapa?” 


“Hmm, 4.30 pagi.” 


“Jom,” ajak Aiman. 


Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam. Tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. 


“...sayang ambil wudhuk dulu...” 


“Okey.”

Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. 


“Mimpi ke realiti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang dicium tadi. 


Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. 


“Abang, saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” 


Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. 


“...halalkan semua makan minum.” 


Aiman menarik Syahirah dalam pelukannya. 


“Abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” 


Dahi isterinya dicium. 


“Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh,” kata Syahirah dan senyum. 


Aiman hanya senyum. 


“Hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” 


Syahirah geleng. 


“Boleh ya abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” 


Aiman mengangguk. 


“Okeylah. Nanti abang belikan sarapan.” 


“Okey, saaaaayang abang!” lirih Syahirah dan senyum. 


“Sayang awak juga.” 




Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.

PRRRANGGGGG!!!


Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya...


“Sayang!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.

**********

Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. 


“Sayang...” 


Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. 


“Ha, ini tuan yang membunuhnya!” 


Terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. 


“Bukan saya.” 


“Dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” 


Tangan Aiman bergari. 


“Bukan saya!...” 


Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. 


“Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!!” 


Anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. 


“Kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. 


“Bukan Aiman bah!!!” 


Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi, ummi dan alongnya. 


“Abi, bukan saya, ummi!!!” meronta-ronta Aiman. 


“Sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. 


Aiman cuba meronta. “Bukan saya! Abi!!! Umi!!! Percaya saya...” 


“Cepat bawa dia!” arah alongnya. 


Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah………… 


Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… 


Bantu hamba Ya Allah……… 




Haji Amran melawat menantunya di penjara. 


“Abi...percayalah saya...” 


Haji Amran senyum. 


“Sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah...” 


“Abi, macam mana keadaan Syahirah?” 


Haji Amran senyap. Air matanya bergenang. Sebak dadanya. 


“Abi kenapa dengan isteri saya?” 


Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. 


“Bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” 


Haji Amran bangun dari kerusi itu. 


“Abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” Mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. 


“Abi kena pergi dah ni. Banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” 


Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. 




“Abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu...” 


Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. 


“Cuba abang baca...” 


Rasulullah saw. bersabda: 
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) 




“Encik,saya nak sejadah dan tafsir al-Quran...” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah, sepanjang dia di penjara itu warden-warden di d situ berlembut dengannya. Terima kasih ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnt. Selepas itu dia membaca al-Quran. 


‘Al-Quran, the love letter from Allah’ 
– isterimu. 


Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA 
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN 
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG 
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN 
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN 
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN 
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..

“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. 


Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. 


“Bebas juga saya abi...” kata Aiman. 


“Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” 


Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. 


"Abi, jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. 


Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. 




Haji Amran berhenti di hospital.

Aiman terkejut. 


“Abi, kenapa di sini?” 


“Turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. 


Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak umminya tengah menangis. Dia nampak doktor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. 


“Maaf, dia tak dapat diselamatkan.” 


Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. 


“Barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” 


Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. 


Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan dikucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. 


“TAK!!!” jerit Aiman dan terduduk. 


Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. 


“Sabar Aiman…bawa mengucap.” 


“Bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. 


Haji Amran mengusap bahu Aiman. 


“Dah ditentukan ajalnya...” sebak Haji Amran.

“Tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. 


Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah… 


Air mata lelakinya deras mengalir.  




“Lagu apa?” 


“Tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar.” 


Syahirah mengambil mp3-nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. 


“...haa, nah..” 


Dia menghulurkan earphone pada Aiman. 


“Hm, awak ambil satu...” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. 


“...er...kita dengar sesama...” teragap-gagap Aiman. 


“Okey.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. 


Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. 


“Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. 


Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. 


“Hmm.” 


Kenapa harus begini…..



Aiman menutup buku agama yang dibacanya itu. Buku itu diletak di sisi katil. Pelipisnya digosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Illahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke realiti. Abah dan abinya puas meredakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang disayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan Tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yaasin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. 


“Aiman, nak pergi mana?” 


Dia senyum. 


“Ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. 


“Nak keluar.” 


“Pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. 


Aiman bersalaman dengan abahnya pula. 


“Hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” 


“Waalaikumsalam.”

Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunat taubat dan solat sunat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca al-Quran pula. 


“Assalammualaikum,” sapa seorang lelaki separuh umur. 


Aiman memberhentikan bacaannya. 


“Waalaikumsalam.” 


“Anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” 


Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. 


“Saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” 


“Oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” 


Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula al-Quran itu di rak. Sejadah diambil untuk dijadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. 




“Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk,” pesan Syahirah. 


“Baik sayang.” 


Terdiam Syahirah. Aiman senyum saja. 


“Lagi?” 


“Err...abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur...” 


Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba dilelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. 


"Sayang." 


Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. 


“Sayang...” 


Aiman menggenggam tangan Syahirah. 


“Jangan tinggal abang lagi.” 


Tangan itu dikucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. 




Lemah lutut Dato' Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang dikatakan pemanggil itu. 


“Itulah Dato'. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” 


Sebak Dato' Rahimi mendengar. 


“Terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Illahi.” 


Mengalir air mata isteri Dato' Rahimi. 


Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.

P/S : Cerpen nie diambil dari koleksi cerpen sedih terbaik... sedih rafi baca cerpen nie... dah 2 baldi airmata dah nie... walaupun panjang tetap puas hati.. kongsikan yek..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

♥ Tinggalkan Jejak anda disini ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...