Elegant Rose - Working In Background Suka Dan Duka Dikongsi Bersama: 2011

Pembaca Setia Blogku

Friday, December 2, 2011

~Bila Rafi Bisness Burger~






Assalamualaikum & salam 1 malaysia smua...

kat entry kali nie Rafi nak kongsikan pengalaman rafi berniaga burger...
perghhh... agak letih gak la kan... nak packing2 n bukak stall burger jer nak dekat 2 jam... (owg laen 30 minit jer)... Yang best nyer, arini ary pertama rafi berniaga abis semua burger rafi jual tepat 12.30 malam tadi... ehehe... walaupun ujan2 tadi tetap bersemagat waja tau :P



haaa... amacam... ader gaya tak rafi jual burger... meh2 lau nak tau sedap ker idak rafi masak burger.... ekeke :P


ary pertama bisness burger nie macam2 lak jadi... ngan gas abis time masak r... (nasib baik satu custemer jer tadi, lau ramai tadi conporm2 kena marah)... dgn kerusi xder... n perkara2 laen(malas nak tulis sebenarnyer coz dah kul 3 pagi nie :P)

Tapi alhamdullilah, semua berjalan lancar dan barang pun semua dah abis... gamaknyer, Rafi kena gerak g beli barang la esok... esok ingat nak try 2 bag Burger lak...

saper2 yang nak rasa burger rafi leh datang ke stallku idamanku(ekeke.... ader gaya2 prof x) kat seksyen 24 shah alam... (cewahhh... siap bagi nama tempat 2... haha)...
Hope benda nie berterusan la, coz best plak berniaga burger nie... yang penting kena rajin la...
saper2 antara korang nak try bisness.. meh try bukak burger... try lu der... conporm korang seronok... lagipun masak burger bukan susah pun kan...

k la... terasa ngantuk plak... jumper di entry akan datang k... agak lama gak x update cerpen.... mybe lam ary ahad nie bawu update...

k geng.. 2 jer citer rafi tuk entry kali nie... support me k.. >>>>>> assalamualaikum n wish had a nice life 4 u'll




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, November 25, 2011

Terima Kasih Churp Churp




Now you can earn rewards by sharing through facebook and twitter with #ChurpChurp! How cool is that?

salam blogger kat korang semua..
menaip entry sambil tersenyum riang..sampai ke telinga..
kenapa? sebab churp2 bagi rezeki lebih la..alhamdulillah..
sebelum nie kan RAFI dah pernah merasa duit churp-churp..
memang churp2 boleh dipercayai..
so kali nie nak galakkan korang daftar churp2 nie..
sebab memang tak rugi pown..serius cakap..korang tak nyesal..

meh nak story sikit camna dulu 1st buat churp2 nie..
masa daftar dulu..memang nak dapat 20 sen pown thegeh2..
pastue makin hari makin bertambah..hepyy..
RAFI sharekan iklan churp2 nie kat facebook or twitter..
pastue RAFI kumpul lah sampai boleh cashout..nak tengok betul or tak..
bila dah cukup jer RM100, RAFI try cashout, sebulan pastue..
terbukti churp2 nie tak tipu kita..memang diorang bayar..
so camna korang nak naikkan earning korang tue, korang kena la usaha..
so setakat nie RAFI dah buat duit dengan churp2 dah RM400++..



sapa cakap kat tenet takleh buat duit..tapi nie duit poket jer lah..
korang pown boleh jugak..korang daftar churp-churp nie.. tak try mana nak
tau kan... lagi pun daftar nie free jer..

mesti korang nak tahu tips2 camna nak nekkan earning korang
dengan cepat kat churp2 nie kan? senang jer..
1. Korang kena rajin bukak dashboard churp2 korang..
2. Korang rajin2 lah promote iklan churp2 korang tue..
3. Share link churp2 kat facebook, twitter or laman sosial len..
4. Kalau boleh, buat post pasal churp2 kat blog nie..
5. letak iklan churp2 tue kat blog korang..
6. yang penting, jangan klik iklan korang sendiri..nanti kna banned!


okaylah korang..itu saja yang nak dikongsikan dengan korang..

usaha tangga kejayaan.. dan mencuba la.. korang x rugi apa2 pun..
Juz nak tolong korang cari duit lebih dgn churp churp nie..
terpulang pada korang nak try or tak.. Bagi RAFI, benda
baik elok digunakan dan dikongsikan..

Ok, jumper lagi di entry yang akan datang k..
wish had a nice job 4 u'll


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, November 20, 2011

Sketsa Pendek 12


Amin & Pasangan Bercinta

Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercekerama'. Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar.

Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia
bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas, " jawab si lelaki..

Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!"


Cucu & Atuk

ali dan datuknya p kedai motor untuk mmbli mtor bru.... selepas membeli motor atuknya membawa cucunya berjalan-jalan dgn menaiki motor baru e2.... ketika atuk nya mnunggang motor e2 cucunya bertanya kepada atuk nya......

cucu: atuk...atuk... knp atuk guna gear satu saja....?

atuk: sebab kalo gear satu rosak barulah atuk tukar gear dua......

cucu*#^&$%%@&*@(@!


Pembunuhan J.W.W.Birch

CIKGU : Baiklah, kita mulakan soal jawab. Fezzul bangun!!!

(Fezzul yang baru bangun dari tidur tiba-tiba berdiri)

CIKGU : Jawab dengan pantas, siapakah yang telah membunuh J.W.W Birch?

FEZZUL: Sumpah, saya tak bunuh. Betul cikgu, saya tak kenal pun orang putih
tue...(sambil menangis melolong)

CIKGU : Mampos kalau aku ada 20 orang pelajar macam ni... (dalam hati)...


Fotosintesis!!

CIKGU: Sumardi, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

SUMARDI: Untuk mencari makanan, cikgu.

CIKGU: Bagus, sekarang giliran Neena pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?

NEENA: Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.

CIKGU: Pun bagus jugak. Sekarang giliran Ajoi pulak. Apakah tugas daun pisang?

AJOI : Untuk membuat "tapai" cikgu..

CIKGU: Uiii, lagi bagus. Sila diri atas meja sampai tamat waktu kelass!

hahahaha...bijaknyer ajoi...!!!


Mak & Anak

anak : mak tadi saya ke sekolah , ada oarang jatuh . sume orang gelakkan dia .. tapi amin je tidak

ibu sambil mencium dahi anak nya berkata

ibu : baik anak mak

anak : mak nak tau sape jatuh ??

ibu : sape

anak : saya lah jatuh sebab tu saya tak gelak ..


Atuk & Cucu

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.

Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. "Atok buat apa tu?"

"Atok bagi surat kat kawan atok, cu!" jawap atoknya.

Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Polis & Penjaga

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.

Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.

Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Hanya Seketika


Sebuah kereta Honda City hitam membelok masuk ke sebuah tapak perkuburan yang tertera nama Taman Barzakh. Lelaki yang berbaju Melayu berwarna krim itu keluar dari keretanya berjalan lemah menuju ke tempat orang yang pernah dibencinya dulu berada. Dia mencangkung mencabut rumput yang tumbuh di atas pusara di hadapannya. Dia duduk dan membaca Surah Yaasin dengan suara tersekat-sekat sambil membiarkan air matanya mengalir di pipi.

Dalam dunia ini, Fariz hanya pertaruhkan dua perkara. Duit dan nyawa. Duit untuk memikat perempuan dan nyawa untuk melindungi dirinya. Cinta? Apa dia peduli, membosankan baginya! Itulah sebab mengapa dia sering bertukar pasangan di ranjang hotel atau rumah sewanya. Baginya had cinta untuk seorang perempuan hanya seminggu tidak lebih dari itu.

Malah dalam komuniti kelab malam, dialah raja dan playboy yang paling popular dan mendapat perhatian ramai wanita yang datang sama ada hanya sekadar untuk berhibur atau merasai nikmat bersama dengannya. Hukum agama? Halal haram sedikit pun dia tak peduli. Baginya hidup ini hanya sekali, jadi bergembiralah sepuas-puasnya. Taubat? Jawapan Fariz cukup mudah, tunggu bila dah tua atau senja nanti tapi Fariz tidak sedar yang rumahnya telah kata pergi dan kuburnya telah kata mari.

“Fariz, ayah rasa kau dah patut mendirikan rumahtangga sekarang” Soalan yang paling bosan dan malas untuk dijawabnya, kembali disuarakan oleh ayahnya pada malam dia ingin keluar enjoy seperti biasa.

“Siapa orangnya?” tanya Fariz acuh tak acuh. Kali ini sudah kali keenam belas ayahnya bertanya tentang hal mendirikan rumahtangga. Dia menghenyakkan punggungnya di sofa sebelah orang tuanya.

“Anak mak cik Zainab kamu, Zainah.” Jawab ayahnya menunggu reaksi Fariz yang diagak akan menunjukkan reaksi protes dan bengang dijodohkan dengan gadis yang sentiasa dibulinya semasa zaman kanak-kanak.

Terjegil mata Fariz mendengar nama itu. “Ustazah Sekolah Agama tu ayah nak saya jadikan bini?? Tak layak langsung dengan saya tetapi kalau ayah berkehendakkan juga saya terima.”Jawab Fariz bersetuju walaupun sebenarnya dia tidak rela beristeri sekarang.

Dia bangun meninggalkan ayahnya selepas mengambil kunci kereta di atas meja depan ayahnya. Destinasinya hanya satu, kelab malam mencari perempuan untuk menghilangkan keresahan di hatinya yang semakin mencengkam.

Ayahnya menarik nafas lega dengan persetujuan Fariz walaupun dia kelihatan tidak serius menyatakan persetujuannya untuk berkahwin dengan sepupu sendiri. Ayahnya berharap Fariz akan berubah menjadi seorang lelaki dan suami yang baik selepas berkahwin dengan Zainah selepas ini.

Selepas beberapa bulan berlalu….

“Woi!!! Zainah! Buka pintu!” Hik..hik..hik…sedu Fariz, “Woi!!! Zainah! Buka pintu!”

Fariz mengetuk-ngetuk daun pintu rumahnya tanpa henti. Zainah bergegas berlari menuruni tangga dan keluar untuk membuka pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, botol warna hujau di tangan kanan Fariz dihayunkan ke kepala Zainah.

“Lembab! Bodoh! Pekak! Bahlol! Senggal!!” Maki Fariz dalam keadaan mabuk. Dia terus berjalan terhayun hayang menuruni tangga dan terus terjatuh tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah agam mereka.

Zainah mengesat darah yang mengalir melalui luka di dahinya sebelum mengangkat Fariz masuk ke dalam bilik. Air jernih dari matanya dibiarkan mengalir bebas menuruni pipi gebunya. Dia menabahkan hati demi insan yang disayanginya sekarang.

Walau seburuk mana pun perangai Fariz, lelaki itu adalah suaminya. Suami yang akan dicintai sepenuh hati dari dunia hingga akhirat. Dia tanamkan dalam dirinya bahawa berkasih sayang itu adalah suatu akhlak yang mulia, lalu semai dan bajaikan rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allea S.W.T kerana hanya DIA yang terlalu kasihkan hamba-Nya lebih dari seorang ibu yang mengasihi anaknya. Dia hanya akan taat pada suaminya itu seorang selagi hayatnya masih ada untuk hidup di dunia ini di sisi Fariz. Dia akan berbakti dengan sepenuh hati dan rela walaupun tidak dihargai dan dianggap kain buruk dalam rumah itu bagi suaminya.

Walaupun Fariz sering membawa perempuan yang di jumpanya di kelab malam pulang ke rumah untuk berseronok, dia terima dengan hati yang terbuka walaupun pedih kenyataannya. Malah dia berdoa semoga Fariz akan berubah menjadi seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab selepas mendapat hidayah dari-Nya.

Malam itu, Fariz pulang ke rumah dalam keadaan mabuk seperti kebisaanya bila pulang dari kelab malam. Zainah yang mengandung 8 bulan terpaksa berjalan perlahan-lahan untuk membuka pintu yang diketuk bagai nak roboh oleh suaminya.

Geram pintu masih belum dibuka, Fariz menendang pintu rumahnya. Zainah yang telah membuka sedikit daun pintu itu mengagak Fariz akan bertindak kasar kerana lambat membuka pintu cuba dan dia cuba mengelak tapi tergelincir jatuh. Kepalanya terhentak ke lantai marmar. Darah merah pekat mengalir keluar dari kepala dan kain batik Zainah yang telah terbaring kesakitan di atas lantai rumah.

Fariz yang agak mamai, tersedar yang dia telah menendang isterinya sendiri secara tidak sengaja. Dia mengelabah dan terus ke bilik air untuk mencuci muka dan minum banyak air kosong agar mabuknya sedikit berkurang. Fariz terus keluar dan mengangkat Zainah masuk ke dalam kereta menuju ke hospital.

Dalam perjalanan munuju ke hospital, Zainah mengerang kesakitan. Bertambah takut, risau dan gelisah hatinya kerana dialah Zainah jadi begitu. Setibanya di hospital Zainah terpaksa di masukkan ke Unit Rawatan Rapi kerana kecederaan parah di kepala dan kandungannya dalam keadaan bahaya yang kemungkinan gugur. Fariz menghubungi ayahnya dan ibu mertuanya. Ayahnya inginkan penjelasan saat itu juga tapi pantas Fariz matikan talian.

Sampai di hospital ayahnya ingin memarahinya selepas mendapat penjelasan tetapi melihat wajah anaknya yang keletihan, sungul dan resah dia tidak jadi marah. Fariz tersandar di bangku hospital dan hanya memandang bilik pembedahan menunggu doktor keluar dengan hati yang resah. Fariz menangis tersedu-sedu dan satu persatu perbuatan kejamnya terhadap Zainah menerjah ke dalam kotak fikirannya. Zainah dipukul, diterajang, dimaki, tidak dihormati dan yang paling kejam Fariz sanggup menerajang Zainah yang sedang sarat mengandungkan zuriatnya tanpa disedari.

Fariz melangkah masuk ke rumah agam yang dihadiahkan ayahnya sempena perkahwinannya dengan Zainah setahun lalu dengan perlahan-lahan. Setiap sudut rumah itu terdapat kenangannya bersama Zainah. Dia menuju ke dalam kamar tidurnya. Sebelum duduk di birai katil, Fariz memandang sayu potret persandingannya dengan Zainah di meja sisi katil. Dia duduk dan mengambil prime gambar tersebut dan memeluknya erat ingin merasai kehadiran Zainah disisinya kembali.

Gambar persandingannya dengan Zainah yang disangkut di dinding di depan matanya direnung dalam-dalam mencari kembali kenangan yang memedihkan hati tapi membuatkannya kembali merasai kehadiran insan kesayangannya yang telah pergi.

Dia terperasan terdapat sesuatu di belakang potret itu lalu dia berjalan dan menurunkan gambar tersebut. Sampul surat bersaiz A4 jatuh di kaki Fariz lalu gambar tersebut digantung kembali ke dinding. Hatinya terdetik untuk membacanya walaupun perasaannya tidak senang dan hati berdebar-debar sewaktu dia menarik keluar isi sampul surat berkenaan.

Test report yang tertera nama isterinya membuatkan hatinya semakin sakit untuk terus membacanya tetapi dia kuatkan semangat untuk terus membaca. Perkataan kanser tulang membuatkan dia terus meremukkan kertas test report itu. Fariz seperti orang hilang akal mencampakkan segala yang ada berhampiran dengannya. Dia menjerit bagai orang gila lalu terduduk lemah dilantai kamarnya. Dia mengesat air matanya yang mengalir umpama empangan yang pecah.

“Kenapa? Kenapa? Kenapa mesti begini?” Fariz menjerit menanyakan soalan yang tiada itu jawapan pada dirinya.

Dia ternampak sebuah kaset yang tertera namanya di bawah barang-barang yang bersepah di sekelilingnya. Fariz membelek kaset tersebut lalu bangun dan memasangnya. Suara Zainah yang serak seakan selepas menangis memenuhi ruang bilik itu.

“Abang, pertama sekali Nah minta maaf dari dunia hingga akhirat dan minta abang halalkan makan minum Nah sepanjang Nah hidup bersama dengan abang. Nah tahu, Nah bukanlah isteri abang yang baik dan bukan gadis yang abang cintai dan kasihi. Nah tahu abang terpaksa berkahwin dengan Nah tapi semua itu telah pun berlalu.

Nah tetap gembira dan bahagia berada disisi abang walaupun mungkin tidak lama Nah akan berada disisi abang. Walaupun abang layan Nah dengan buruk seperti kain buruk tapi Nah maafkan segala kesilapan abang sebab Nah tahu manusia mana tidak melakukan kesilapan. Kesilapan abang hanya kesilpan yang kecil malah ada orang yang membuat kesilapan yang lebih besar daripada abang yang sepatutnya tidak layak mendapat kemaafan tetapi tetap mendapat kemaafan.

Hanya ini satu-satunya permintaan Nah dengan abang. Nah harap abang jagalah anak kita yang bakal lahir nanti dengan sebaiknya andainya Nah pergi buat selama-lamanya. Abang mesti jaga diri abang dengan baik dan hidup dengan gembira walaupun Nah telah tiada di sisi abang buat selama-lamanya..

Sekali lagi Nah mohon keampunan dari abang dan halalkan makan minum Nah selama ini. Maafkan Nah andai Nah pernah sakiti dan lukai hati abang. Maafkan segala dosa Nah dengan abang. Jaga diri dan anak kita dengan baik.. Maafkan Nah…”

Fariz menekup wajahnya dengan tapak tangan. Dia menagis terharu dengan kata-kata terakhir yang Zainah ucapkan. Dia tidak menyangka isterinya sanggup memaafkan segala kesilapannya yang orang lain sukar maafkan. Indah sungguh susunan katanya dan cantiknya hatinya kerana sanggup menerima dan memaafkan kesilapannya.

Dia menarik nafas menguatkan hatinya yang terluka kerana kehilangannya. Dalam hatinya, Fariz berjanji akan menjaga Azril Fashah dan Zulaikha Balkis dengan baik kerana itulah wasiat Zainah yang terakhir. Fariz mengambil dairinya di dalam laci dan menulis apa yang tersirat di hatinya.

Ketika hayatnya aku lepaskan semua peluang untuk membuatkan dia bahagia dan gembira apabila berkahwin dengan aku tapi apa yang aku berikan padanya adalah kesedihan dan kesensaraan yang terlalu hebat yang aku fikir tiada orang yang sanggup laluinya tapi dia cukup tabah dan cekal untuk menawan hati aku yang keras dan menyucikan hatiku yang hitam ini selain mencelikkan aku yang buta agama dan cinta ini.

Pemergiannya membuatkan aku sedar yang dia amat berharga dalam diri, jiwa, hati dan hidupku. Bodohnya aku menyakiti orang yang terlalu menyayangi dan menyintai aku…dia ajar aku banyak perkara terutama tentang cinta dan hidup ini. Kalaulah aku diberi peluang sekali lagi, aku sanggup menggantikan tempatnya yang akan pergi mengadap Illahi tidak lama lagi itu. Aku hanya dapat merasakan bertapa aku terlalu menyintainya setelah dia pergi yang perginya tak akan kembali lagi. Biarlah aku jumpa seribu pengganti, dia tetap yang satu di dalam hati.

Kini apa yang aku dapat lakukan hanyalah mencatatkan segala kenangan bersamanya di dada langit dan kata cintaku padanya di atas pusaranya. Aku sentiasa menyakiti hatinya tapi dia tidak pernah menunjukkan reaksi sakit hatinya. Dia terlalu tabah…terlalu tabah…aku walaupun aku terus menerus menyakiti hatinya dan mengabaikannya tanpa aku sedar yang dia akan meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku perlukan sedikit masa untuk merawat hatiku yang terluka..

Fariz menutup dairinya perlahan-lahan. Cinta membuatkan dia amat lemah tapi cinta jugalah yang membuatkan dia bersemangat. Cintanya pada Zainah yang tidak sempat dihulur dan diucapkan sekarang akan dihulurkan pada permata hatinya yang mengikat hati dan menghidupkan perasaanya terus pada Zainah. Semoga rohmu dicucuri rahmat dari-Nya, Zainah.


P/S : cerita diambil dari koleksi cerpen terbaik (kredit kepada "Tentang Cinta")

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kerana Teman Lelaki, Ika Jadi Pelacur


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Ika,27,mengakui tersilap memilih teman lelaki sehingga menjadi perkerja seks kelas murahan.Sejak terjebak dengan pekerjaan tersebut. Ika sering menangis mengenangkan nasibnya mencari nafkah dengan cara begitu.
Ketika mahu ditemubual oleh akhbar ini (BuletinRakyat),ika ditemui di JalanRaja laut agak keberatan kerana tidak mahu kisah peribadinya ditonjolkan untuk pengetahuan umum.Setelah dipujuk mungkin kisahnya boleh manjdi pengajaran kepada orang lain akhirnya Ika mengalah.

Ika yang berasal dari Beufort,Sabah memberitahu berkenalan dengan seorang lelaki mesra dipanggil "Boy"semasa bekerja sebagai promoter di sebuah gedung membeli belah di ibukota.Boy sentiasa mengambil berat pasal Ika akhirnya mengambil keputusan menetap sebagai suami isteri tidak sah di rumah sewa lelaki berkenaan.

Selepas setahun menjalinkan hubungan terlarang dengan Boy,Ika mula berasakan sesuatu tidak kena pada lelaki berkenaan.Perasaan itu wujud lantaran Ika melihat sikap Boy yang sering ponteng kerja dan adakalanya pulang hingga lewat malam.
"Saya tidak tahu siapa Boy sebenarnya.Adakalanya Boy lansung tidak keluar dari bilik dan bila keluar rumah sentiasa berada dalam keadaan ketakutan.Seperti ada sesuatu yang sedang menganggu fikirannya.Mulalah fikiran saya jadi kacau dibuatnya.Dalam seminggu pula saya nampak beberapa lelaki tidak dikenali mencari Boy,"kata Ika mula mengesyaki Boy menyembunyikan sesuatu darinya.

Namun selepas beberapa hari,Boy mengakui berhutang dengan peminjam wang dangan jumlah yang besar.Dia mengakui tidak mampu membayar hutang dan bunga pinjaman kepada pihak berkenaan.

"Boy kata hanya ada satu cara untuk membantunya melangsaikan hutang-hutangnya iaitu saya terpaksa menjual batang tubuh saya kepada pihak berkenaan.Boy juga berjanji akan mengahwini saya selepas itu.Pada awalnya saya menolak dengan sekeras-kerasnya cadangan Boy.Saya bukannya pelacur mahu serahkan tubuh saya begitu sahaja.Namun Boy terus menampar,memukul dan memaksa saya melayan pihak peminjam dengan sepuas-puasnya jika mahu melangsaikan hutang.Mahu tidak mahu terpaksalah saya mengikut arahan Boy melayan kehendak seks peminjam wang berkenaan,"katanya.
Selepas kejadian itu,malang terus menimpa Ika apabila Boy dibuang kerja.Sejak itu Ika yang terpaksa membayar sewa rumah dan menanggung makan minum Boy.Ika mengakui pendapatannya bekerja sebagai promoter tidak mencukupi untuk mereka berdua.Dalam keadaan tersepit dengan masalah kewangan,sekali lagi Boy mencadangkan Ika menjadi pekerja seks separuh masa bagi menambahkan pendapatan.

"Saya membantah cadangan Boy dengan alasan sekeras-kerasnya.Saya tak mahu menjadi pelacur tetapi Boy terus mendesak dengan kekerasan.Dia memukul dan menerajang saya.Dia ugut akan mengapa-ngapakan saya jika berani melawan arahannya.Saya tidak berdaya melawan kehendak Boy dan dibawa ke sekitar Choe Kit untuk melacur.Manakala Boy bertindak mencari pelanggan di situ,"katanya.
Ika mengakui setiap malam,Boy berjaya mendapatkan tiga pelanggan dengan pendapatan RM150 semalam.Ika akan memulakan kerja sebagai pekerja seks selepas selesai pukul tujuh sehinggalah ke lewat malam pukul12 tengah malam.

"Kalau tak ada pelanggan terpaksalah saya menunggu sehingga mengantuk.Pagi esoknya pula saya terpaksa berkerja sebagai promoter.Memang penat dibuatnya.Sementara Boy hanya makan tidur di rumah sewa.Janji untuk menikahi saya hanya tinggal janji.Bila saya desak pelbagai alasan diberikan katanya tidak mampu dan sebagainya.,"beritahu Ika dengan nada sedih.

Namun disebabkan tidak tahan dengan penderaan diterima dari Boy,Ika bertekad untuk meninggalkan lelaki yang tidak bertanggunjawab itu.Untuk sementara waktu Ika menumpang dirumah rakan sekerjanya tanpa menjawab semua panggilan Boy.Ika juga mengugut Boy jangan menganggunya lagi jika tidak akan menelefon polis memberitahu segala kegiatan Boy termasuk memaksanya menjadi pelacur.Oleh kerana takut,Boy tidak lagi menganggu kehidupan Ika.

Malang menimpa hidup Ika sekali lagi apabila pihak majikan memberhentikan kerjanya sebagai promoter kerana sering ponteng dan menghadapi masalah peribadi.
"Selepas diberhentikan kerja barulah saya tahu langit tinggi itu tinggi atau rendah.Hidup saya sudah tidak bermakna lagi.Saya terpaksa berpindah dari rumah kawan sekerja kerana tidak mampu membayar sewa bilik dan tidak mahu menyusahkannya.Saya tidak tahu ke mana hendak pergi dalam keadaan diri saya sudah rosak seperti ini.Akhirnya saya mengambil keputusan menjadi pekerja seks di lorong belakang.Sekurang-kurangnya saya mampu membayar sewa bilik hotel murah di sini,"katanya masih menyimpan perasaan marah dengan Boy yang menjerumuskannya ke lembah kehinaan tersebut.

Bila ditanya sampai bila mahu meneruskan pekerjaan tersebut Ika tidak dapat memberikan apa-apa komen.Dia hanya menggeleng-gelengkan kepala seolah-olah menyesali apa yang berlaku dalam hidupnya.

"Tak tahulah bang,sudah nasib saya begini.Nak ke mana lagi?Hidup saya sudah rosak dan tidak seperti orang lain lagi.Tak mengapalah.Tiba masa saya berhenti maka berhentilah.Kalau tidak saya teruskan mencari rezeki dengan cara seperti ini(Pekerja Seks),"


P/S : Disini saya ingin berkongsi pendapat... jgn la kita mudah termakan pujukan seseorang yang jelas2 membawa kite ke jalan yang salah... (cerita diambil dari cerita sebenar)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Hostel Berhantu


Penulis Asal nak share citer yang dialami masa kat hostel kolej :

1. Citer ni jadi kat jiran bilik tingkat atas (diceritakan oleh kawan kat tingkat atas). Ada 2 org student stay-up sama2 around jam 2:00 pagi. Tengah syok2 study tiba2 terdengar suara budak kecil gelak2 & lari2 kat koridor. Sorg student ni cakap: "Eh, anak sapa pulak yang main kat hostel ni?" lalu bukak pintu bilik untuk tengok. Tapi, koridor kosong & sunyi je. Bila ditutup balik pintu dengar lagi bunyi budak. Kawan dia sorg lagi dah cuak. "Pagi2 ni mana ada budak nak naik hostel woi." Tak jadi stay-up trus dua2 tidur.

‎2. Cerita yang ni saya alami sendiri. Masa tu hari ahad (tarikh x ingat da), kolej kitorg alami berita tergempar bila sorg budak perempuan usia 8 tahun jatuh dari tingkat 5 hostel & budak ni meninggal. Esoknya, saya ke kelas awal pagi sebab duty utk amik laptop. Sedang saya on the way nak ke fakulti, saya terdengar suara budak kecil jerit: "Maaaaakkkk...!!" Langkah saya terstop & saya pusing ke belakang. Saya teringat cerita kawan2 katanya masa budak tu jatuh, dia memang jerit 'mak'. Saya wat dunno & terus ke kelas.

3. Cerita ni diceritakan oleh room-mate. Katanya jadi kat floor tmpt sy duduk, jiran selang satu bilik yang kena. Ceritanya, ke empat2 roommate bilik tu stay up utk exam. Tengah2 malam ada org ketuk pintu. Bila di buka, ada sorg mak cik jual nasi lemak. Diorg awalnya tak syak apa2 trus je beli nasi lemak tu. Lepas bayar, salah seorang roommate ni intai balik mak cik tu, tapi orangnya dah hilang. Still, dia tak syak apa2. Esoknya, diorg discuss balik hal malam tadi, sbb teriba diorg rasa pelik. Sampah bungkusan nasi lemak dah tak ada dalam tong sampah, & duit baki beli nasi lemak dah jadi daun kering. Sejak hari tu, wujud la 'nenek nasi lemak' kat hostel kitorg..

‎4. Yang ni dialami oleh kawan rapat. Masa tu kitorg nak exam seminggu je. Student lain balik cuti sem. Kitorg dipindahkan ke asrama lama. Tinggal student 70 org je.Ms tu hari minggu, jadi ramai la kitorg2 ni yang balik (termasuk saya). Disebabkan ramai yang balik, diorg berkumpul dalam satu tingkat saja (tingkat 2). Malam ni pulak, jadi 2 gangguan kat 2 aras. Satu: jam 1 pagi,masa di tingkat 2, satu aras berkumpul kat bilik 1 tengah tengok movie. Tiba2 dengar suara orang berlari ulang alik kat depan bilik. Diorg cek sapa yang kat luar, tapi cukup korum. Semua ada. Sorg member yang berani bukak pintu & jerit: "woi! sapa yang lari tadi?" tiba2 ada angin dingin tiup muka dia. terus di tutup pintu & semua melompat naik katil..
Dua: jam mungkin sama, aras atas sekali, blok yang sama. tinggal 2 org member masih kat bilik. si A ni nak turun bawah kejap, nak jumpa bf dia y datang. tinggal la B sorg2. dah lama lepas tu B jadi seram sebab terasa mcm ada y memerhati. Dia terdengar ada orang bukak pintu bilik tp x ada yang masuk. terus dia nangis & call A. rupa2nya A tak naik bilik tp stay kat bilik 1 aras 2 sbb dia jadi seram sejuk masa naik tangga. Diorg pon naik atas ramai2 untuk bawak B turun. Malam tu, semua tidur ketakutan kat 1 bilik & 1 katil..

5. Citer ni lanjutan dari insiden cerita ke 4. Kawan sy cerita katanya, satu malam tu dia terjaga. dia dengar mcm ada yang mengesot atas tikar di tengah dorm, tapi dia tak berani intai. Esoknya dia share dgn roommate dia, rupa2 diorg pon dgr jugak. Sorg lagi dengar bunyi train. Sorg dgr bunyi org main congkak. Bila saya dgr cerita, saya nak alami sendiri. Jadi malam tu sy stay kat bilik member. Tapi tak kena apa2 pulak. Cumanya malam tu rasa panas sangat. Apa sebenarnya yang jadi kitorg tak tau. Tapi bilik tu rasanya mmg ada yang tak kena. Sebab malam2 sebelum tu, saya pernah teman kawan ni tidur. Kami berdua ke. Saya langsung tak boleh tidur. Kadang2 sekilas macam nampak ada orang duduk kat katil kosong tepi pintu.Tapi syukur, sekali tu je bunyi2 tu kedengaran.

‎6. Yang ni saya alami sendiri. Lokasi masih di blok lama, aras 2, bilik 2. Jam midnight. Saya tengah baring2 melayan mata nak tidur. Room mate ada 3 org masih lepak2 di tengah2 dorm. Saya pejam mata. Tiba2 terdengar bunyi dengkur. Saya ushar member siapa yang dah tidur. Tapi semua belum. Saya dengar lagi bunyi dengkur tu. Saya tanya member: "wei, korg dengar tak?" Member marah, katanya: "ko jangan nak buat cerita hantu malam2 ni boleh tak." Saya gelak sambil tarik selimut. Saya amati lagi bunyi tu & jelas bunyi tu dari arah kepala katil. Terus saya intai bawah katil & bunyi dengkur tu terus hilang.

‎7. Blok lama yang kami tinggal seminggu tu memang banyak cerita sebabnya blok tu keras (oleh batu bata & simen).. pernah seorang kawan nampak mak cik cuci toilet tingkat atas sekali tengah2 malam. Ada yang nampak pocong kat tangga. Ada yang nampak member tp sebenarnya bukan member... Dengar orang alih katil tengah2 malam (tapi tingkat atas x ada penghuni).. & mcm2 lg..
Sebelum kitorg duduk blok tu, bloknya memang kosong. dah lama x berpenghuni. syukur la kitorg just dok situ seminggu.


P/S : Cerita diambil dari koleksi cerita seram
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

LAPTOP SI GADIS BISU!

"Ok, jual ye dik" ujar tuan kedai laptop terpakai itu kepad Stella. Sejurus membayar, Stella terus keluar dari kedai itu dengan hati yang berbunga-bunga. "Yahuuu!!! akhirnya dapat jugak aku laptop pink kaler ada love-love nie..siap bling-bling sekali..haha!!" jerit Stella yang sudah tidak lagi mempedulikan orang disekitarnya. Baginya apa yang dia inginkan selama ini sudah termakbul.

SEMINGGU SEBELUM....

"Wei Liza, kau tengok laptop pink tu..cantiknya" ujar Stella ketika dia, liza dan kawan-kawannya yang lain ketika mereka bersiar-siar di Metropoint seusai waktu persekolahan. Memang itu lah rutin harian mereka setelah tamat waktu persekolahan.

Sejak hari itu, Stella nekad hendak membeli laptop itu walaupun harganya dia sendiri tidak mampu untuk memilikinya. Setiap hari Stella akan mengumpul wang saku sekolahnya untuk mendapatkan laptop tersebut.

Pada suatu hari, ketika Stella pulang dari sekolah, Stella dihampiri oleh seorang gadis berbangsa Cina menghulurkan sekeping kad berupa kad sebuah kedai laptop terpakai.

Stella menjadi pelik, dia baru hendak menanyakan hal itu tetapi gadis itu sudah tiada. Sejak bila gadis itu pergi dia sendiri tidak tahu. Stella tidak ambil pusing akan hal tersebut. Lantas Stella terus menyimpan kad tersebut lalu pulang ke rumah.

Pada malam itu, Stella ke kedai laptop tersebut. Ketika kaki nya menjejakkan ke dalam kedai tersebut, bulu romanya meremang seperti ada 'seseorang' yang menemaninya ke situ. Tetapi Stella tetap mempedulikannya. Stella mencuci mata melihat laptop-laptop yang ada di kedai tersebut. Walaupun terpakai tetapi keadaannya masih seperti baru. Tiba-tiba matanya tertancap pada sebuah laptop yang tidak asing lagi dari pandangannya. Lantas Stella pun membelinya kerana dia sudah lama inginkan laptop dengan rekaan tersebut. Sama seperti laptop yang die lihat di Metropoint minggu lalu.

SEMINGGU SELEPAS ITU...

Setiap hari, Stella akan menghadap laptopnya itu. Berbekalkan 'broadband' yang disewa dari rakannya itu, Stella sering ber ' facebook' dan ber ' berblogging' tanpa mengira waktu. Kadang kala sehingga dia tertidur di hadapan laptop miliknya itu.

Pada suatu malam, ketika pukul 12.30 a.m, Stella sudah menutup laptopnya itu, kerana dia sudah terlalu mengantuk dan esoknya pula adalah hari persekolahan. Tiba-tiba dia mendapat pesanan melalui Yahoo Messengger. "Eh siapa pula yang hantar mesej malam-malam ni..sedangkan aku dah tutup laptop ni" Stella bertanya sendirian. Lalu Stella mendekati laptopnya dengan perasaan yang takut dan cuba membalas YM berkenaan.

SUN YAW : STELLA ..
STELLA : KO SAPE ? MANA KO TAHU NAMA AKU ? AKU TAK KENAL KAU !
SUN YAW : AKU DAH LAMA 'KAWAN' DENGAN KAU ..
STELLA : HAA !! AKU TAK FAHAM !!
SUN YAW : LAPTOP NIH SEBENARNYA AKU YANG PUNYA ..
STELLA : HAH !!??
SUN YAW : AKU TELAH DIROMPAK , DIROGOL & DIBUNUH..AKU NAK MINTAK TOLONG KAU SEMPURNAKAN AKU ..

Sejurus membaca mesej terakhir itu, Stella terus tidak sedarkan diri. Stella hanya tersedar ketika jam loceng kepuyaannya berbunyi menandakan tepat jam 6 a.m. Dengan perasaan takut bercampur malas, Stella gagahkan diri untuk bangun bersiap dan ke sekolah. Seusai waktu persekolahannya, Stella terus pulang ke rumah untuk melihat laptopnya." Masihkan ada lagi mesej malam tadi??" monolognya sendiri.

Tiba-tiba dia mendapat YM lagi dari gadis Cina itu yang pada ketika itu waktu hampir petang.

SUN YAW : TOLONG SEMPURNAKAN AKU !
STELLA : ERR .. TAPI MACAM MANE ?
SUN YAW : PUSING LAH KEBELAKANG !

Sejurus Stella pusing ke belakang, dia mendapati ada seorang gadis Cina sedang berdiri merenung ke arah dia. Hampir pengsan dibuatnya kerana wajah gadis itu sungguh pucat. Gadis Cina itu hanya membisu, tetapi hanya menunjukkan isyarat supaya mengekorinya. Stella hanya menurut sahaja. Dia sendiri tidak tahu mengapa kakinya begitu ringan untuk mengekori gadis Cina itu. Stella bagaikan dipukau.

Sejurus sampai di suatu tempat iaitu kubur Cina, baru Stella tersedar. Dia berasa amat takut kerana tiada seorang pun yang berada di situ. "Huuu..macam mana aku boleh sampai dekat sini"? dia bertanya pada dirinya sendiri. Tiba-tiba dia ternampak gadis Cina tadi di balik sepohon pokok yang amat menggerunkan. Stella segera berlari ke arah gadis itu. Malangnya gadis itu ghaib begitu saja.

Stella berasa tidak sedap hati dan dengan perasaan yang sungguh takut berada di kubur Cina berseorang dalam keadaan yang gelap, Stella mengumpul sekuat tenaga berlari pulang ke rumah yang tidak jauh dari kawasan perkuburan itu.. Sejurus sampai ke rumah, Stella menangis semahu-mahu nya.

Tiada sesiapa tahu akan rahsia ini melainkan Stella dan anda yang sedang membaca ini.
Siapakah gadis Cina itu?? Apakah kaitannya dengan Stella dan laptop tersebut??
Hanya Stella sahaja yang mampu merungkai misteri ini tetapi Stella tidak mampu.

Adakah anda..ya! anda yang sedang membaca cerita ini..sanggupkah anda menggalas tugas Stella. Jika anda sanggup, pusinglah kebelakang. Gadis Cina itu sedia menanti ANDA!!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kesatlah Airmatamu Wanita


“Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia – si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”

Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.

Menjadi seorang isteri….kepada insan yang disayangi…..idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku.

Baru petang tadi, aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya.

“Assalamualaikum,” satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika.

“Waalaikumusalam,” jawabku sepatah. Serentak dengan itu, ku lontarkan satu senyuman paling ikhlas dan paling manis untuk suamiku. Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku.

“Ain buat apa dalam bilik ni? Puas abang cari Ain dekat luar tadi. Rupanya kat sini buah hati abang ni bersembunyi.”

Aku tersenyum mendengar bicaranya. Terasa panas pipiku ini. Inilah kali pertama aku mendengar ucapan ‘abang’ dari bibirnya.

Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai ‘buah hati’ nya. Aku sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan wajahku dan aku memberanikan diri menatap pandangan matanya.

Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnya senyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu. Aku tenggelam dalam renungannya, seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini.

Seketika aku tersedar kembali ke alam nyata. “Ain baru je masuk. Nak mandi. Lagipun dah masuk Maghrib kan?” ujarku.

“Ha’ah dah maghrib. Ain mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat Maghrib sama-sama ye?” Dia tersenyum lagi. Senyum yang menggugah hati kewanitaanku. Alangkah beruntungnya aku memilikimu, suamiku.

Selesai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing mengadapku. Dengan penuh kasih, ku salami dan ku cium tangannya, lama.

Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasai tangannya yang gagah itu mengusap kepalaku dengan lembut. Dengan perlahan aku menatap wajahnya.

“Abang…..” aku terdiam seketika. Terasa segan menyebut kalimah itu di hadapannya. Tangan kami masih lagi saling berpautan. Seakan tidak mahu dilepaskan. Erat terasa genggamannya.

“Ya sayang…” Ahhh….bicaranya biarpun satu kalimah, amat menyentuh perasaanku.

“Abang… terima kasih atas kesudian abang memilih Ain sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Ain. Ain insan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Ain harap abang sudi pandu Ain. Sama-sama kita melangkah hidup baru, menuju keredhaan Allah.” Tutur bicaraku ku susun satu persatu.

“Ain, sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Ain sudi terima abang dalam hidup Ain. Abang sayangkan Ain. Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Ain boleh terima abang seadanya. Kita sama-sama lalui hidup baru demi redhaNya.”

“Insya Allah abang….Ain sayangkan abang.”

“Abang juga sayangkan Ain. Sayang sepenuh hati abang.”

Dengan telekung yang masih tersarung, aku tenggelam dalam pelukan suamiku.

Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis.

Setiap kali aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra memujukku, membelaiku. Membuatku rasa bersalah. Tak wajar ku sambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan.

Bukankah aku ingin menjadi perhiasan yang menyejukkan hati suami? Sedangkan Khadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk berkhalwat di Gua Hira’.

Lalu, ku cium tangannya, ku pohon ampun dan maaf. Ku hadiahkan senyuman untuknya. Katanya senyumku bila aku lepas menangis, cantik!

Ahhh….dia pandai mengambil hatiku. Aku semakin sayang padanya. Nampaknya hatiku masih belum sepenuhnya terikat dengan Allah. Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami.

“Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu.”

Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Ku hiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata-mata.

Makan minumnya ku jaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali, aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki.

Namun, aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga.

Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri.

Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah.

“Ain baik, cantik. Abang sayang Ain.” Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya. Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai. Tidak sia-sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah.

Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan seorang puteri. Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku.

Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Namun, pada suatu hari, aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak terduga.

“Ain…..abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain.”

“Apa dia abang?” tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih. “Ain isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Ain. Abang bertuah punya Ain sebagai isteri,” bicaranya terhenti setakat itu. Aku tersenyum. Namun benakku dihinggap persoalan. Takkan hanya itu?

“Abang ada masalah ke?” Aku cuba meneka.

“Tidak Ain. Sebenarnya……,” bicaranya terhenti lagi. Menambah kehairanan dan mencambahkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang ingin diucapkannya.

“Ain……abang…..abang nak minta izin Ain……untuk berkahwin lagi,” ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak. Seketika aku kehilangan kata.

“A…..Abang…..nak kahwin lagi?” aku seakan tidak percaya mendengar permintaannya itu. Ku sangka dia telah cukup bahagia dengannku. Aku sangka aku telah memberikan seluruh kegembiraan padanya. Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku seorang.

Rupanya aku silap. Kasihku masih kurang. Hatinya masih punya ruang untuk insan selain aku.

Tanpa bicara, dia mengangguk. “Dengan siapa abang?” Aku bertanya. Aku tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata. Tapi….hatiku… hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini.

“Faizah. Ain kenal dia, kan?”

Ya, aku kenal dengan insan yang bernama Faizah itu. Juniorku di universiti. Rakan satu jemaah. Suamiku aktif dalam jemaah dan aku tahu Faizah juga aktif berjemaah.

Orangnya aku kenali baik budi pekerti, sopan tingkah laku, indah tutur kata dan ayu paras rupa. Tidakku sangka, dalam diam suamiku menaruh hati pada Faizah.

“A….Abang……Apa salah Ain abang?” nada suaraku mula bergetar. Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Aku menatap wajah Abang Harris sedalam-dalamnya. Aku cuba mencari masih adakah cintanya untukku.

“Ain tak salah apa-apa sayang. Ain baik. Cukup baik. Abang sayang pada Ain.”

“Tapi….Faizah. Abang juga sayang pada Faizah….bermakna…..sayang abang tidak sepenuh hati untuk Ain lagi.”

“Ain…..sayang abang pada Ain tidak berubah. Ain cinta pertama abang. Abang rasa ini jalan terbaik. Tugasan dalam jemaah memerlukan abang banyak berurusan dengan Faizah….Abang tak mahu wujud fitnah antara kami.”

“Lagipun….abang lelaki Ain. Abang berhak untuk berkahwin lebih dari satu.”

Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku. Ketaatanku padanya tidak pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Tapi inikah hadiahnya untukku?

Sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Aku tahu dia berhak. Namun, alangkah pedihnya hatiku ini mendengar ucapan itu terbit dari bibirnya. Bibir insan yang amat ku kasihi.

Malam itu, tidurku berendam air mata. Dalam kesayuan, aku memandang wajah Abang Harris penuh kasih. Nyenyak sekali tidurnya.

Sesekali terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan mata semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan sembilu.

Tidak fahamkah dia derita hati ini? Tak cukupkah selama ini pengorbananku untuknya? Alangkah peritnya menahan kepedihan ini. Alangkah pedihnya!

Selama seminggu, aku menjadi pendiam apabila bersama dengannya. Bukan aku sengaja tetapi aku tidak mampu membohongi hatiku sendiri. Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik mungkin, tapi aku merasakan segalanya tawar. Aku melaksanakannya tidak sepenuh hati.

Oh Tuhan…..ampuni daku. Aku sayang suamiku, tapi aku terluka dengan permintaannya itu.

Apabila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang harus dituruti. Kehendak diri sendiri atau kehendak Dia ?

Pastinya kehendak Dia. Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini. Aku berasa amat serba-salah berada dalam keadaan demikian.

Aku rindukan suasana yang dulu. Riang bergurau senda dengan suamiku. Kini, aku hanya terhibur dengan keletah anak-anak.

Senyumku untuk Abang Harris telah tawar, tidak berperisa. Yang nyata, aku tidak mampu bertentang mata dengannya lagi. Aku benar-benar terluka.

Namun, Abang Harris masih seperti dulu. Tidak jemu dia memelukku setelah pulang dari kerja walau sambutan hambar. Tidak jemu dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan pandangan dari anak matanya.

Tidak jemu ucapan kasihnya untukku. Aku keliru. Benar-benar keliru. Adakah Abang Harris benar-benar tidak berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin mengambil hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi?

“Oh Tuhan…berilah aku petunjukMu.” Dalam kegelapan malam, aku bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. Aku mengkoreksi kembali matlamat hidupku.

Untuk apa segala pengorbananku selama ini untuk suamiku? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha Allah?

Ya Allah, seandainya ujian ini Engkau timpakan ke atas ku untuk menguji keimananku, aku rela Ya Allah. Aku rela.

Biarlah… Bukan cinta manusia yang ku kejar. Aku hanya mengejar cinta Allah. Cinta manusia hanya pemangkin. Bukankah aku telah berazam, aku inginkan segala yang menyenangkan buat suamiku?

Dengan hati yang tercalar seguris luka, aku mengizinkan Abang Harris berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini, aku sendiri yang menyampaikan hasrat Abang Harris itu kepada Faizah.

Suamiku pada mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk merisik Faizah.

“Ain?……Ain serius?”

“Ya abang. Ain sendiri akan cakap pada Faizah. Ain lakukan ini semua atas kerelaan hati Ain sendiri. Abang jangan risau…Ain jujur terhadap abang. Ain tak akan khianati abang. Ain hanya mahu lihat abang bahagia,” ujarku dengan senyuman tawar. Aku masih perlu masa untuk mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya. Ibarat menyapu ubat luka. Pedih, tetapi cepat sembuhnya.

Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Faizah datang ke rumahku. Waktu itu, suamiku tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan untuk menerima kedatangan Faizah. Faizah dengan segala senang hati menerima undanganku.

Sememangnya aku bukanlah asing baginya. Malah dia juga mesra dengan anak-anakku.

“Izah……akak jemput Izah ke mari sebab ada hal yang akak nak
cakapkan,” setelah aku merasakan cukup kuat, aku memulakan bicara.

“Apa dia, Kak Ain. Cakaplah,” lembut nada suaranya.

“Abang Harris ada pernah cakap apa-apa pada Faizah?”

“Maksud Kak Ain, Ustaz Harris?” Ada nada kehairanan pada suaranya. Sememangnya kami memanggil rakan satu jemaah dengan panggilan Ustaz dan Uztazah. Aku hanya mengangguk.

“Pernah dia cakap dia sukakan Izah?”

“Sukakan Izah? Isyyy….tak mungkinlah Kak Ain. Izah kenal Ustaz Harris. Dia kan amat sayangkan akak. Takkanlah dia nak sukakan saya pula. Kenapa Kak Ain tanya macam tu? Kak Ain ada dengar cerita dari orang ke ni?”

“Tidak Izah. Tiada siapa yang membawa cerita…….” Aku terdiam seketika. “Izah, kalau Kak Ain cakap dia sukakan Izah dan nak ambil Izah jadi isterinya, Izah suka?” Dengan amat berat hati, aku tuturkan
kalimah itu.

“Kak Ain!” jelas riak kejutan terpapar di wajahnya. “Apa yang Kak Ain cakap ni? Jangan bergurau hal sebegini Kak Ain,” kata Faizah seakan tidak percaya. Mungkin kerana aku sendiri yang menutur ayat itu. Isteri kepada Muhammad Harris sendiri merisik calon isteri kedua suaminya.

“Tidak Izah. Akak tak bergurau……Izah sudi jadi saudara Kak Ain?” ujarku lagi. Air mataku seolah ingin mengalir tapi tetap aku tahan. Faizah memandang tepat ke wajahku.

“Kak Ain. Soal ini bukan kecil Kak Ain. Kak Ain pastikah yang……Ustaz Harris…..mahu… melamar saya?”

Dari nada suaranya, aku tahu Faizah jelas tidak tahu apa-apa. Faizah gadis yang baik. Aku yakin dia tidak pernah menduga suamiku akan membuat permintaan seperti ini. Lantas, aku menceritakan kepada Faizah akan hasrat suamiku.

Demi untuk memudahkan urusan jemaah, untuk mengelakkan fitnah. Faizah termenung mendengar penjelasanku.

“Kak Ain…..saya tidak tahu bagaimana Kak Ain boleh hadapi semuanya ini dengan tabah. Saya kagum dengan semangat Kak Ain. Saya minta maaf kak. Saya tak tahu ini akan berlaku. Saya tak pernah menyangka saya menjadi punca hati Kak Ain terluka,” ujarnya sebak. Matanya ku lihat berkaca-kaca.

“Izah…Kak Ain tahu kamu tak salah. Kak Ain juga tak salahkan Abang
Harris. Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak tahu, dia berhak dan mampu untuk melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk menguji keimanan Kak Ain.”

“Kak…maafkan Izah.” Dengan deraian air mata, Faizah meraihku ke dalam elukannya. Aku juga tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku terhambur jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia yang menerima kepedihan ini, tetapi tersentuh jua hatinya dengan kelukaan yang ku alami. Memang hanya wanita yang memahami hati wanita yang lain.

“Jadi…Izah setuju?” Soalku apabila tangisan kami telah reda.

“Kak Ain….ini semua kejutan buat Izah. Izah tak tahu nak cakap. Izah tak mahu lukakan hati Kak Ain.”

“Soal Kak Ain….Izah jangan risau, hati Kak Ain…Insya Allah tahulah akak mendidiknya. Yang penting akak mahu Abang Harris bahagia. Dan akak sebenarnya gembira kerana Faizah pilihannya. Bukannya gadis lain yang akak tak tahu hati budinya. Insya Allah Izah. Sepanjang Kak Ain mengenali Abang Harris dan sepanjang akak hidup sebumbung dengannya, dia seorang yang baik, seorang suami yang soleh, penyayang dan penyabar. Selama ini akak gembira dengan dia. Dia seorang calon yang baik buat Izah. `’

“Akak…..Izah terharu dengan kebaikan hati akak. Tapi bagi Izah masa dan Izah perlu tanya ibu bapa Izah dulu.”

“Seeloknya begitulah. Kalau Izah setuju, Kak Ain akan cuba cakap pada ibu bapa Izah.”

Pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa puas kerana telah menyampaikan hasrat suamiku. `Ya Allah…..inilah pengorbananku untuk membahagiakan suamiku. Aku lakukan ini hanya semata-mata demi redhaMu.’

Pada mulanya, keluarga Faizah agak keberatan untuk membenarkan Faizah menjadi isteri kedua Abang Harris. Mereka khuatir Faizah akan terabai dan bimbang jika dikata anak gadis mereka merampas suami orang.

Namun, aku yakinkan mereka akan kemampuan suamiku. Alhamdulillah, keluarga Faizah juga adalah keluarga yang menitikberatkan ajaran agama. Akhirnya, majlis pertunangan antara suamiku dan Faizah diadakan jua.

“Ain…..abang minta maaf sayang,” ujar suamiku pada suatu hari,
beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Faizah.

“Kenapa?”

“Abang rasa serba salah. Abang tahu abang telah lukakan hati Ain. Tapi….Ain sedikit pun tidak marahkan abang. Ain terima segalanya demi untuk abang. Abang terharu. Abang….malu dengan Ain.”

“Abang….syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya. Redha abang pada Ain Insya Allah, menjanjikan redha Allah pada Ain. Itu yang Ain cari abang. Ain sayangkan abang. Ain mahu abang gembira. Ain anggap ini semua ujian Allah abang. `’

“Ain….Insya Allah abang tak akan sia-siakan pengorbanan Ain ini.
Abang bangga sayang. Abang bangga punya isteri seperti Ain. Ain adalah cinta abang selamanya. Abang cintakan Ain.”

“Tapi…abang harus ingat. Tanggungjawab abang akan jadi semakin berat. Abang ada dua amanah yang perlu dijaga. Ain harap abang dapat laksanakan tanggungjawab abang sebaik mungkin.”

“Insya Allah abang akan cuba berlaku seadilnya.” Dengan lembut dia mengucup dahiku. Masih hangat seperti dulu. Aku tahu kasihnya padaku tidak pernah luntur. Aku terasa air jernih yang hangat mula membasahi pipiku. Cukuplah aku tahu, dia masih sayangkan aku seperti dulu walaupun masanya bersamaku nanti akan terbatas.

Pada hari pertama pernikahan mereka, aku menjadi lemah. Tidak bermaya. Aku tiada daya untuk bergembira. Hari itu sememangnya amat perit bagiku walau aku telah bersedia untuk menghadapinya.

Malam pertama mereka disahkan sebagai suami isteri adalah malam pertama aku ditinggalkan sendirian menganyam sepi. Aku sungguh sedih. Maha hebat gelora perasaan yang ku alami. Aku tidak mampu lena walau sepicing pun. Hatiku melayang terkenangkan Abang Harris dan Faizah. Pasti mereka berdua bahagia menjadi pengantin baru.

Bahagia melayari kehidupan bersama, sedangkan aku ? Berendam air mata mengubat rasa kesepian ini. Alhamdulillah. Aku punya anak-anak. Merekalah teman
bermainku.

Seminggu selepas itu, barulah Abang Harris pulang ke rumah. Aku memelukknya seakan tidak mahu ku lepaskan. Seminggu berjauhan, terasa seperti setahun. Alangkah rindunya hati ini. Sekali lagi air mata ku rembeskan tanpa dapat ditahan.

“Kenapa sayang abang menangis ni? Tak suka abang balik ke?” ujarnya lembut.

“Ain rindu abang. Rindu sangat.” Tangisku makin menjadi-jadi. Aku mengeratkan pelukanku. Dan dia juga membalas dengan penuh kehangatan.

“Abang pun rindu Ain. Abang rindu senyuman Ain. Boleh Ain senyum pada abang?” Lembut tangannya memegang daguku dan mengangkat wajahku.

“Abang ada teman baru. Mungkinkah abang masih rindu pada Ain?” Aku menduga keikhlasan bicaranya.

“Teman baru tidak mungkin sama dengan yang lama. Kan abang dah kata, sayang abang pada Ain masih seperti dulu. Tidak pernah berubah, malah semakin sayang. Seminggu abang berjauhan dari Ain, tentulah abang rindu. Rindu pada senyuman Ain, suara Ain, masakan Ain, sentuhan Ain. Semuanya itu tiada di tempat lain, hanya pada Ain saja. Senyumlah sayang, untuk abang.”

Aku mengukir senyum penuh ikhlas. Aku yakin dengan kata-katanya. Aku tahu sayangnya masih utuh buatku.

Kini, genap sebulan Faizah menjadi maduku. Aku melayannya seperti adik sendiri. Hubungan kami yang dulunya baik bertambah mesra. Apa tidaknya, kami berkongsi sesuatu yang amat dekat di hati.

Dan, Faizah, menyedari dirinya adalah orang baru dalam keluarga, sentiasa berlapang dada menerima teguranku. Katanya, aku lebih mengenali Abang Harris dan dia tidak perlu bersusah payah untuk cuba mengorek sendiri apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh Abang Harris. Aku, sebagai kakak, juga sentiasa berpesan kepada Faizah supaya sentiasa menghormati dan menjaga hati Abang Harris. Aku bersyukur, Faizah tidak pernah mengongkong suamiku. Giliran kami dihormatinya.

Walaupun kini masa untuk aku bersama dengan suamiku terbatas, tetapi aku dapat merasakan kebahagiaan yang semakin bertambah apabila kami bersama. Benarlah, perpisahan sementara menjadikan kami semakin rindu. Waktu bersama, kami manfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah, suamiku tidak pernah mengabaikan aku dan Faizah. Aku tidak merasa kurang daripada kasih sayangnya malah aku merasakan sayangnya padaku bertambah. Kepulangannya kini sentiasa bersama sekurang-kurangnya sekuntum mawar merah. Dia menjadi semakin penyayang, semakin romantik. Aku rasa aku harus berterima kasih pada Faizah kerana kata suamiku, Faizahlah yang selalu mengingatkannya supaya jangan mensia-akan kasih sayangku padanya.

Memang aku tidak dapat menafikan, adakalanya aku digigit rindu apabila dia pulang untuk bersama-sama dengan Faizah. Rindu itu, aku ubati dengan zikrullah. Aku gunakan kesempatan ketiadaannya di rumah dengan menghabiskan masa bersama Kekasih Yang Agung. Aku habiskan masaku dengan mengalunkan ayat-ayatNya sebanyak mungkin. Sedikit demi sedikit kesedihan yang ku alami mula pudar. Ia diganti dengan rasa ketenangan. Aku tenang beribadat kepadaNya. Terasa diriku ini lebih hampir dengan Maha Pencipta.

Soal anak-anak, aku tidak mempunyai masalah kerana sememangnya aku mempunyai pembantu rumah setelah aku melahirkan anak kedua. Cuma, sewaktu mula-mula dulu, mereka kerap juga bertanya kemana abah mereka pergi, tak pulang ke rumah. Aku terangkan secara baik dengan mereka. Mereka punyai ibu baru. Makcik Faizah. Abah perlu temankan Makcik Faizah seperti abah temankan mama. Anak-anakku suka bila mengetahui Faizah juga menjadi ‘ibu’ mereka. Kata mereka, Makcik Izah baik. Mereka suka ada dua ibu. Lebih dari orang lain. Ahhh…anak-anak kecil. Apa yang kita terapkan itulah yang mereka terima. Aku tidak pernah menunjukkan riak kesedihan bila mereka bertanya tentang Faizah. Bagiku Faizah seperti adikku sendiri.

Kadang-kadang, bila memikirkan suamiku menyayangi seorang perempuan lain selain aku, memang aku rasa cemburu, rasa terluka. Aku cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada orang lain. Aku terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni. Aisyah, isteri Rasulullah jua cemburukan Khadijah, insan yang telah tiada. Inikan pula aku, manusia biasa. Tapi….. ku kikis segala perasaan itu. Cemburu itukan fitrah wanita, tanda sayangkan suami.

Tetapi cemburu itu tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku, aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku. Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku. Kerana sabda Rasulullah s.a.w

“Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga.” (Riwayat-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah).

Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Saban hari aku berperang dengan perasaan. Perasaan sayang, luka, marah, geram, cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara kewarasan akal dan emosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu. KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan itu. KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hati ini kan berkurangan.

Namun, jika aku punya pilihan, pastinya aku tidak mahu bermadu. Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan ketabahan dan kesabaran. Walau bagaimanapun, aku amat bersyukur kerana suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Dan aku juga bersyukur kerana menjadi intan terpilih untuk menerima ujian ini.


P/S : Cerpen ini diambil dari koleksi cerpen terbaik (kredit kepada "Tentang Cinta")

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

♥ Tinggalkan Jejak anda disini ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...