Elegant Rose - Working In Background Suka Dan Duka Dikongsi Bersama

Pembaca Setia Blogku

Saturday, November 12, 2011

Din, Bila Kau Nak Balik Beraya Dengan Mak

"Din, bila kau nak balik Malaysia ni? Mak dah lama benar tak nampak kau dalam rumah ni".

"Din tak dapat cutilah mak tahun ni. Tengoklah, Din cuba usahakan balik hujung tahun ni, ya mak?", jawabnya lemah. Dia mengeluh sekejap.

"Dah 3 tahun kau tak sambut raya kat rumah ni. Mak teringin nak kau ada kat sini waktu raya nanti. Mak bukan apa Din, mak sunyi kat sini," kata ibunya. Tersekat-sekat suaranya seolah menahan sebak di dada. "Sejak ayah kau dah tak ada, dah tak ada sapa-sapa lagi di rumah ni. Along selalu sibuk, tak habis-habis dengan kerjanya. Nak harap Angah datang bertandang ke sini, jauh sekali. Asyik dengan bininya saja. Tahun ni belum tentu lagi balik beraya di sini. Selalu sangat beraya di kampung bini dia. Si Hana jauh di UK sana belajar. Siapa lagi yang nak temankan mak ni Din".

"Mak, kalau Din boleh balik, memang Din balik rumah beraya tahun ni dengan mak. Tapi Din kerja jauh mak. Rezeki Din ada kat sini. Mak, Din janji dengan mak, Din minta cuti sebulan hujung tahun ni. Din balik M'sia dan duduk dengan mak untuk sebulan. Ya mak?". Itu saja yang mampu dia katakan pada ibunya.

Hari ini tinggal lagi seminggu untuk umat Islam menyambut Aidilfitri. Din masih lagi sibuk dengan tugasannya di pejabat. Kadang-kadang dia habiskan seharian suntuk di pejabat. Bidang tugasnya sebagai jurutera ternyata menghalang dia untuk bersenang-senangan seperti kawan-kawannya yang lain. Kebetulan dia telah pun ditugaskan untuk mengurusi satu projek baru. Lelah dirinya apabila terlalu banyak perkara yang perlu dia bereskan.

"Hello Along, assalamualaikum".
"Hello...haa..apa citer kau telefon ni? Kau balik tak raya ni, Lang?".
"Insya Allah balik. Tapi kau jangan cerita pada mak pulak pasal ni. Saja aku nak buat surprise kat mak," balas Din."Kau jangan Lang. Mak tu bukannya sihat sangat sejak dua menjak ni. Karang kau tiba-tiba tercegat depan pintu rumah tu, mati terkejut mak nanti!".
"Aishh, ada ke situ pulak. Nak sangat ke mak mati?!", Din meninggikan suaranya sedikit. "Idak ler, tapi sekurang-kurangnya kau bagi tahu pada mak dulu. Jangan nak buat terkejut-terkejut ni. Kau pun tahu perangai mak, bukannya suka sangat terkejut ni," jelas Along. "Haa, iya lah..iya lah. Eh, mak ada tak? Aku nak cakap dengan mak kejap".

"Haa, kau tunggu kejap. Aku panggil mak," balas Along lagi.

"Hello Din, ni mak ni". Sedikit-sedikit terdengar di cuping telinga Din suara ibunya serak."Mak, mak apa khabar?"."Mak sihat ni. Batuk sikit-sikit. Agaknya badan mak sejuk gamaknya. Eh, ni apa cerita telefon rumah rajin sangat ni? Selalu telefon sebulan sekali ajer," soal ibunya."Saja ajer mak. Hari ni Din kurang busy sikit. Kebetulan terasa nak sembang dengan mak pulak hari ni".

"Oh ye ke? Haa Din, ingat tak si Hafizah anak Pak Wan depan rumah tu? Dia dah nak nikah lepas raya ni"."Haa, Din ingat dia mak. Dia nikah dengan siapa mak? Alahai, rugilah Din macam ni mak! Dah la lawa budaknya tu. Putih gebu kan dia mak? Din baru ingat nak masuk mengurat anak makcik Ani tu," kata Din sambil tergelak-gelak. Geli hatinya bila dia menyebut tentang hal mengurat anak dara jirannya."Padan muka kau Din. Mak dah suruh dari dulu lagi tapi kau tak nak. Asyik sibuk memanjang pasal belajar. Kau ni pulak Din, bila nak kahwinnya? Umur dah nak masuk 30. Nak jadi bujang lapuk ke?", soal orang tuanya.

"Bujang lapuk pun famous mak. Macam P Ramlee tu kan mak? Mak tak nak ke anak bujang mak ni jadi famous?" sambung Din mengusik ibunya. "Haa..mak tak nak kau jadi macam P Ramlee. Nak kahwin, biar kahwin bini seorang. Kita nak berlaki berbini ni, biarlah kekal sampai akhir hayat bersama. Tak ada bercerai-berai," panjang pula ibunya menyambung 'ceramah'."Alah mak! Din ni, nak cari seorang pun payah gila. Ni kan pulak nak bertambah-tambah bininya. Lagi pun mak, siapalah nak ke Din ni. Muka macam getah sekerap!", jawab Din. Dia tertawa terkekeh-kekeh di hujung corong telefon. "Engkau ni kalau pasal merepek, memang nombor satu. Dari kecik sampai ke besar! Eh Din, mak sakit perut lah. Mak nak ke bilik air ni".

"Alaah mak. Nantilah dulu. Erm mak, hari raya dah dekat ni. Din nak minta ampun kat mak. Mintak ampun sangat-sangat. Din tak dapat balik cuti beraya. Halalkan makan-minum Din selama ni. Din cuma nak cakap, Din rindu sangat nak jumpa mak. Din janji dengan mak, hujung tahun ni Din balik M'sia. Din nak bawa mak balik kampung, gi ziarah kubur ayah sama-sama. Ya mak, ya?" kata Din. Dia cuba sedaya upaya menahan perasaan hibanya."Mak tahu kau kerja kat sana, Din. Mak tak paksa kau balik. Kau ada tanggungjawab kau di sana. Kalau ada salah silap kau dengan mak, dah lama mak ampunkan. Kau kan anak mak juga, sama macam Along, sama macam Angah dan Hana. Kau jangan risau semua tu. Kerja elok-elok sana. Jaga diri baik-baik, jangan lengah-lengahkan sembahyang tu. Itu ajer pesan mak", panjang lebar ibunya beri nasihat.

Ringan sedikit rasa hati Din. Sejuk hatinya bila mendengar tiap pesanan dari ibunya."Eh Din, mak ni sakit perut ni! Mak pergi bilik air dulu! Bercakap dengan kau ni, memang takkan sudah," ujar ibunya lagi. "Haa..ya lah mak. Din letak dulu ya mak? Selamat hari raya mak! Assalamualaikum," balas Din. Tup. Talian telefon sudah pun diputuskan. Din cuma menggelengkan kepalanya sahaja.



*****


28 Ramadhan, 1420.

Din sudah pun mengemaskan segala pakaian yang bakal dia bawa pulang. Segala dokumen perjalanan sudah pun diurusi sebaik mungkin. Dia sempat membeli-belah pada hari semalam untuk dibawa pulang sebagai ole-ole untuk adik-beradiknya. Din pun tak lupa membeli beberapa selendang sutera sebagai hadiah untuk ibunya. Hatinya sudah tidak sabar untuk kembali ke Malaysia. Dia juga membawa pulang seorang temannya untuk diperkenalkan kepada ibu di rumah nanti. Din mahu restu dari maknya sebelum dia meneruskan hubungannya dengan 'kawan'nya itu.

Resah sungguh hatinya ketika berada di Newark International Airport. "Ya Allah, janganlah delay flight lagi macam dulu," ngomelnya sendirian. "Hey Din, are you okay?". Din terkasima sebentar. "Yeah, I'm cool here. It's just that I don't feel easy about this. It has been quite sometimes I've been away from my family. A bit anxious here though!", balasnya lembut. Din tetap tersenyum memandang temannya itu. "By the way Din, did you tell your brother to fetch us at the airport", soal temannya lagi. "Oh yeah, yup. I told Along to be there at 10 am. I'm pretty sure by then we should be over with the immigration...".

"Flight MH90 from Newark to Kuala Lumpur is ready for boarding. All passengers are required to provide the tickets and IDs. Passengers will be called upon through their seat numbers. Row 33 till...."

Din bingkas bangun dari tempat duduknya. Hatinya sudah berasa tidak sabar untuk tiba ke tanahair. "Lisa, shall we?". Lisa menganggukkan kepalanya. Mereka berjalan segera menyertai barisan para penumpang yang bersedia untuk menaiki kapal terbang MAS. Senyuman di wajah Din tidak lekang sejak dia mula sampai ke lapangan terbang. Di hatinya terbayang reaksi wajah ibunya tatkala dia tiba di rumah nanti. "Mesti mak suka aku balik ni," katanya sendirian.

"Welcome to Malaysian Airlines sir, ma'am".

Sudah hampir 21 jam mereka berdua berada di dalam kapal terbang. Sebentar lagi penerbangan MH90 akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang. Pemandangan bandar Kelang yang berbalam-balam dari langit tinggi membuatkan Din semakin tidak sabar untuk mencecahkan kakinya semula ke tanah. Dari jauh lagi dia sudah nampak menara KLCC yang tersergam indah. Begitu juga dengan Menara Kuala Lumpur. Tidak berhenti-henti dari tadi Din menceritakan tentang kehebatan bangunan KLCC kepada Lisa. Lisa cuma tersenyum kelat. Ah, barangkali dia penat dalam kapal terbang. Terperenyuk di kerusi berjam-jam, siapa yang tidak akan lesu. Berkaca-kaca mata Din apabila dia melihat pemandangan KLIA dari tepi tingkat. Hatinya terasa begitu rindu sekali untuk melihat suasana di ibukota nanti. Ingin sekali dia menghirup udara Kuala Lumpur setelah bertahun-tahun meninggalkannya.

Setelah selesai menguruskan urusan paspot dengan Pegawai Immigresen, Din dan Lisa segera meninggalkan kaunter Immigresen dan bersiap untuk menunggu bagasi mereka. Selepas itu keduanya berjalan menuju ke Balai Ketibaan. Dari jauh lagi Din sudah dapat mengenal kelibat Along yang diam berdiri. Dia nampak Along tersenyum, tapi senyumannya tidak seceria seperti yang sepatutnya.

"Assalamualaikum. Lama ke tunggu kita orang?", tanya Din."Wa'alaikumsalam. Tak lama sangat. Dah, tak usah berlengah lagi. Kita balik rumah terus ya?" ujar Along. "Eh nanti dulu. Ni, perkenalkan, Lisa," kata Din. Along menganggukkan kepalanya seraya menatap wajah Lisa. Lisa tersenyum. "Lisa, this is my brother, Along". "Assalamu'aleikum, nice to meet you," katanya. Along sedikit terkejut. "Oh Long, dia saudara baru kita. Okay, cepatlah, orang pun tak sabar nak jumpa mak ni," ujar Din lagi.

Riak wajah Along segera berubah.

"Hmm..marilah. Cepat sampai, cepat kita jumpa mak," jawab Along.

Setibanya mereka di rumah, Din merasa hairan apabila melihatkan ramai orang berkumpul di halaman rumahnya. Ramai pula yang berketayap dan bersongkok hitam berhimpun seolah-olah ada keramaian. Hatinya mulai berdebar dan rusuh sekali.Kedengaran suara orang ramai membaca surah Yasin. Dia segera memandang Lisa dan abang sulungnya. Lisa sendiri keliru. "Along, kenapa ni? Ada apa kat rumah kita ni Long?". Din nampak Angah bersongkok sedang sibuk mengedarkan naskhah Yasin kepada orang ramai. Along berpaling dan memandang wajah Din."Lang, mak kita dah tak ada. Mak sakit tenat sejak dari malam tadi. Katanya perutnya sakit. Aku bawak mak pergi ke hospital tengah malam tadi," jelas Along. Nyata di wajahnya kemurungan yang teramat sangat.

Sejuk kepala lutut Din mendengarkan berita itu. Bergetar seluruh tubuhnya seolah-olah tidak mahu menerima berita kematian ibunya. "Mak sakit apa Long?". "Aku tak tahu. Doktor beritahu pagi tadi, perut mak ada banyak asid sampai berlubang dinding perutnya. Kata doktor lagi, mak lambat sangat dapatkan rawatan di hospital. Ulser di perut dia jadi makin parah. Aku cuba telefon kau malam tadi tapi tak dapat," jawap Along.

Belum sempat Along menghabiskan kata-katanya, Din sudah pun segera berlari masuk ke dalam rumah. Ditinggalkannya bagasi di luar begitu saja. Dia nampak sekujur tubuh ibunya terbaring di ruang tamu dengan ditutupi oleh sehelai kain batik jawa. Angah bangun segera dari tempat duduknya. Din terduduk di hujung kaki jenazah ibunya. Tak mampu lagi rasanya untuk dia berdiri lebih lama lagi. Pak Long datang menghampirinya dan cuba menenangkan keadaannya. Din bungkam seketika. Dia seperti keliru. Pak Long angkat sedikit hujung kain batik sehingga mendedahkan wajah pucat ibunya. Air mata segera terhambur keluar dari celah-celah kelopak mata Din.

"Mak..Din dah balik rumah ni. Kenapa mak pergi dulu? Sampai hati mak pergi dulu. Kenapa mak tak tunggu Din sampai rumah," Din memeluk jenazah arwah ibunya. Beberapa orang jirannya menyeka air mata mereka melihatkan ratapan Din. "Mak, Din bawa bakal menantu Mak. Nama dia Lisa, mak. Dia berhajat sangat nak jumpa dengan mak," rintih Din sambil dia mencium-cium wajah lesu dan kaku ibunya. Lisa berdiri tegak di pintu rumah. Dia sendiri mengalirkan air mata melihatkan keadaan Din meratap hiba kehilangan satu-satunya orang tuanya itu. Along segera meminta isteri Angah mendapatkan Lisa dan bawa dia masuk ke dalam bilik.

"Din, mak kita dah balik dijemput tuhan. Usah kita ratap-ratapkan lagi. Terseksa roh mak nanti, Din. Kita doakan arwah mak bahagia di sana," kata Along lembut. Din masih lagi tersedu-sedu. Dadanya terasakan sesak hingga dia berasa sukar untuk bernafas. "Din, kau banyak-banyakkan mengucap. Bawak bertenang Din," sambung Pak Long pula.

"Mak...Din minta ampun mak sebab Din tak bagitau mak yang Din nak balik. Din mintak ampun mak sebab Din tak beraya dengan mak lama dah," keluhnya lagi.

Perlahan-lahan Din melepaskan pelukannya. Along dan Angah memapah Din ke tepi. Jiran tetangganya mulai menyambung bacaan surah Yasin yang terhenti tadi. Angah hulurkan senaskhah surah Yasin kepadanya. Din menolak pemberian abangnya itu. Dia sendiri membacakan surah Yasin dengan tanpa dibantu bahan bacaan ayat suci Al Quran itu. Air matanya masih mengalir. Semakin lama semakin deras. Sesekali dia menyeka air matai yang membasahi pipinya. Hatinya hancur sekali apabila dia menyedari hakikat yang ibunya tidak dapat lagi bersamanya lagi. Tamat sudah tempoh emak di bumi Tuhan.

Kini sudah dua tahun emaknya kembali ke alam baqa. Setiap kali Ramadhan tiba ke penghujungnya, Din berasa sayu sekali kerana terkenangkan arwah ibu yang kini bersemadi jauh di dasar bumi itu. Lisa, yang kini menjadi isterinya, sangat-sangat memahami keadaan hati suaminya. "Honey, let's go home. It's about time to break our fast," sapanya lembut. Din berpaling menghadap isterinya, di pipinya masih lagi basah dengan air mata. Dia menatap kedua mata biru milik isterinya dan sejurus kemudian, dia bingkas bangun dan mendapatkan anaknya yang didukung oleh Lisa. "Yeah sure. We better get home before maghrib comes in," katanya seraya menghadiahkan sebuah ciuman ke pipi Lisa. Mereka berdua berjalan bergandingan tangan lalu meninggalkan kawasan perkuburan yang terbiar sepi dan sunyi itu.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kasih Seorang Suami

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjad
i sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa

sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

“Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti.

Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemi selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh menaip dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal- hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tulisannya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”

“Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun.. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Semoga kisah ini dapat sedikit sebanyak memberi panduan dan menjawab soalan yang dikemukakan.

Wallahualam.....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Aku Dan Dia Dah Putus

“aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”

“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”

.

beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur ”

p/s : Semoga bermanfaat

MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Maaf, Saya Lebih Takutkan Allah

Seorang gadis kecil pulang dari sekolah. Setibanya di rumah, ibunya melihat anak kecilnya dirundung kesedihan. Maka ibu pun bertanya kepada puterinya itu tentang sebab kesedihannya.

Anak: “Aduhai ibuku, sesungguhnya Pengetua telah memberi amaran akan membuangku dari sekolah kerana pakaian labuh yang ku pakai.”

Ibu: “Tetapi itu adalah pakaian yang dikehendaki oleh Allah, wahai puteriku.”

Anak: “Benar, wahai ibu, akan tetapi Pengetua tidak menyukainya.”


Ibu: “Baiklah, wahai puteriku, Pengetua itu tidak menghendaki, tetapi Allah meng­hendakinya. Maka siapakah yang akan kamu taati? Adakah kamu akan mentaati Allah yang telah menciptakanmu dan membentukmu, serta yang telah mengurniakan kenikmatan kepadamu? Atau kamu akan mentaati seorang makhluk yang tidak mampu memberikan manfaat dan kebaikan kepada dirinya sendiri?”

Anak: “Sesungguhnya saya akan taat kepada Allah.”

Ibu: “Bagus, wahai puteriku, kamu tepat sekali.”

Pada hari berikutnya, gadis kecil itu pergi dengan mengenakan baju yang labuh dan menutup aurat. Tatkala Pengetua melihatnya, dia memarahi gadis kecil itu dengan keras. Gadis kecil itu tidak mampu memikul amarah tersebut, ditambah lagi oleh pandangan rakan – rakan sekelas yang tertumu kepadanya.

Tidak ada yang dapat dilakukan gadis itu selain menangis. Kemudian, gadis kecil itu mengeluarkan kata-kata yang besar maknanya meskipun sedikit jumlahnya, “Demi Allah, saya tidak tahu siapa yang akan saya taati, tuan ataukah Dia?”

Pengetua itu pun bertanya, “Siapakah Dia itu?”

Anak itu menjawab, “Allah. Apakah saya harus taat kepada tuan, sehingga saya mesti memakai pakaian seperti yang tuan kehendaki, tetapi saya telah berbuat maksiat kepada-Nya.

Maaf, saya lebih takutkan Allah. Biarlah saya akan mentaatiNya sahaja dari mentaati tuan, dan apa yang terjadi biarlah terjadi.”



Gadis kecil itu bertekad untuk berpegang kuat dan taat ke pada perintah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa akan tetapi adakah Pengetua itu hanya berdiam sahaja?

Pengetua itu meminta dipanggilkan ibu si anak kecil tersebut. Apa yang Pengetua itu inginkan dari ibunya?

Maka datanglah si ibu itu…

Ibu guru berkata kepada ibu anak kecil itu, “Sesungguhnya puteri puan telah menasihatiku dengan nasihat paling besar yang pernah aku dengar di sepanjang hidupku.”

Seorang guru yang ilmunya tidak dapat menghalangnya untuk mengambil nasihat dari seorang gadis kecil yang mungkin seusia dengan cucunya

"Wahai ibu-ibu muslimah, di depan anda adalah anak-anak anda. Mereka seperti adunan tepung. Anda boleh membentuknya sebagaimana yang anda kehendaki, maka bersegeralah untuk membentuk mereka dengan bentuk yang diredhai oleh Allah dan RasulNya."

-Ajarkanlah solat kepada mereka-
-Ajarkan mereka ketaatan kepada Allah-
-Ajarkan mereka untuk tetap teguh di atas kebenaran-
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kisah Anak Anjing Diselamatkan Oleh Kera



Sebuah kisah menarik semasa insiden letupan sebuah kilang di Nanjing, China pada 28 Julai 2010 lalu. Peristiwa nahas yang mengorbankan 13 orang dan mencederakan 300 orang ini menceritakan sebuah kenyataan yang menyedut banyak perhatian awam.

Semasa letupan di kilang tersebut berlaku, seekor monyet telah dirakamkan kamera semasa menyelamatkan seekor anak anjing dari lokasi letupan. Ia menggendong anak anjing sambil berlari keluar dari kilang tersebut.

Sekiranya peristiwa ini boleh mengetuk hati kecil kita, binatang juga boleh menunjukkan belas kasihan dan kebaikan kepada sesama mereka.

Kejadia letupan berkuasa tinggi tinggi itu terjadi ketika sebuah paip daripada kilang kimia di China terbakar pada tahun lepas. Letupan itu berlaku di Nanjing, ibu kota Wilayah Jiangsu, kira-kira pukul 10.00 pagi. Selain kematian dan kecederaan, letupan itu juga turut merosakkan kawasan sekitarnya. tingkap rumah, kedai dan pejabat rosak teruk dan memberi kesan sejauh 300 meter. Sementara penduduk yang lain menyangka telah berlaku gempa bumi.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

‎-NADIA dah tidak ada-

Name aku Amir.. Aku de sorg awek.. Sorg??? huhu.. Awek aku ni mmg lawa giler r!! Sbb die lawa tu r aku ngn membe2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dpt jugak die....memandangkan aku ni pun kategori org yg handsome.. hahaha..

OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorg x same kampung tp satu sekolah.. Satu hari ni aku dpt twrn smbung blajar kt satu IPTA ni.. Awek aku pn dpt.. Alhamdulillah result SPM kitorg cemerlang walaupun aku pun x percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tp mmg giler r.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kt Selatan..

Die ni kuat jeles tu jgn ckp laa.. hidup aku dia yg aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jgn hrp la aku nk kuwa ngn membe2 perempuan aku.. Jgnkn kuwa same, pndg pun x boleh.. Kdg2 aku rimas jugak ngn die.. T aku ckp byk ngn die, mau die marah2 then merajuk.. Benci tul aku.. Aku tau die sygggg sgt2 kt aku. Aku tau die mmg x lyn mane2 lelaki yg cube usyar line die.. Kdg2 aku bengang jugak if ade lelaki yg hntr2 msj kt die walaupun die x reply..

Tp sebenarnye aku ade sorokkan sumthing drp die.. Disebabkan kitorg pun da terpisah jauh, aku mule la nk test market kt utara ni.. Jahatkn? Aku rase bebas!!! Aku pn rase die mcm tu jgk kot.. Yelah, die kn lawa.. Msti r ramai jantan usyar die.. Disebabkan aku nk menutup perasaan prasangka yg buruk2 tu, aku mula r berkawan ngn ramai perempuan kat sini.. Setiap kali org tanye status aku, mesti aku jwb aku single.. Aku selalu kuwa ngn member2 perempuan aku kat sini.. Mmg lagak cm org single..

Aku selalu teringatkan die time aku tgh berfoya2.. Bile wktu mlm sebelum tidur, msti die yg call aku.. Aku? Kdg2 kot.. Tp aku syg sgt kt die.. Aku ckp kt die, membe2 aku kt sini semuanye jantan.. Die ckp die pun same.. Sebelum kitorg end call mst die cerita2 kenangan kami bersama.. Die selalu ckp, "kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain".. Kdg2 aku mrh die sbb die ckp yg bukan2 walaupun hakikatnya aku mmg da menggatal da pun.. Kdg2 aku selalu jgk create pergaduhan ngn die.. byk kali die nangis time gaduh2 ngn aku.. pernah tu aku tertengking dia.. kesian die.........

"SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!"
Tibe2 aku terkejut drp lamunan.. Rupa2nye member perempuan aku, Tiqah.. Aku pn dgn bangang aku terima..
Mase duit PTPTN kuwa, aku beli sebijik henpon lg. Satu henpon khas tok msj Nadia, satu g utk Tiqah.. Dlm tempoh aku belajar kt sini, mcm2 tipu aku wat.. Aku tipu dua2 perempuan tu.. Tp hati aku tetap sygkn Nadia.. Mungkin sbb jauh, perasaan tu kdg2 bercampur.. Tiqah pn mcm Nadia.. Sejak aku couple ngn minah ni, aku dah x kuwa ngn member2 perempuan lain.. semuanya kembali mcm mase aku ngan Nadia dulu.. Aku terasa bersalah sgt..

Tp dlm mase yg same aku just nk hilangkan perasaan bosan sorg2 kat sini.. "Kalau la Nadia tau.." Kdg2 aku terfikir nk berterus-terang.. Tp aku x berani.. Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pkul 3.30 kdg2 pkul 4.. Yelah sbb nk gayut dgn dua2.. Semua org x tahu siapa aku sebenarnya walaupun roomate aku sendiri.. Setiap kali aku balik kampung, Nadia x balik.. Yelah.. U dgn sekolah mane same.. Cuti lain2.. Cume ade sekali tu kitorg dpt cuti same2.. Cuti raye kn.. Time aku jumpa ngn Nadia, aku sorokkan henpon satu lg tu kat rumah.. Nadia makin lawa! Berseri2.. Mane2 lelaki tgok gerenti r cair ni.. Nadia ckp cinta die hanya utk aku..

Selama die berpisah dgn aku, die semakin rindu, semakin syg n cintakn aku.. Utk hilang rase camtu, die habiskan mase dgn belajar.. Kdg2 die ckp belajar smpai tau2 da mlm.. Die happy sbb hati aku masih x berubah utk dia sorang.. ERR! aku terasa bersalah sgt.. "Kalau sy da x de, baru awk leh gatal dgn perempuan len tau!" ckp die sambil tergelak2.. Perkataan tu da berjuta kali kot die sebut.. Aku tgok muke die yg lembut tu.. Die bersuara, kalau habis belajar, die nk aku ikat die sebagai tunang.. Pastu die nk kami kerja, kumpul duit byk2 n kahwin then sambung belajar lg.. Beria2 die menceritakan impian die kt aku...

Permainan aku berlarutan sehingga sem yg ke 4...
Pada satu hari ni aku g makan ngn Tiqah mcm biasa... Heboh kampus aku jd tuan rumah untuk satu pertandingan perbahasan antara IPTA. Kebetulan hari ni ulangtahun ke 3 aku ngan Nadia.. Mcm biase aku g mkn ngn Tiqah kt cafe.. Mase Tiqah tgh ambil lauk, aku terniat hati nk cek msj die.. Terhenti jantung aku, berlambak2 msj sorang jantan yg bersayang2 kt inbox dia.. Aku pn angin r.. Mase Tiqah duduk, aku soal2 dia smpai menangis minah tu.. Sebelum ni x terniat pulak aku nk cek.. Tiqah ckp die ttp sygkn aku..

Aku pun mula terfikirkn Nadia.. Tibe2 ade sekumpulan awek dtg kat meja aku time2 gini la pulak.. X lame pastu aku nmpk Nadia.. Aku menelan air liur.. Rupe2nye, Nadia ambil bahagian dalam pertandingan tu.. Bila Tiqah nmpk ramai2 awek tu dtg kt aku, pelik r die.. N dgn kuasa Allah, semua terbongkar pada saat tu.. N Tiqah sendiri mengaku yg dielah awek aku kt depan Nadia.. Aku tgok Nadia menangis.. Die x bercakap sepatah haram perkataan pun.. Cume die berikan aku sekotak hadiah ulangtahun kami sebelum dia tinggalkn aku.. Aku terus putuskan hubungan aku ngn Tiqah.. Mase aku balik hostel, puas aku call Nadia.. Aku hntr msj berlambak2 kt die.. die x reply pn... Aku sedar, die dah benci aku..

Rupanya Nadia masih menerima aku.. Aku happy sgt2.. Aku berjanji x nk kecewakn die lg.. 2 minggu kejadian itu berlalu.. Org2 sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku.. Nk2 yg member2 perempuan aku la.. Aku dah x kesah da.. Aku dah berubah.. Aku cuma nk dapatkn keputusan yg cemerlang sampai time akhir sem nanti. Aku nk dptkn kerja baik2.. Apa2 pun aku nk ikat Nadia dulu..

Kdg2 aku berasa malu sgt kt Nadia nk2 bila teringatkn mak ayah dia.. Nasib baik die x pergi report kat mak n ayah dia.. hehe.. Dlm tgh syok2 berangan sambil membelek2 kemeja baru hadiah ulangtahun daripadanya mase hari kejadian tu, tibe2 aku dpt msj drpd member Nadia.. "Nadia eksiden!" Ermm.. Hati aku tibe2 jd x sedap.. Msj kedua drp member die smpai lg.. Terasa panas muka aku bile bace msj tu.. "Nadia da X DE.. Die kne langgar ngan kereta mase lintas jln.." Mcm org gila pas aku bace msj tu.. Aku ambil keputusan balik kejap kampung walaupun terpaksa ponteng kelas..

Aku rase kosong.. Kosong sgt.. Teringat gelak tawa die, teringat suara die, muke die yg lawa tu.. Aku menangis dlm bas.. Aku x peduli ngn org2 yg pndg aku.. Kali ni aku betul2 menyalahkan diri aku.. Semua kenangan aku ngan Nadia bermain dlm kepala aku.. Aku xmampu menahan perasaan sedih ni.. Berulang kali aku bace msj terakhir Nadia mlm td.. "Awk, sy nk tido.. Mcm biase, sy sygkn awk utk selamanye walaupun awk da lukekn ati sy, sy maafkn...

Tp ingat! Kalau sy x de baru awk leh gatal ngn perempuan len tau! Hehe.. Nk mrh la tu.. Sy leb awk! Sweet dreamz.." Ya Allah! Kuatkn hatiku ni.. Semasa aku sampai, jenazahnya belum tiba lagi.. Ye.. Aku pun terus mencoretkan kisah ini.. Semoga menjadi pengajaran kt korang.. Air mata aku berguguran sepanjang mencoretkan kisah ni.. Tapi aku tau, Nadia x kn kembali da.. X de lg msj Nadia, panggilan Nadia.. X de dah ungkapan "kalau sy x de" tu dah..

Teman2.. Aku mintak sedekahkanlah fatihah utk nya.. Mungkin ada yg memperlekehkn kisah aku ni.. Tp bg aku, inilah kisah yg plg bermakna utk aku.. Utk selamanya aku menyayangi kau, Nurul Nadia bt Zainarruddin..
Mungkin kejap lagi jenazahnya tiba.. Aku nk bersiap2 utk beri penghormatan terakhir buat die yg aku sygi.. Sememangnya cinta die utk aku shgga akhir nafasnya... Aku mampu merelakan pemergiannya... Tabahkn hatiku Ya Allah.... -Al Fatihah.....

~kita akan lebih menghargai seseorang bila kita dah kehilangan dia.sy pernah terbaca komen seseorang di fb..."jgn tinggalkan org yg syg kita sbb org yg kita syg"...menarik kan??kita akan lebih bahagia bila kita bersama org yg syg pd kita berbanding jika kita bersama dgn org yg kita syg.sbb org yg kita syg belum tentu menyayangi kita seikhlas hatinya.sifat saling mempercayai,setia,jujur,salingmenghormati amat penting dlm relationship.bila ada yg syg,hargai dia setulusnya.jgn menyesal kemudian hari...~

Sumber: tiEra
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sebuah Perjuangan Yang Belum Selesai

Aku kembali tersandar di sebuah kerusi usang bertemankan senaskah diari pemberian terakhir sebelum pemergiannya untuk selama-lamanya dari dunia ini. Fikiranku melayang. Aku melihat pemandangan malam dari jendela bilikku. Pandanganku kini jauh ke arah karenah unggas-unggas malam yang sedang bercengkerama di bawah sinaran purnama…sambil sayup-sayup kedengaran suara sang unggas bertempikan bagaikan sebuah alunan muzik yang sempurna seolah-olah memanggil-manggil namaku. Semakin lama semakin jelas..

Panggilan tadi menyebabkan lamunanku tiba-tiba terhenti. Huh!! Rupa-rupanya ibu memanggilku untuk makan malam. Aku menyahut, mengatakan TIDAK dengan pelbagai alasan. Akhirnya, ibuku terpaksa mengalah..
Perutku sebenarnya masih kosong sejak dari tengah hari lagi, tetapi
seleraku menafikanku untuk menjamah walaupun sedikit makanan.

Lamunanku kembali. Aku merasakan unggas-ungas tadi cukup bertuah kerana berpeluang hidup bebas walaupun kitaran hidupnya amat singkat. Pemergian buat selama-lamanya Wan, satu-satunya sahabat karibku telah memberi satu tamparan hebat kepadaku. Dialah segala-galanya bagiku..dialah sahabat sejatiku satu dalam seribu..
Memori indah ketika membesar bersama-sama, melalui zaman persekolahan juga bersama-sama menguatkan lagi tali persahabatan kami. Pendek kata, segala pahit manis, suka dan duka dilalui bersama. Itulah kenangan yang amat sukar dilupakan malah acap kali bermain-main di benak fikiranku. Aku masih ingat lagi kata-kata terakhirnya yang masih terngiang-ngiang memalu gegendang telingaku.
“Az, ambil...ambil diariku ini. Bacalah apabila aku sudah tiada
lagi di dunia ini. Teruskan perjuangan yang telah kita lafazkan dahulu…
aku tahu kau boleh lakukannya tanpa aku, Az! Maafkan aku Az..
maafkan aku…”
Itulah kata-kata terakhirnya yang sentiasa bermain di kotak fikiranku sehingga kini. Namun, aku mengerti, menerima segala hukum alam bahawa setiap yang bernyawa pasti akan kembali menemui Sang Pencipta-nya.
Tapi…mengapa?.. MENGAPA? Mengapa Tuhan mengambilnya ketika usianya masih muda? Mengapa Tuhan mengambilnya ketika dia masih dahagakan kejayaan? Persoalan-persoalan itu seolah-olah mengusik naluriku yang ingin tahu.

Suasana malam yang tadinya disinari cahaya purnama, kini renyai-renyai hujan mula rebah seolah-olah mengerti perasaanku yang pilu dan syahdu ini. SEBAK. Semakin lama semakin lebat bagaikan alam turut menangisi pemergian sahabat karibku itu. Tanpa ku sedari, setitik demi setitik embun mataku mula mencurah-curah membasahi pipiku. Aku tidak dapat menahan sebak, lalu ku biarkan deraian embun mataku berlabuh. Dalam linangan air mata, aku terlena…

****************************************************************************************************

Mulai saat dan ketika ini, aku bertekad untuk meneruskan perjuanganku sendirian. Namun..aku serba salah. Patutkah aku membaca diari Wan, sahabat karibku sendiri? Aku mengerti bahawa perbuatan menceroboh diari orang lain adalah satu perbuatan yang amat keji dan hina. Akan tetapi, apabila aku teringat akan kata-kata arwah Wan ketika itu, aku memberanikan diri untuk membuang rasa bersalahku dan terpaksa menjengukkan mukaku ke helai-helai diarinya itu walaupun hatiku terasa amat berat untuk melakukannya.

Apabila difikirkan dan direnungkan kembali, aku begitu takut untuk meneruskan perjuangan hidup ini seorang diri. Tidak seperti dahulu, susah senang sentiasa bersama. Kami berdua ketika itu masih menuntut dalam tahun ke-3 dalam jurusan penyelidikan virus di sebuah institusi perubatan di Kanada. Dialah satu-satunya rakan sebangsa dan sebahasa denganku ketika menuntut di sana. Bangsa Melayu tulen..’takkan Melayu hilang di dunia’.
Masih kuingat lagi bagaimana dia begitu beria-ia mahu kembali ke kampung halamannya setelah tiga tahun di perantauan. Mengikut apa yang telah kami rancangkan, kami akan pulang ke Malaysia setelah tamatnya pengajian tahun yang ke-3 ini nanti. Tapi sayang..seribu kali sayang. Manusia cuma mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Hasrat Wan untuk kembali ke kampung halamannya tidak kesampaian. Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Apa yang kembali ke kampung halamannya hanyalah sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa lagi. Wan pergi buat selama-lamanya hanya seminggu sebelum menjelangnya cuti penghujung pengajian tahun yang ke-3.

Sebelum ini, aku tidak pernah menyangka bahawa penuntut yang seceria dan sebijak ini terpaksa bergelut dengan maut dan berhadapan dengan realiti antara hidup dan mati dalam usia yang begitu muda. Aku sebak tanda simpati..
Selama ini, aku memang tidak tahu-menahu tentang penyakit yang dihidapinya kerana dia sentiasa merahsiakan keadaannya yang sebenar dari pengetahuanku sehinggalah dia tiba-tiba rebah ketika mengikuti sesi kuliah di kampus. Patutlah..sejak akhir-akhir ini, mukanya sentiasa kelihatan pucat dan dia sering mengadu sakit kepala. Mula-mula, aku risau juga tentang keadaannya itu. Apabila ditanya, alasannya cuma sakit biasa dan kurang tidur sahaja,..dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Aku tidak memaksa. Dalam keadaannya yang sebegitu, dia tetap tabah dan meneruskan juga pengajiannya. Ketika menghadiri satu sesi kuliah,ketika itulah dia tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Dia terus dikejarkan ke hospital terdekat dan ditempatkan di unit rawatan rapi memandangkan keadaannya yang agak kritikal.

Namun, segala tindakan sudah terlambat..nasi sudah menjadi bubur. Doktor yang merawatnya memaklumkan kepadaku bahawa barah otak yang dihadapi Wan kini sudah berada pada tahap kritikal disebabkan sel barah tersebut lambat dikesan. Ketika itu jugalah doktor membenarkan aku untuk menemani sahabat karibku itu buat kali yang terakhirnya. Dan ketika itu jugalah Wan menyatakan hasratnya yang terakhir kepadaku.

****************************************************************************************************

Aku kembali ke kampung halamanku seminggu selepas peristiwa hitam itu berlalu. Aku pulang dengan perasaan yang penuh hiba dan jiwa yang kosong, tidak seperti sebelumnya. Peristiwa itu benar-benar meghiris hati dan perasaanku.
Aku memulakan langkah pertama jari-jemariku untuk membelek satu per-satu helaian diari itu. Aku membaca, dan terus membaca satu per-satu halaman dengan penuh teliti. Bola mataku umpama sedang mencari satu kepastian yang belum pasti terjawab. Setelah puas membelek-belek halaman demi halaman, aku menemui sekeping foto seorang gadis Inggeris terselit di dalam diari tersebut. Di bahagian belakang foto tersebut, tertulis sebuah catatan ringkas yang berbunyi;
“Nice to meet you, handsome guy! From Tianna Lynn Adams,
University of Regina, Canada.”
Sekali lagi aku tertarik dengan satu catatan ringkas yang ditulis di halaman 22, halaman yang diselitkan dengan foto itu tadi.
- Tianna Lynn Adams, gadis pertama yang berjaya mencuri hatiku. Berumur 21 tahun dan dilahirkan pada 25 April 1984. Berasal dari Montreal, Kanada. Masih menuntut di University of Regina, Kanada dalam jurusan sains. Kali pertama berjumpa ketika menyertai program pertukaran pelajar di antara universiti-universiti di Kanada. –
Rupa-rupanya dalam diam, sahabat karibku ini berkenan dengan seorang gadis Inggeris. Aku sinis sendirian.

Aku meneruskan langkah kananku dengan membelek lagi halaman demi halaman. Jari-jemariku tekun membelek sambil bola mataku ligat meneliti setiap halaman. Takut pula nanti aku terlepas secebis daripada coretan kisah hidup nukilan dari hati dan sanubari sahabat karibku itu. Daripada apa yang aku perhatikan, dari lampiran pertama sehinggalah satu per-dua daripada 100 halaman diari tersebut, goresan penanya adalah berkisar tentang kisah suka dukanya ketika hidup di perantauan.

Namun, apabila belekan jariku beralih dari halaman ke-50 ke halaman ke-51, mataku tiba-tiba tertumpu kepada sebuah catatan yang panjang lebar. Susunan frasa-frasa dan ayat-ayatnya seolah-olah menarik perhatianku untuk mendalami coretan tersebut. Alunan huruf-huruf yang begitu asyik bagaikan melambai-lambai kearah bola mataku agar membacanya seolah-olah ianya cuba menerangkan keadaannya yang sebenar. Pembacaanku terus tertumpu kepada catatan itu..
- 13 Mei 2007-
- Aku mendapat tahu bahawa aku menghidap penyakit barah otak ketika aku pergi mendapatkan rawatan di hospital setelah mengalami sakit kepala yang berlarutan.. Penyakit yang tiada penawarnya..penyakit yang hampir pasti membawa maut. Petunjuk awal menunjukkan aku sentiasa berasa sakit kepala yang tiada penghujungnya. Mula-mulanya aku ingatkan ianya sekadar sakit kepala biasa sahaja. Namun, dari sehari ke sehari, sakitnya semakin menyucuk-nyucuk. Kesakitan yang sukar digambarkan. Doktor memberitahuku bahawa barah yang ku alami sekarang berada pada tahap bahaya kerana sel barah tersebut telah merebak dan menjangkiti keseluruhan bahagian otak dan juga bahagian saraf di dalam otak. Harapan tinggal harapan. Aku hampir berputus asa, namun aku tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk meneruskan sisa-sisa hidupku. Malah, aku juga dimaklumkan bahawa aku cuma mempunyai tempoh enam bulan sahaja lagi untuk meneruskan sisa-sisa hidupku. Mahu tidak mahu, aku terpaksa menerima hakikat tersebut walaupun amat pahit untuk ditelan. PEDIH! Hatiku hancur berkecai.
- Kini aku berada dalam dilema. Aku serba salah. Patutkah aku berterus terang dengan Az, sahabat baikku tentang keadaanku yang sebenarnya? Sekali lagi aku dihantui dengan perasaan serba salah.. setelah difikirkan, demi untuk kebaikan semua, aku nekad dengan keputusanku untuk merahsiakan keadaanku yang sebenarnya daripada pengetahuan Az. Aku berharap keputusanku ini tepat dan bijak.
- Harapanku untuk menamatkan pengajianku lebur. Namun, setelah puas aku mencongak tempoh untuk menamatkan pengajian dalam tahun ke-3, aku mendapati baki tempoh hidupku kini sama dengan tempoh untuk aku menamatkan pengajianku dalam tahun ke-3..iaitu kurang dari tempoh enam bulan walaupun baki pengajian tahun yang terakhir mungkin tidak sempat aku jalani sekiranya jangkaan doktor itu tepat.
- Aku melalui hari-hari terakhirku seperti biasa, seperti orang yang sihat, terutamanya di hadapan sahabat baikku sendiri, Az. Sememangnya aku amat membenci diriku ini kerana terpaksa berpura-pura di hadapan sahabatku sendiri. Hipokrit! Bukannya aku pengecut, cuma aku terpaksa. Keadaan memaksaku bertindak sedemikian. Maafkan aku, Az…

Aku terharu. Terharu setelah membaca coretan itu. Rupa-rupanya dia telah mengetahui penyakitnya dari awal lagi..namum merahsiakannya daripada pengetahuanku. Aku hanya mampu membayangkan betapa bodohnya tindakannya itu. Tetapi, aku tidak pernah menyalahkannya semata-mata kerana
tindakannya itu. Dia juga manusia biasa..tidak lepas dari melakukan kesilapan. Aku mengerti perasaannya ketika itu..serba salah! Jikalau aku tahu lebih awal tentang keadaannya ketika itu, tidaklah aku sekali-kali mengabaikannya semata-mata kerana aku tidak mahu terlepas satu pun aktiviti di kampus. Tidak sekali-kali akan kutinggalkannya keseorangan dalam kesunyian.
Aku bagaikan menyalahkan diriku di atas segala yang telah berlaku. Terkilan..

Sekali-sekala, tanganku membelek-belek helaian diari itu bagaikan sebuah mesin yang bergerak secara automatik tanpa mengenal erti jemu dan penat lelah. Pada halaman yang terakhir, aku terkejut kerana aku mendapati sekeping sampul surat putih bersih yang tidak bersetem terselit di halaman tersebut. Muka hadapannya tertulis namaku yang agak jelas. Mula-mula aku sangkakan ianya hanya sampul kosong..tetapi jangkaanku ternyata jauh meleset. Tanganku pantas menyambar sampul tersebut..lalu sepantas kilat aku membukanya. Ternyata sepucuk surat terkandung di dalamnya. Aku membaca satu demi satu ayatnya dengan penuh teliti..
Tarikh surat itu ditulis memeranjatkan aku. Rupa-rupanya surat itu ditulis sehari sebelum pemergiannya. Bola mataku terlalu asyik tertumpu pada isi kandungan surat tersebut. Aku khusyuk..
“Kehadapan sahabatku, Azuddin. Semoga sentiasa sihat hendaknya.
Az, maafkan aku kerana tidak memaklumkan terlebih dahulu kepadamu tentang keadaanku yang sebenarnya. Segala persoalan mungkin akan terjawab setelah Az membaca diari dan juga suratku ini. Tidak ada apa yang Az perlu risaukan.. Yang sudah berlaku, biarkan ia berlalu. Aku cuma mampu berdoa untuk kejayaan Az. Tabahkan hati dan kuatkanlah semangat.
Kini, tatkala Az meratap warkahku ini, aku telah pun pergi ke tempat yang amat jauh dan pasti takkan kembali lagi untuk selama-lamanya. Keadaan kesihatanku yang semakin hari semakin terjejas memaksaku untuk menulis warkah ini di samping tempoh hayatku yang hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Itupun jika jangkaan doktor itu tepat. Jikalau jangkaannya meleset, mungkin esok ataupun malam ini aku akan dipanggil menemui ajalku. Siapa tahu?? Ajal dan maut di tangan Tuhan. Janganlah berduka wahai sahabatku.. mungkin Tuhan lebih menyayangi aku..mungkin juga ada hikmah disebalik apa yang bakal berlaku ini. Tiada siapa yang tahu. Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.
Aku ingin memohon ampun dan maaf di atas kehadiran warkahku ini. Mungkin kehadiran warkahku ini akan menyentuh hatimu, Az. Sebenarnya, sewaktu aku menggagahkan penaku untuk menulis warkah ini, Az sedang mengikuti satu aktiviti ceramah di kampus. Aku mengambil kesempatan untuk mencoretkan sedikit kata pada malam ini adalah kerana esok aku akan menghadiri sesi kuliahku yang terakhir sebelum aku bertekad untuk berhenti dari meneruskan pengajianku. Aku tekad..
Sebelum mengundurkan diri, aku amat berharap harapanku yang terakhir ini akan menjadi satu kenyataan satu hari nanti. Impianku hanyalah ingin melihat Az berjaya menamatkan pengajian seterusnya dapat meneruskan perjuangan kita dalam bidang kajian virus. Aku amat berharap agar Az berjaya menemui penawar untuk mengawal virus dalam sel barah sekaligus dapat menyelamatkan lebih ramai nyawa manusia di bumi ini yang senasib denganku. Biarlah aku menjadi korbannya yang pertama dan terakhir. Teruskanlah perjuanganmu walaupun tanpa kelibatku di dunia ini lagi.
Sesungguhnya aku tidak mampu untuk melawan takdir..namun aku berusaha agar tidak mudah berputus asa. Aku hanya mampu berdoa untuk setiap kejayaanmu.
Terimalah sebuah puisi dariku khas untukmu yang bergelar seorang sahabat sejati. Sebagai kenangan PERSAHABATAN kita..



TEMAN
Teman…
Jika semalam aku terlalu bergembira..
Sedarkanlah aku
Hari-hari esok mungkin dipenuhi KESEDIHAN

Teman…
Jika tika itu aku bergelak ketawa
Ingatkanlah aku
Bahawa waktu mendatang mungkin dipenuhi TANGISAN

Teman…
Andai tika ini aku terlalu jahat
Pimpinlah aku...ajarilah aku
Nilai-nilai KEMANUSIAAN

Teman...
Jika dahulu aku terasa hina
Kau pujuklah aku
Dengan kehebatan SYURGA

Teman...
Jika hari ini aku tidak berdaya
Kau bisiklah kepadaku
Tentang kekuasaan MAHA PENCIPTA

Teman...
Andai selama ini aku menyakitimu
Luahkankah
Agar aku BERUBAH

Wahai teman-temanku...
Andai esok aku beradu tanpa jaga
Kau iringlah lenaku dengan
Kalungan DOA…

Baiklah Az, cukap setakat ini sahajalah coretanku untuk tatapanmu. Selamat tinggal Az..”
Ikhlas dripada sahabatmu,
Rizwan
5 November 2006

Tanpa ku sedari, air mata ku berlinang. Titis-titis embun mataku bagaikan merayu-rayu kepadaku minta dilepaskan. Aku tidak mampu menahan tangisan..lalu aku merelakannya. Aku terkedu..

****************************************************************************************************

Sinar mentari bersinar kembali. Aku berjaya menamatkan pengajianku dengan cemerlang. Aku kini berada di sebuah intitusi penyelidikan perubatan di England dan berkhidmat sebagai seorang penyelidik tetap yang mengkaji vaksin untuk tujuan mencari penawar bagi penyakit barah.
Telah dua tahun peristiwa hitam itu berlalu…tetapi ianya seakan-akan baru sahaja berlaku semalam. Peristiwa itu tetap segar di ingatanku sehingga ke hari ini. Terasa masa bagaikan semakin mencemburui aku…terasa masa cepat berlalu meninggalkanku. Aku meneruskan perjuangan semalam dengan bersungguh-sungguh dan dengan sedaya upayaku. Aku berjanji akan memerah segala keringatku demi untuk menunaikan hasrat terakhir Wan iaitu mencari penawar untuk penyakit barah.

Namun, hasratnya kini masih belum lagi tercapai. Beberapa kajian yang dijalankanku menemui jalan buntu. Hampa. Aku berjanji kepada diriku agar tidak mudah mengalah, sebaliknya akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi selagi aku belum menemui penawar bagi penyakit itu. Aku tahu aku pasti akan menemui juga penawar itu satu hari nanti. Tidak mustahil! Aku tahu hasil daripada berkat kesabaran dan kesungguhan, aku yakin tiada perkara yang mustahil untuk dicapai di dunai ini. Cuma masa sahaja yang akan menentukannya.

Tetapi setakat ini, penawar tersebut masih belum ditemui. Pelbagai kajian masih dijalankan untuk mencari penawar tersebut.
Wan, maafkan aku. Aku masih belum mampu untuk menunaikan hasratmu lagi. Aku hanya mampu berdoa kepada Yang Maha Kuasa agar rohmu sentiasa diberkati dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Dan aku,..aku masih di sini, menanti penghujung perjuanganku! Aku menjadi lebih berani dan bersemangat untuk meneruskan perjuanganku yang masih belum selesai ini.. Bilakah dilema ini akan berakhir? Aku termenung sendirian..

Kini, aku hanya mampu menanti pasti sebuah PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI…

******************************************* TAMAT **********************************************
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

♥ Tinggalkan Jejak anda disini ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...